Monday, January 4, 2010

Islam is beautiful..

Assalamualaikum!

2-3 hari kebelakangan ni, saya rasa kurang sihat sikit. Nak kata tak sihat sangat, takde lah macam tu. Saya selalu malu kat Allah bila nak kata saya kurang sihat sebab of all the pink health that He gave me, why must I pot pet pot pet about being unwell for just a few days? Sebab itu jugak, saya selalu jawab, "baik,alhamdulillah" bila tiap kali orang tanya sihat ke saya, walaupun saya tgh demam! Cuma kali ni, saya rasa tak sihatnya saya berpunca daripada diri saya sendiri.. Dah about weeks jugak saya tak main tennis, means tak exercise lah tu.. So,badan pun rasa lemah je, tak bermaya lah jawabnya. Makan banyak jugak..heheh

Apa-apa pun, i wanna play safe. Saya banyakkan membaca ayat Qursi & 4 ayat terakhir surah al-Hasyr. Manalah tahu, syaitan di mana2 berpegang teguh pada janjinya untuk memporak-perandakan hidup kita kan. Terkena sekali membutakan saya selalu ambil langkah berjaga-jaga. dan siapa lagi nak jaga kita kalau bukan Tuhan yang Maha mengasihani & mengasihi kita.

Hahh?? Pregnant?? Kalau ye, maha syukur pada ya robbi. Tapi selagi takde missed period, saya malas nak berangan. Walaupun perut makin hari makin buncit, saya rasa kalau pegi scan pun nampak nasi, mee, roti macam-macam lah. Hahahhahaa.. Memang saya makan banyak sampaikan saya dapat penyakit peptic ulcer disease, non-serious one lah. Reason?? Terlebih makan..Huarrghhhhhhhhhhhhhhhhh. Tu yang saya nak cuba kurangkan makan tapi sengsara yang amat sebab metabolism rate saya tinggi. Kejap kejap lapar.. Kaki pun dah start lenguh-lenguh, mungkin sebab banyak makan daging & seafood lately. Everytime I went for a blood check, kandungan uric acid saya tinggi sikit..sekarang ni tinggi banyak lah kot..hahaha.. Atas sebab-sebab ini semualah, tahun ni adalah masa yang sesuai untuk saya berpatah balik menjaga kurniaan Allah yang tak ternilai pada kita semua ni..JAGA KESIHATAN...

Saya sebenarnya dah buat satu lagi blog cuma saya belum officially launched. Kalau ada masa, jengah lah ke blog baru saya, http://lagilagiemas.blogspot.com , satu blog yang saya khususkan hanya berkaitan pelaburan yang boleh generate passive income saya & Mr.Hubby. Walaupun agak terlewat untuk memulakan profile2 pelaburan ni, tapi sekurang-kurangnya saya bersyukur pada Allah kerana dibukakan jalan ni untuk kami. Buat masa ni, saya concentrate pada matlamat untuk melabur dalam Emas, Hartanah, Arowana & Sarang Burung Layang-layang. Saya berdoa semoga diberikan kekuatan & kebijakan dalam menguruskan segala pelaburan2 kami ini dan saya betul-betul berharap, semoga kawan-kawan atau sesiapa sahaja boleh mendapat manfaat atas segala yang saya paparkan di blog itu nanti. Mulanya taknak share dgn umum sebab takut dikatakan riak pulak, tapi fikir punya fikir, kalau ilmu yang saya ada tak dikongsikan, kedekut namanya. Lagipun ilmu Allah sesiapa sahaja boleh manfaatkan. Apa salahnya sharing jika itu dapat mengkayakan kawan-kawan saya. Terpulang pada individu untuk menilai, kalau buruk prasangka mereka..hiduplah dengan prasangka yang buruk itu. Untuk yang lain-lain, marilah kita sama-sama buat duit, cari harta kekayaan.

Carilah kekayaan seolah-olah kau akan hidup 1000 tahun lagi
dan
beramal ibadat lah seolah-olah kau akan mati esok hari!!

Simple & practical.
Islam is indeed a syumul religion to all.
Alhamdulillah saya dilahirkan sebagai seorang Islam.



Happy practicing!!

3 comments:

cza said...

ujie, thanx for sharing!
nti aku visit blog emas tu..
hope satu hari nanti aku pun akan join sama.

Call sekarang untuk IMEJ BARU anda! said...

jom!!!!

Hanum said...

Emas... i like!!! in fact every currency should be backed by gold (which once upon a time, it was!) Semoga kita akan berpatah balik kepada "Sunnah Money".
~comment aku terkeluar dr topic... sorry! hahaa...~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin