Showing posts with label I'm happy... Show all posts
Showing posts with label I'm happy... Show all posts

Friday, March 26, 2010

::Haruman Kasihku.. Sepanjang Zaman::

Bila memilih pewangi, saya kira saya seorang yang sangat setia.
Datanglah beribu jenis jenama baru,dengan wangian yang pelbagai,
direka sebegitu rupa untuk wanita zaman sekarang kononnya,
pilihan saya tetap yang itu juga.
Walau apapun kutukan kawan2,
konon saya takde pembaharuan dalam hidup,
tak adapt dengan perubahan trend semasa..bagi saya..
lantak lah..hehehe
saya tetap dengan yang satu itu.

Saya tak nafikan, 
sekarang banyak betul pewangi baru di pasaran
dengan rekaan botol yang sangat cantik..
...sedap mata memandang...
Namun bukan botol yang ingin saya pandang
..it's the scent that I'm going to love!!!

Tak kurang juga tumbuhnya pewangi2 'jelmaan' identiti artis2 terkenal Hollywood,
namun saya tidaklah se'crazy' peminat yang segalanya
ingin meniru idola mereka.
Yang saya kagumi cuma bakat & lakonan semata
bukan apa yang mereka pakai guna.

Berilah apa sahaja,
saya tetap nakkan 'dia' jugak!

Botolnya mungkin antara yang terburuk di pasaran (hahahha),
peduli apa saya!!

Bukan saya tak pernah cuba 'dekati' yang lain,
namun hati di dalam tetap mencintai 'dia'!

Dialah cinta hati saya...!!!


ACQUA DI GIO by Giorgio Armani
::
CLASSIC
::
SOPHISTICATED
::
TERSENDIRI
::
NOSTALGIC
::

Bila dia bersama saya, 
saya akan tersenyum sesekali baunya menjamah pancaindera saya.
Berjalan dengannya,
membuatkan saya tak pandang lain.
Rasanya cukuplah hanya saya & dia.
Wahhh....angau betul saya ni!!

Jarang sekali saya 'terserempak' dengan bau yang sama,
fikir saya,
"mungkinkah hanya aku seorang yang setia bersamanya?"
"of all the perfumes in the world???"
ahhhhh
suka hatilah
yang saya tahu
saya happy bersamanya!

Baunya?????
"Seolah-olah saya sedang memetik kuntuman bunga tanjung yang
mewangi di sebuah taman indera loka. 
Asyiknya saya sampai tak mahu ke mana lagi.
Memetiknya, menjadikan hidup saya dikelilingi cinta"

Nahhhhhh
Boleh anda bayangkan??
hahahaha

Cubalah....
dan kalau anda tak merasai apa yang saya rasa..
ermmmmm
saya tak ambil pusing pun
Biarlah saya dengan si dia
selama mana hati saya memilihnya.....

Thursday, March 4, 2010

Let pictures talk...

Helloooooooooo!!!!
Last three weeks was the busiest week ever to me..
(But Our House Construction Months/Year was still at the 1st place ever!!!
(I mean tahap kesibukkan hidup I lah)
Last three weeks was GOLD weeks..
Promoting, doing marketing, facebooking
Price Locking, Gold Collecting & Delivering here & there,
Meeting People
Planning this & that,
you name it..
we've been here & there all the way
day long
from the dawn until the night
rumah pun dah macam hotel
balik tidur aje you!!!
and one thing yg I tak pernah buat
DAH 3 MINGGU SAYA TAK MASAK
rinddduuuuuuuuu sgt dapur kecil saya tuuu...
uaarrrrrhghhhhhh!!!!

But,
all the hectic efforts pays
alhamdulillah
Allah blessed us the greatest bond ever
between us
me & Mr.Hubby
3 weeks tu comprises of:
gelak canda tawa rindu dendam amarah rajuk benci nyampah geram
all under the sun!!!
despite all above
WE ARE STILL SO MUCH IN LOVE!!!
(cuma "tang tu" je agaksss kurreenggggggg sikit lately..penat bebbbbb....balik selalu malam..
ngeh ngeh ngeh!!)
and despite all these
HE IS STILL THE ONE I'M MISSING EVERY MORNING!!
HIS HUGS & KISSES ARE STILL THE THINGS I LOOK FOR!!
alhamdulillah
(Ya Allah..kekalkanlah & perbaikilah hubungan kami sentiasa)

Now, i got a little time..
so, these are what I've been doing all day,
today & tomorrow..

Read the pictures darlingssssss!!!!



Yg ni sure you all tak faham kan..
Saya telah ditugaskan secara paksa oleh pakcik suami saya
untuk menyediakan gubahan hantaran anaknya nk bertunang hujung minggu ni..hehehehe
(tp bukan gambar kat atas tu ye..nanti saya upload bila ada time)





Lusa nak masak jugak..sebab rombongan pertunangan akan berkumpul kat rumah saya dulu
sebelum bertolak ke Putrajaya..
so saya akan masak untuk 30 org lebih kurang
huarraghhhhh dah lama tak masak, tetiba terus masak utk rombongan???
gilerrr apo ujie???



Sunday, February 14, 2010

Alhamdulillah...

What else to say?? Syukur Alhamdulillah di atas semua kurniaan & rahmat yg di anugerahkan oleh-Nya yg Maha Penyayang & Maha Pemberi. Walaupun saya terus-terusan membuat dosa, sedar juga tidak, tapi Dia tetap Dia..Memberi tanpa henti, menyayangi tanpa putus..

Alhamdulillah, sale gold saya amat amat menggalakkan. Walaupun masa mula2 saya jadi dealer sebulan yang lalu, terngiang2 kata hati & kata fikir mengatakan, "boleh ke aku buat?" "satu habuk pun aku tak tahu pasal emas, brg kemas pun tak suka, macam mana nak jual?" You know, all those negative thoughts keep on haunting my mind, until the moment I signed the dealership paper, saya masih blur & blank. Jauh juga di sudut hati, saya harap saya boleh buat! Sebab, kalau orang lain boleh, tak ada reason saya tak boleh buat!

Meng'update' status di Facebook tanpa jemu, menjawab kemusykilan orang tanpa henti, explaining sampai kering anak tekak, i tell you what, semuanya berbaloi!! Hehehe.. Satu kepuasan, bila saya dapat educate kawan2 mahupun sesiapa sahaja tentang kebaikan to save in gold, rather than to save in currency. Seronok, bila dapat celikkan mata mereka, bukakan minda mereka. Seronok juga bila hampir semua hujah2 pematah mereka dapat saya patahkan balik. Bukan niat untuk bergaduh ye, tapi sememangnya emas ini punya sebab yang kukuh kenapa kita harus beli, dan ia tidak merugikan.

Anda semua tahu tak cerita pasal emas? Saya dapat cerita ni daripada seorang kawan, tentang mengapa emas disanjung sebegitu rupa??

Dahulu, sewaktu Allah mencampakkan Adam & Hawa ke bumi kerana melanggar larangan Allah memakan buah khuldi, semua makhluk di syurga sedih & hiba atas kejadian itu. Semuanya menangis & terkenangkan Adam & Hawa, kecuali Emas.

Lantas Allah bertanya kepada Emas, "Wahai Emas, kenapa engkau tak bersedih sedangkan semua makhluk ku bersedih?"

Lalu dengan bangganya Emas menjawab, "Wahai Tuhanku, buat apa aku nak sedih, sedangkan yang dimurka bukan aku, yang dihukum adalah Adam & Hawa. Jadi tak ada sebab untuk ku bersedih."

Allah berkata, "Oleh kerana keteguhan pendirian mu itu, Aku memberi jaminan bahawa martabat & nilai engkau akan sentiasa tinggi & dipandang mulia walau di mana engkau berada."

Lalu mungkin kerana itulah, emas mempunyai aura yang tersendiri, dan nilainya sentiasa tinggi & ia menjadi satu sandaran kerana nilainya itu.

Dan mungkin kerana itu jugalah, setiap kali saya memberi peluang orang 'memegang' gold bar 100gram, matanya terpegun & seolah-olah terpaku sampai tak nampak keliling dah..hehehe. Sungguh! Saya tak tipu, ini bukan ayat2 salesman ye..hahaha. Justeru, saya sengaja membuka plastik sekeping goldbar 100gram, untuk orang 'merasa aura' emas yang sememangnya menakjubkan!

Tak caya?? Call lah saya untuk merasainya..dan anda jangan lari bila saya cerita pasal emas ye..hahahaha..

Friday, January 1, 2010

introducing......THE NEW YEAR'S NEW CAREER......

Let's let the picture speak of itself..

But if you didn't hear anything from the picture, just wait for the explanation that is coming soon..

But if you still wanted to know eagerly, drop me a "??".. i'll be more than happy sharing..

***So many times I put a smile on this world,
now I feel that the world is smiling back at me***

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri





Selamat Hari Raya everyone!!!!
Maaf Zahir Batin
samada di kehidupan nyata atau kehidupan maya ni..

Drive Safe
Enjoy Your Holiday
Makan beringat ye..
Will be back to KL again on 24th..
See you then..

Tuesday, June 9, 2009

Happy 34th Birthday Larling!!!

Taaadaaaa...dah dapat pun dia present harijadinya.. Saya suruh dia pilih, antara 3 idea saya tempohari..rupanya dia pun memilih no.3!! Emmm, kenapa ye?? Rupanya Wheelbarrow tu baru berharga RM95, mesin rumput pula RM200+.. Clarks lah yang paling mahal harganya antara 3 barang tu.. Haiiii, materialistik jugak hubby saya ni ye..
Posted by Picasa
Setelah acara pilih-memilih berlangsung selama hampir setengah jam, akhirnya dia sebenarnya saya,hehe pilih yg ni... Walaupun pada mulanya hati agak terpaut pada design yang lagi satu, kaler raw gold, tapi sebab kasut tu lebih rugged & hanya cantik dipakai dengan jeans sahaja rasa saya lah maka terpaksa lah kami tolak tepi.. Tapi, ia memang nampak trendy as a rugged shoes, while this one is more classy.. 

Saya suka tengok dia bergaya dengan kasut barunya itu!! Memang tepat sekali dengan imej barunya yang saya baru cipta..hahaha..

Happy Birthday my darling hubby!!
I pray for only the good for you in this world & the best at the End!!

I Love You


Friday, June 5, 2009

A Walk in Alamanda Putrajaya..

***Sila maklum,mulai hari ini,kata ganti nama 'aku' dlm blog ini akan bertukar kepada 'saya' sebagai usaha untuk menyopankan diri sendiri..hehe***

Hari ni saya kan sedap bunyinya bangun pukul 6 pg, sesudah solat Subuh, saya terus turun menyapu lantai di bawah. Bibik (bibik kakak ipar ada di rumah sebab anak2 saudara saya menghabiskan cuti sekolah mereka di rumah saya) langsung menegur, "Awalnya Jie sapu rumah?" Jawab saya, "Senang Bik, nanti budak2 dah bangun, susah pulak diorang lalu lalang. Nanti Bibik tolong saya mopkan lantai ye.." Bibik pun mengangguk. Bibik tu memang sangat2 boleh diharap. Di rumah kakak saya, dialah yang menjaga 4 orang budak, masak, basuh + lipat kain, gosok baju, siapkan budak2 ke sekolah, kemas rumah, tidurkan baby..Pendek kata, segalanya dia lakukan. Untung kakak saya tu. Habis, apa kakak saya buat ye??? Malas saya nak komen panjang lebar..Ibarat kata Nabil, 'lu pikir la sendiri'...

Sudah lantai dimop, saya langsung bersiap-siap nak pergi beli sarapan, nasi lemak penang, yg sedap tu. Sebelum keluar, sempat saya menjenguk dalam periuk nasi, ada lagi nasi semalam. "Ika, nanti Ika potong bawang, tumbuk sekali dengan isi ikan goreng ni ye." Ika ialah pembantu Kak Shila, jiran saya yg sekarang ini di Terengganu, bercuti di Pulau Perhentian dengan keluarganya. Ada kenangan 'pahit' tahun lepas sewaktu Ika ikut sekali ke Perhentian, sebab tu tahun ni dia malas nak bawak budak tu. Ika ni versi pembantu yg 'antonym' dengan Bibik tadi.. Bagai pahat dengan penukul perangainya..Aiiiii...

Balik dari gerai Nyak Zahari nasi lemak penang tu, saya langsung terus ke dapur siapkan nasi goreng. Ika bancuhkan kopi 'O' kampung, terus saya, mak, Syamil, Nazeem, Zaeem & Ika sama Bibik bersarapan. Mana mak budak2 & bapak budak2 tu ye?? Emmmm..masih dibuai mimpi rasanya..No komen!!! Lepas sarapan, cepat-cepat saya bersiap..hari ni saya dah buat temujanji dengan diri sendiri untuk ke Alamanda..membeli barang2 yang sengaja saya tiadakan supaya dapat saya jadikan alasan untuk ke sana..hehehe..

Sampai saje di Alamanda, mata saya terus tertumpu pada gerai handbag. Ermmm..cantik-cantik handbag ni, baru sampai tu..Nampak sangat saya pengunjung setia gerai handbag ye.. Pilih-pilih, saya pilih yg berwarna hitam, sebagai ganti bag 'G for Giant' yang semakin lusuh diheret ke sana sini.. Saya tak suka ada bag yg sama warna, membazir rasanya..dan sekarang, adanya bag putih & hitam,rasanya sudah lengkap gaya saya. Biarlah bag-bag lain tu tersimpan rapi, sekali-sekala akan saya keluarkan jika terasa rindu.

Cantik kan bag saya..harganya pun tak mahal sangat. Masih belum sampai seru untuk saya memiliki handbag ribuan ringgit harganya, walaupun niat dihati tu memang ada. Yelah, sekurang-kurangnya ada satu Tod's atau LV, baru saya boleh akui kehebatannya seperti orang perkatakan..hehe.. Bila?? Entahlah, tunggu dut tak cukup-cukup.. Bila dah cukup nanti, itulah time nya..**seronok berangan tak sudah**

Saya suka bag ni, warna-warni tali penyandangnya menambahkan lagi seri kehitaman itu.. :)

Sesudah itu, saya jalan-jalan lagi. Merayau sambil mata melilau mencari kalau-kalau ada nampak tanda 70% di mana-mana kedai. Emm Reject Shop, macam ok je.. Tapi biasalah, RS sekarang ni dah tak macam dulu. Sudah saya katakan dlm entry saya yang lepas kan.. Cuma, hati tterpaut juga pada sehelai baju tidur ala-ala Victoria Secret. Sudah lama tidak ke New York, beli kat Reject Shop pun jadi. Yang pasti, saya tidak pernah memilih brand, apa yang cantik & harga berpatutan dengan kualiti barang, saya capai. Malam besok Mr.Hubby pulang, bolehlah saya bergaya dengan baju tidur baru ni..Ehem ehem lah jawabnya...Hahahaha..

Kemudian, saya ke Watson. Ini tempat saya mengelamun mencuba segala macam barangan kecantikan, 1 jam pun saya boleh habiskan masa di sini. Watson Alamanda memang menarik, kedainya besar & banyak barang. Tapi, selalunya yang saya beli adalah 2-3 aje.. Buang masa kan jadi perempuan.. Tapi, saya suka katakan pada Mr.Hubby, masa itu saya gunakan untuk menilai seterusnya membeli hanya yang terbaik & berbaloi. Siapa yang untung akhirnya?? Dia juga kan...

Saya membeli Make-up Remover, untuk dibawa kemana-mana saya pergi. Selalunya saya hanya gunakan Facial Wipes untuk cuci make-up sebelum ambil wudhu' (jika saya diluar), tapi kian lama muka saya makin rosak. Risau saya bertambah bila Mr.Hubby & Kakak2 saya pun perasan, macam ada panau..Ohhh tidakkkkkk!!!!! Mungkin akibat dari pembersihan muka yang tak sempurna. Jadi, terpaksalah saya pakai Make-up Remover yg betul. Krim mata??? Haaa sejak dari krim mata saya dah habis 2 bulan lepas, saya langsung tak pakai krim mata! Usia dah melangkau 30-an ni, saya akui, penat nak jaga muka & badan. Kalau tak dijaga dari sekarang, nanti takut terlebih bajet pula dimasa depan.. Muka yang dah teruk baru nak dijaga, teruk belanjanya nanti kan.. Jadi, saya sambung guna Krim Mata Loreal, Revitalift. dari dulu saya guna, macam ok je..hehehe.. (Panadol Soluble tu untuk kakak ipar saya yg tgh selsema sekarang)

Sambil jalan-jalan di Parkson, saya melilau melihat kaunter-kaunter produk kecantikan. Kanebo,Lancome,Dior,Clarins,Biotherm (saya tgh guna produk tu sekrg), macam-macam lagilah. Saya tak tahulah, adakah sebab produk yang tak sesuai dengan kulit saya atau sememangnya produk tu tak bagus?? which I then agree on the first assumption.. Harus, produk apa yg patut saya pakai?? Dulu, saya pengguna setia Dermalogica. Memang bagus, tapi harganya yg selalu buatkan saya pening kepala. Saya segan nak minta pada Mr.Hubby setiap kali botol atau tiubnya dah kosong. (isteri yg baik kan??hehe). Saya fikir, mungkin kulit dah elok, saya boleh bertukar pada jenama lain pula. Lalu saya mencuba Loreal.. Semua produk muka saya gunakan Loreal. Tapi,muka saya jadi terlampau berminyak..aduhhhhhh.. sampai sekarang ada lagi barang2 tu dimeja solek saya.Nak buang,sayang pulak. Kemudian,saya ambik jalan tengah, jalan yang tak murah & tak mahal sangat. Saya guna Biotherm. Tapi jadi begini pula...Belum bertukar botol pun. Saya udah mati kutu, walaupun kutu memang takde dikepala.. Saya kunjung kaunter SKII.. wow, harganya sahaja buat saya melopong.. Tapi, Kak Shila pernah ceritakan experience dia menggunakan produk SKII, memang amat bagus.. Testimoni sebeginilah yg sering menjerat saya. (tolonglahhhh).. Saya tanyakan tentang Facial Treatment Essence yg sering keluar diiklan tu.. Rasa saya, kalau itu sahaja boleh perbaiki kualiti kulit saya, mungkin saya hanya pakai yg itu sahaja, lain-lainnya saya tetap dengan Biotherm. Nasib baik ada sampel, bolehlah saya mencuba dulu. Takut saya nak terus beli saiz besar, buatnya tak sesuai..meraung saya duit dah terbang... Boleh ke lepas ambil sampel di Alamanda, saya pergi ke Mall lain-lain pula?? Kumpul sampel untuk stok sebulan?? Percuma aje..hahahaha..

Sebelum balik, saya ke MPH. Saya dah janji dengan Syamil & Nazeem nak belikan buku latihan untuk mereka. Syamil di Tahun 3, Nazeem pula baru 6 tahun. Nazeem ni lambat sikit boleh membaca, tak tahu approach macam mana nak saya praktikkan. Terpaksalah saya menjengah ke blog kawan-kawan yang ada cerita tentang homeschooling. Lenguh juga mencari yang mana terbaik, akhirnya saya memilih buku-buku ni;





Dan untuk saya, hati terpaut pada satu buku keluaran terbaru PTS; Doa Kesukaan Nabi Muhammad saw. Saya membelek beberapa helaiannya, dan saya suka kerana doa-doanya ada maknanya sekali. Buat apa berdoa kan, jika maknanya kita tak tahu?? Kecil aje buku ni, pocket size, boleh dibawa ke mana sahaja & diletakkan dalam handbag. Saya suka lah!! Kawan-kawan pun patut beli, bukankah bahagia jika doa kita sama dengan doa Nabi Muhammad?Terasa seperti Baginda yang mengajarkannya...

Dan bila saya pulang ke rumah tadi, saya sempat membaca beberapa doa2 Baginda..hati menjadi sayu, syahdu mengenang diri.Betul kata Saidatina Aisyah r.a," Rasulullah suka doa-doa yg singkat tetapi meliputi semua maksud." Doa-doanya bagus, saya baca sampai menitiskan airmata..saya mengenangkan, Rasulullah insan yang sudah dijamin maksumnya & sudah gerenti syurganya, masih berkali-kali memohon ampun & hidayah dari Allah..Sedangkan saya???Kadang-kadang,dek sibuk dengan urusan dunia, terus bangkit dari sejadah sesudah salam..sibuk sangat kononnya..Sombongnya saya dengan Pencipta, Tuhan yang mengkabulkan setiap permintaan makhluknya. 

"Ya Allah,Tuhan yang berkuasa mengubah hati-hati manusia, tetapkanlah hati kami supaya terus taat kepadaMu"..

Thursday, June 4, 2009

Untuknya apa saje...

Mr.Hubby just called..He's in Sibu, duty starts at 1700 hrs so he got time to have a lunch nearby the hotel. He asked me to guess what food did he ordered just now..It took me only few seconds to make a very precise guess, it's Carbonara!! And yet again, he was kinda puzzled how I could get it so right.. Hehehee, i told ya many times, Wifey's Instinct is something you cannot play with.. It's sometimes (most of the times) scarily accurate..hahaha. 

Hubby said, now rice seems to be monotonous. Breakfast, nasi goreng; and lunch nasi campur.. Everything nasi nasi nasi.. chetttt, baru kali ni dapat co-pilot mat saleh, terus tak reti mkn nasi, hehehe.. So, as I was expected, this sentence came thru his mouth. "You dah lama tak masak Spaggetti, Caesar Salad, Sheppherd Pie, your homemade pizza, bla bla bla..." Aiiiii, nak masakan omputih pulak dah.. It's true, it's been really while I didn't cook all these dishes. Since moving to this so-called hutan rimba, I am more keen to cook kampung style dishes. I don't know, but my tummy loves that especially having those meals in an orchard like this. Macam tak masuk pulak, makan carbonara sambil tgk pokok durian ehh..

Now, i'm recalling back my recipes of those kind of food.. Thought of having those on this Sunday.. Ooopsss, today is already 4th, means Mr.Hubby's birthday is just coming in 2 days.. Woohooo..what I'm going to give him this time ahhh??? It is always a head-cracking thing when need to think about his present.. Last year, I bought him a series of paintings from Bali, which is now perfectly hung at our living hall wall. This year, I think, it's unfair if I choose something that I like, as I alway do, and giving it to him means I have a chance to own it too at the same time.. Teruk huhhh?? I have few things in mind right now, shhhhhhh, don't tell him ya..

1) Wheelbarrow; hahaha..he is now using a punctured  wheelbarrow for his everyday gardening activity. And it's good if I buy him a new one, isn't it??
2) Mesin Rumput; this is a quite good selection as well. At the moment, he has to borrow Ajip's (neighbour) grass-cutter every now & then.



3) Clark shoes; he is long for this. Takdelah asyik dgn selipar ke sana ke mari.. This will bring a better sight to my eyes as well right,..hehehehe..

So, what say you friend???


Award from zawiyah-nizam.blogspot..

Thank u so much cheza for this award!

Insyaallah, I'll try to improve my writings from time to time. At the beginning of the creation of this blog, i thought it was just for me my ownself, just a written note of myhumble life, my feelings, my happiness & sad moments, my prattlings and so on and on.. But, knowing that others (especially You!) likes to read this, I'm more than happy to write & share..

Hope Allah gives me that Istiqamah to consistently sharing things with you & guys out there.. Whatever is told & shown here, my intentions is not to show things off, but honestly just to share..be it nice or bad things, please understand that I just wanna express my true feelings at that specific moments.. 

And true friend is the one who laugh when her friend smile, and cry when her friend is sad... 

Friday, May 29, 2009

Nak Zzzz awal malam ni..

Masa untuk soya!!!

Sekarang aku amalkan minum soya drink sebelum tidur.. Soya sangat bagus untuk tidur yang nyenyak & memperbaharui sel-sel kulit sewaktu kita tidur. Dan untuk aku, pastinya hanya yang organik. Aku sebolehnya elak daripada minum susu soya kotak atau mana-mana yang ada di pasaran kerana kebanyakkannya adalah GMO;Genetically Modified Organism.

Saper nak tahu pasal GMO & ingin sedar how bad it is to our health, please click HERE.

Selamat Tidur semua!!! Semoga mimpi aku & kalian juga indah-indah malam ni. Semoga pagi esok menjanjikan lebih keceriaan & kebahagiaan buat kita semua.

***Jangan lupa cuci muka,gosok gigi dulu ye! Isya' dah??***


Wednesday, May 6, 2009

I got what I want!!

Yeehaaaaaa aku dh dpt camera...

Tapi bukan yg shocking pink tu..That one is not really advisable pulak... Blue pun blue lah...

Lepas ni lih lah aku ber'snapping' sakan.... Thanks love!!

It's 6th May again...



6th May come again..and today is the 11th year I met Mr.Hubby..oopssss he met me..because he was the one who saw me first kan..And being today, I am so grateful that our love is still strong and we feel like we just met yesterday!!! Sometimes it seems years when we realized we really know each other.. 

Looking at him sleeping (ganti tido sbb bangun awal pi ofis pagi tadi..) over there, me feel like telling you the story of how we met..Until now,I'm still amazed with Allah's plan (the most superb planner) called 'jodoh'..in our case..two totally strangers become one loving couple!

11 years ago, it was a tense day for me..sebab aku takleh jawab soklan exam hari tu..Sepatutnya exam dh abis semua org suka kan..tp biasa lah aku,takleh jawab mcm selalunya.. That was when I studied in PPP/ITM (NCUK program yg kononnya preparation nk ke UK ler tuuuu tp terbantut dek kerana economic turmoil that year..). So,mlm after Maghrib aku ajak Aza pi Giant,dekat je dgn hostel kitorg kat Sek.18 ni..jalan kaki je..saje lah nk tenang2kan pikiran..lepak2..

We were at the first floor,kat area buku2 (kalo dh student tu kan..) bila aku nampak 2 org mamat ni asyik jeling2 kat kitorg..perasan ke aku time tu..alahhhh masa bujang kan,bila org laki tgk sikit dah tersipu2,bangga pun ada..kah kah kah..Cuba kalo sekrg depa wat gitu,mau nak aku gi cucuk mata diorg.. Tak kuasa Mak!! Aku cakap kat Aza pasal mamat 2 ekor tu..Pastu kitorg mcm elak2 lah sikit,takut pun ada..Sekali tetiba..jeng jeng jeng...(slot cerekarama dah nak start..):

Mr.Hubby : Assalamualaikum..
Aku : Waalaikumsalam.. (nak tanya jalan ke budak ni dlm Giant ni)
Mr.Hubby : I nak sangat kenal dgn U..(sambil hulur bunga merah). Dalam tu ada phone no. I,jgn lupa call I ye..(korang dgr tu.."nak sgt", ish bangga aku..desperate betul dia nk kenal aku..heheheh)

Pastu dia terus blah..jumpa mamat 2 org yg dr tadi asyik ikut kitorg tu..chetttttt member dia ropanye..Dan aku,speechless tak tahu nk kata apa,diam je,mengangguk pun tidak..malu pun ada sebab adalah 2-3 org lain kat situ duk tgk 'shooting' tu..Dalam pikiran aku time tu.."mana la dtg jantan ni,tetiba je muncul..rasa2nya sembahyang tadi takde pulak aku minta doa minta dipertemukan dgn Prince Charming ke.."

Si Aza pulak..gila2 gelakkan aku..sampai keluar airmata..Cisssss sungguh tak memberangsangkan...Since we have nothing to buy,Aza ajak aku balik..tp aku kata, tunggulah dulu.takut mamat tu ada lagi kat bawah...So,masa turun tangga,aku suruh Aza intai2 dulu..Eh eh! lupa lak nk citer part best..

Just a few minutes after me holding the flower, aku dgn intonasi membebel, "haaa dahlah bagi bunga beli kat Giant, ada lagi ni tag RM2.50..karang tak pasal2 aku kena bayar masa nk kuar kang"... Tup tup, menjelma lagi si Putera Katak ni kat belakang aku.."haa ni resit bunga tu..kang tak pasal2 pulak U kena bayar".... Adussssssss sekali lagi malu nye aku...Mamat ni manusia ke halimunan ahhh??

So,kami pun dah nk balik after confirm depa bertiga tu dah takde kat Giant tu. Sekali bila melangkah aje keluar dr entrance, lagi sekali dgr org bagi salam...Alamakkkkkkk...eee rimas lah aku...

Mr. Hubby : Err sorry lah..tapi I terfikir plak..I don't think U akan call I, ye lah logiknya takkan ladies yg nak call kan..So,I ingat nak belanja U minum..dekat2 sini je..
Me : Ehh, takpe lah.. Nanti I call..
Mr. Hubby : No, I tak rasa U'll call.. please lah..kejap je pun.. Just nk borak2..

Banyak kali aku tolak, banyak tu jugak dia ajak..Ishhhh, kot ye pun suka kat aku, cover2 lah skit..hahahaha..( sure bengang laki aku ni kalo dia tahu aku dgn honest nye berciter kat korang).. Nasib baik aku tetiba dapat idea nk tolak..

Me : Sorry lah,actually esok I ada exam..last paper.. Study pun tak abis lagi.. Kalo tak, sure I ok je.. (padahal exam dah abis ponnnn)
Mr. Hubby : Ooo ye ke..ermm takpe lah kalau camtu.. I taknak kacau U study U plak.. 

................ lega..............................tp dia sambung lagi..

Mr. Hubby : so,esok I ambik U after your exam ye.. Around 4-4.30 ok??
Ishhh,tak nak kalah lah mamat ni..Aku dh tak tahu nk kata apa,terus je aku agree.. Then kitorg balik.. Phewwwwwwhhh..

Esoknya, aku mcm takut gak nk pi..Yelah, entah2 depa tu sindiket jual perempuan ke..lain macam benor aku nengok ehh.. Tapi, my housemates suruh pegi. Tak baik mungkir janji, kata diorg.. (tang ni aku sebenarnya nk berterima kasih kat korang..kalo tak,tak jumpa lah aku dgn laki aku ni..because if I didn't see him that day, it's all gone.. The next day,aku dah abis belajar kat PPP, balik kampung..and he doesn't know where to find me..kan..No tepon yg dia bagi tu pun aku dah buang..hehehe).. So,aku pun keluar dgn dia that day.. Dia bawak sorang kawan, aku pulak bawak 2 org..Mama Ullya & Mak Ultraman..and that was the beginning of our loving chapters... 4 years after that, we married!!!

I LOVED HIM..I'M STILL LOVING HIM..and will always be..insyaallah..

Thursday, December 18, 2008

Pagi nan indah....

Dengan rasa tak malu nak ngaku aku subuh gajah hari ni..al-kisahnya alarm rang at 5.30am as usual,and I turned it off as usual,and laid back as usual..heehe..Cuma selalunya Mr.Hubby's alarm will rang again at 6 o'clock then only I get up and perform the Subuh.But today,,Mr.Hubby woke up first & performed his prayer outside the room (just to 'memakmurkan' semua bahagian dlm rumahnya)..he called my name twice before he left the room,that's what i remembered..but,feel very dizzy (morning sickness without the pregnancy..hehehe),sudahnya aku bangun pukul 6.57am..kat luar dah terang dah..so,terkocoh2 aku ambik wudhu' & solat qadha..astaghfirullah..
(puan2 sekalian,jgn meniru adegan ini di rumah ye..not good!!)

Then,after saying my doa,as usual,I opened the windows..and hewwwwww..the wind is so refreshing..cool and breeze air touched my bare face..i looked far to the hills behind my house..the trees and the farm..people said, seeing the GREEN is very good for your eyes especially in the early morning..I admit it's true..I feel so alive & energetic..and the wind still blowing as I'm writing this entry..ouhh I love my new place..

Dengan semangat pagi yg ada,aku terus turun bawah bukak all the windows and the doors..biar angin masuk kata Mr.Hubby..selalu memang kami bukak awal2 pagi pun,but today somehow it is different..angin dia tu really really cool..ye lah,we are in the middle of tengkujuh..maybe this is why the wind is cooler than usual..

We have a lite breakfast today..in our dining,facing the orchard..just the two of us..(lupa lak nak cakap my MIL & FIL balik kampung yesterday.So,we have about 5 days to cherish the togetherness between us)..We have Japannese bread Gion that I bought yesterday at Mid Valley,roasted chestnust and a plain Rooibos Tea...have I told you guys that there will be a live show almost every time we are enjoying our meal at this dining table?There are a lot of squirrels in the orchard & morning is the most enjoyable time for them I would say..they will swing to & fro on the tree..passing from one and another branches..playing with their mate with that giggling sound..I'm so happy for them..rasa macam balance je ecosystem kat rumah aku ni.. And today,I have an experience to see what the idiom say, "sepandai pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.." Ada 2 ekor tupai tadi duk asyik main kejar-kejar..terjun dari satu dahan ke satu dahan..berkekek2 gelak..after doing 5-6 loops,suddenly ooooppppsssss..terjelepok jatuh ke tanah..aku gelak besar tgk..it was like me playing with them too..after a short while,the other partner was jumping & running here and there,looking for his playmate yg jatuh tadi tu...Dari jauh aku tahu dia macam risau je..muka macam dah tak happy je..kesian pulak aku tengok..rasa guilty pulak aku gelak2 tadi..ishh..I've been very emotional & sentimental di pagi hari ni..ermmmm..jiwa tiba-tiba memahami hati seekor tupai..hahaha

Slurrping my tea,I deeply wished in my heart,"moga-moga tupai tu selamat..and both of them will be happily playing again and so that,they will make myself smiling at the morning tea again".. 

Monday, July 14, 2008

I've got to summarize my days..

Assalamualaikum frenzzzz & hi to everyone...yeah i know what you are saying..."at last..." What to do,I've been very busy these few months..Things come & go, good & bad,made me saying "ya Allah..macam tak cukup masa 24 jam yg Kau beri"..tapi aku tak salahkan masa..terang2 aku ni tak reti nak manage time. That's why, since I moved into a new house,I made a Daily Roster. Barulah terasa teratur hidup ni bila ada guidance..tapi kan,setengah orang cakap..what a boring life..siap ada jadual lagi.macam budak skolah.. But I'm happy..what's wrong with a schedule? i mean what's wrong with rules? Alam maya ni pun live by the rules..planet2 semua gerak ada schedulenya..jalanraya pun ada traffic light..so what? I'm just happy..peduli apa cakap orang,ye tak? My day starts as early as 5.30 in the morning (kalu cuti sembahyang start lambat ler skitt..kasi can badan rehat lebih skit..hehe) & ends at normally at 11 at night.. I include all homemaker's job to a social activity eg. shopping (tak lupa), minum kopi bawah pokok kat Desa Cempaka and sports..Nanti lah,one day I'll list down my roster kat sini ye..there're few more empty slots,so maybe you olzz can suggest me of something..

Lagi pasal my new place,aku suka tempat ni..aman,tenteram & clean & fresh air..Tak bising,tak berabuk macam rumah dulu, betul2 kat depan jalan lori lalu.. Maintenance kulit muka pun tak banyak..baru aku tahu,rupanya I have a sensitive type of skin.. Sensitive to pollution kot..Sebab duduk kat sini,dengan tabiat aku yg still sama,maleh nak cuci muka,tapi ok je..tetap lembut & tak banyak acne..keluar pun takyah pakai foundation lagik..so jimat duit aku..(jimat aper nya ujie oiii,duit tu ko guna buat beli bende lain plak...)

Terbaru, on the last 19th June, I was admitted to Columbia Asia Hospital in Seremban..very high fever & it was found that the fever is caused by an infection..so I was treated as UTI patient. First day kat spital,aku demam..and the doctor (a very nice doc, I recommend to those who has urology problem to see Dr.Lee Ming) said he won't let me go until I got temperature below 37.5 for a straight 24 hr..and the second day,I got that! and I was so energetic yet so berselera bila bab2 makan (tak macam orang demam), so doctor tu serba salah nak tahan aku kat wad..but I have to be on this strong anti-biotics for at least couple of days more. Antibiotics tu plak mmg takde in the form of consumable tablets..guess what the doc suggested..HOME LEAVE!!! yeehaaa... dia bagi aku balik tido kat rumah, but every morning & avery night I've to come to the hospital for the injection..Mr.Hubby was very nice,he agreed..(kena tanya dia lah sbb dia yg nak kena jadi drebar..)so,aku ulang alik,dari rumah for 5 days..dengn tombol drip kat tangan..pegi makan kat kedai bawak tombol tu..pegi salon pun ada drip tu..dgn gelang tag hospital nyer..very funny..semua org tengok je...I was well after 5 days, & discharged..until 2nd of July,the fever came back..and I was admitted again for a week..4 days at ward,3 days another home leave..hehehe...Alhamdulillah, I think I'm completely healed. It was scary though,i was too scared that it's gonna affect my kidneys & blood.. But,thank Allah,after tones of blood 'donation to them' & pelbagai tests..my blood & kidneys are fine.. Now, YAKULT everyday with Probiotics to combat with the bad bacteria inside me..

Lots of frenz asking about my new house..believe me,tak decorate apa2 pun lagi...tarak fulus la geng!! Tu tak termasuk lagi dgn ada tempat bocor,ada yang nak kena extend bumbung sbb tempias bila hujan...tak termasuk lagi dgn MIL & FIL yg mintak macam2, ditambah plak dgn Sis-in-law yg nak nikah ni,nak kena furnishkan rumah jugak...ayoyoyoooo..gua laki bini manyak pening wooo... Sejak minyak naik ni, terasa sikit lah expenditure pun dah naik.. tapi kan, a good news.. we now lant our vegetables ourselves.. Kitorang dah ada Kitchen Garden sendiri..you name it..semua ada..so far aku dah semai Cili Padi, Cili Merah, bendi, terung, ulam raja, daun kadok, limau nipis,limau kasturi,daun kari, timun, tomato, tomato cherry, daun sup..macam2 lagi lah...ada banyak lagi biji benih nak kena semai ni..and we design our vege garden as beautiful as it can be..Mr.Hubby hari2 buat batas sayur..tanah kitorg jenis yg keras..tanah bukit..so nampak kurus jugaklah laki aku tu bercangkul hari2..hehehe..bini dia tukang semai je..and tukang borak2 dengan anak pokok..I'll take some pictures of it later ya...

Please excuse me right now..aku baru je download Free Trial Landscape Design software..nak try2 design landscape plak..nanti kalo menjadi,boleh lah wat freelance..kwang kwang kwang...

I'll try to snap some pictures tomolo ok...good night viewers...have a good day..take care!!!

Wednesday, May 7, 2008

Rinduuu kat blog nih!!!

I miss youuuuuu...

Who???

You lah..

Aku dah pindah rumah baru..happy sesangat..and penat sesangat... I was waiting for Streamyx for 2 weeks la geng!!! Tu yg tak online tu...

Takpe..takpe..I'll write something tomolo...Wait aaaa!!!

Wednesday, April 23, 2008

Being loved!!

Yesterday, Mommy called. Ayah Chik asked her to ring me up. "Ayah Chik rindu nak cakap dgn anakandanya", kata Mommy.. I talked with Ayah Chik in laugh for about 20 mins.. give him a chance to melepaskan rindu seorang ayah kepada anaknya..

So sweet.. haven't feel this since 16 years ago.. Though every second I 'feel' the presence of arwah Bak in my life..

Alhamdulillah.. Thank you Allah for letting me feel this way again..for being showered with love again..a fatherly love..

Monday, April 7, 2008

I'm now in the era of 30's..huhuhu

Happy Birthday to me..Happy 31st Birthday..
Celebrate last night at Kakak's house, we shared almost the same day..hers is on 6th April..
Got a present from Mr.Hubby this year,after waiting for it for 10 years!!!!!!!! See, i'm not that materialistic huh?? Tak pernah dpt birthday present from husband before!!! Nak kena mintak baru dapat..warrrghhhhh....

Wednesday, April 2, 2008

I'm happy making people happy..

I called Kakak yesterday,and Kakak said she just called Mommy at kampung..tanya khabar lepas menjadi isteri..and Kakak told me something that really touches my heart..the deepest part in my heart..

"Ayah Chik suka dengan family ni..mesra sgt anak2 dengan Ayah Chik, lebih daripada anak2 Ayah Chik sendiri.. Malu Ayah Chik anak2 Ayah Chik tak layan Mi sebagaimana anak2 sebelah sini layan Ayah Chik. Ayah Chik suka semua, terutama Ujie. Ayah Chik sayang sangat kat Ujie, baru sempat bersama 3-4 hari,tp Ayah Chik tahu Ujie sayang & ikhlas dgn Ayah Chik.."

That's what Ayah Chik told Kakak yesterday. My eyes were a little bit teary.. I confess, I do miss a 'fatherly love' all this while...

To Ayah Chik, please don't worry about anak2 Ayah Chik..lama-kelamaan mereka akan mesra jugak..Berilah sedikit masa. Yang pasti,kami adik-beradik telah menganggap mereka umpama saudara sendiri serentak dgn sahnya ikatan antara Ayah Chik & Mommy..

Ya Allah ! Kurniakanlah mereka berdua kesejahteraan hidup, kebahagiaan, kebaikkan di dunia & jua di akhirat. Bahagiakan mereka di saat mereka menghabiskan sisa2 hidup berdua. Rahmatilah kedua mereka dengan kesihatan tubuh badan, dan tingkatkan amal taqwa mereka. Bahagiakan mereka..

Saturday, March 29, 2008

Fish BBQ..also a must!

Masa pegi pantai petang tu, kakak nampak nelayan baru bawak naik ikan dari laut.. Kalau ikut orang Terengganu kata, "ikan segor segor, ikan kembong kerah cokkeng".. So, terus kakak ajak ber BBQ malam tu.. Kitorg beli ikan kembung 10 kg.. itupun tak cukup.. Bila orang Terengganu mengadap ikan, orang mesti tertukar, mana satu manusia mana satu kucing...
Bakar depan tangga rumah aje.. Ateh & abg Pie willing nak jadi tukang bakar..

Abg Yie, Chef of Night.. (actually every time buat BBQ memang dialah Chef nya. he used to be a captain Chef at the Rantau Petronas golf Club once). Malam tu, dengan mata yg bengkak pun, (sakit mata), sanggup dia jadi chef...


Beginilah riuh nya bila berkumpul..

Menjamu Selera dengan lahapnya.. Miow Miow Miow..

Mommy & Ayah Chik (panggilan kepada ayah baru atas permintaan nya)..

Present yg aku beli that day.. i asked Abg Ju (the youngest brother) to hand it to Ayah Chik..

Trip to the beach..a must!!

Ini aje yg dapat dikumpul.. 17 out of 29.. ramai kan?? But I'm proud of having them.. Bear in mind ya..yg kat tengah tu, in turqoise tu, dah umur 31 tau.. not a Fifth Former.. Cuma2 bila jumpa budak2 ni, Chujie & Uncle Z pulak yg lebih2 jadi budak...

Yang selalu ikut kehendak bebudak ni adalah Chujie & Uncle Z yg comel ni...huargh huargh...

Eh, korang tahu tak Ronaldo datang ke Dungun ari tu?? Sempat aku posing dengan dia..but with his back aje lah..

Along (anak sedara yg paling 'senior' dgn pacar nye.. didatangkan khas dari KL untuk menyaksikan detik bersejarah Tok Wan.. Anis, such a cute girl kan?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin