Showing posts with label kitchen heaven. Show all posts
Showing posts with label kitchen heaven. Show all posts

Friday, August 20, 2010

Udang Padthai....yang teramat senang nak buat

Hari yang sama masak green curry..saya masak Udang Padthai..

Ingat ni??

Guna aje paste padthai ituuuu...hehehehe. Cuma tambahlah sikit bahan2 tumisnya. Iaitu:

Ingredient


4 sudu besar Thai Heritage Padthai paste
3 sudu besar sos ikan
3 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 batang serai - dimayang
Satu papan petai - dibuang kulit & belah dua
Sebiji limau kasturi - ambil airnya
Sedikit daun basil kering - beli aje yg McCormick tu
Gula perang - optional
10 ekor udang laut


How To
1.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 mayang tu.

2.
Masukkan udang, paste, air limau & sos ikan. Kacau & goreng 5 min sehingga udang masak.

3.
Sprinkle the basil & gula perang (kalau suka manis).


Hiaskan dengan cili merah, kalau rajin..hihihihi...

Note: Semua masakan yang menggunakan sos ikan, sebaiknya jgn masukkan garam..sebab sos ikan
tu dah masin tahap gaban..hehe

My Green Curry yg heaven..ermmmm

Thai Green Curry is one of our all-time favourite Thai delicacies. Dari dulu saya nak cuba buat, tapi belum jumpa resepi yang pada saya logik & nampak sedap. Every time cari resepi kat internet, mesti ada bubuh Thai Green Curry Paste, saya taknak sebab saya nak tahu jugak macam mana buat paste tu. Takde lagi yang bagitahu resepi untuk buat curry paste tu, saya teringin nak tahu how it can turn to GREEN..

Hari yang kami berbuka kat Q-Thai tu, we ordered Green Curry. But, to our disappointment, green curry Q-Thai betul2 tak memenuhi kehendak piawaian tekak saya & Mr.Hubby. Tak tahu lah apa silapnya..sebab saya tak pandai nak masak. Masa tu lah, hati membuak2 nak belajar masak kari hijau ni.

Esok paginya, awal-awal lepas sahur, saya dah start browse internet. Terjumpalah satu resepi yang boleh diterima logik akal & imaginasi saya..hehehe.. Terus jot down bahan2 nya..pukul 9 am ke pasar.. Saje je nak wat surprise kat Mr.Hubby. Lepas ke pasar tu, singgah kat Pasaraya Mydin jap, nak beli chicken fillet..masa cari dry spice kat shelf, tetiba Mr.Hubby panggil, " eh syg..dah ada ni lah sekrg..senang lah..boleh lah U try buat" sambil tunjuk kat benda alah ni haaa...


Terkulat-kulat mataku memandang botol2 tu & Mr.Hubby yang tercengang...lastly, terpaksalah bocorkan rahsia..sambil tunjukkan kertas yang aku tulis bahan2 nak dibeli tu.."ni haaa memang I nak masak green curry pun today, tapi nak buat sendiri..takmo lah beli paste yg dah siap..".. What a coincidence..but at least I know he's looking for it too..dalam hati ya Allah, mintak2 lah sedap curry aku ni.. As a penyelamat keadaan jika memerlukan, saya beli jugak sebotol paste yg readymade tu..In case kan............hehehe

So, balik rumah je dgn bersemangat...terus prepare the dishes..

Ingredients

10 ketul chicken fillet
3 btg serai - mayang & simpan the upper part of the stalk
1 biji terung bulat - saya pakai separuh je
1 biji capsicum hijau - pun pakai separuh je
5 biji cili hijau
1 cawan daun ketumbar yg dihiris halus
5 biji tomato cherry
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Santan - 1.5 biji kelapa
(if u buy the pati santan, make sure it's a very good quality one ye)
Thumb-sized lengkuas
Sedikit belacan
1/2 sudu kecil biji ketumbar yg ditumbuk
1/2 sudu kecil jintan yang ditumbuk
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
3-5 sudu besar sos ikan
1-2 biji limau kasturi - ambil airnya
2 sudu besar gula perang
3-4 helai daun limau purut


How To
1.
Blend {serai, bawang putih, bawang merah, cili hijau, lengkuas, daun ketumbar, serbuk ketumbar, 
serbuk jintan, serbuk lada putih, sos ikan, belacan & perahan limau bersama 1/4 cawan santan}


2.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan blend tadi selama 2 min.

3.
Masukkan santan. Kacau selama 2 min. Santan jangan terlalu pekat & jgn juga terlalu cair.

4.
Masukkan ayam, serai (bahagian atas btg serai tadi diketuk/dititik) & daun limau purut. Masukkan 
juga gula perang.

5.
Masukkan sayur. Masak sehingga 10 min.


6.
Kemudian rasalah masam,masin & manisnya. Kurang masin-tambah sos ikan, kurang masam-tambah air limau kasturi, kurang manis-tambah gula perang.


Cantikkan green curry saya...suka sgt tgk kaler dia..and the tomato really add to the beauty..

Siap dihidang.


Baru saya tahu, apa yang 'menghijaukan' kari ni..
Daun ketumbar & cili hijau.

Ok..selamat mencuba dari My Heavenly Kitchen...

Monday, August 16, 2010

Asparagus Goreng Belacan

Salam
Resepi kali ni senang giler..hehe
Mesti you all kata.."ek elehh resepi camni pun nak letak kat blog"
kahkahkahhhh
Saya jawab...
"eh suka hati lahhh"
hehehe...

Anyway..cubalah kan..kot2 tak pernah terfikir nak masak camni..
So harapnya boleh dijadikan panduan bersama..
Lebih2 lagi Ramadhan ni..kdg2 otak rentung nak pikir masak apa tiap2 hari kan..
Saya amat memahami!!!

Ingredient

1 paket asparus hijau
3 biji cili merah
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan
Garam secukup rasa

How To
1.
Asparagus dipotong panjang2. (about 4cm panjang..eh,takkan nak bawak ruler plak ke dapur kan..so ikut suka you all lah nk potong camne..nanti masuk perut you all gak kan...hehehe)

2.
Tumbuk kesemua bahan (except asparagus lah..), jgn terlalu lumat.


3.
Dah tu, tumis je bahan tumbuk tu. Kemudian masukkan asparagus, kacau2..siap lah...

Jadi macam ni: 



Sambal Ikan Kering Salai Ikan Lumek

Ready for another try??
Tapi this one main ingredient tu susah sikit nak jumpa..

Ikan Kering Salai Ikan Lumek


Ikan nya halus2 panjang..dikeringkan & kemudiannya disalai..or the other way round..hehe
saya pun tak pasti. Kemudian ikan ni seolah-olah 'digamkan' rapat2, tapi senang dileraikan. Ikan ni digulungkan banyak2 so memang senang nak simpan. Bila nak masak, koyakkan aje seberapa yang nak. Ikan ni Mr.Hubby beli kat Sibu, harga RM35/kg . Saya rasa ikan ni memang asal dari Sibu sebab kalau di Kuching, harganya melambung ke RM60/kg.. Tapi, seriously, ikan ni memang sedap!! Makan nasi panas2, dgn aromanya yang wangi salai tu..pergghhhhhhhh terangkat beb!!!! hehehe..

Ok, enough about the introduction of Lumek. dan berkenalan semua kan??

SAMBAL IKAN LUMEK KERING

Ingredient


Ikan lumek kering
20 biji cili padi - blend
Sebiji bawang besar - blend
2 ulas bawang putih - blend
Air asam jawa

How To
1.
Goreng ikan lumek. Make sure you don't over-fry it sebab nanti terasa pahit. Cukup sekadar balik-balikkan & angkat. Asingkan.

2.
Tumis bahan yang di blend tadi sampai cili masak.

3.
Tambah air asam jawa & garam. Masukkan ikan lumek & goreng sehingga colour change to this:


4.
Siap & boleh dihidang terus. Ataupun, untuk bulan puasa ni, boleh keep refrigerated, keluarkan 1 jam sebelum nak makan sahur/berbuka. Tak perlu panaskan lagi sebab it doesn't contain santan. (tp kalo rajin tu apa salahnya..hehe)


Kerabu Udang dgn Sos Ikan

Salam deariessssss...

Here is another recipe from My Heavenly Kitchen
Hope you guys enjoys it!!!


Ingredients
Udang sederhana besar 10-15 ekor
(kalau pakai udang laut lagi best..lagi manis)
Serbuk Chilli & Shrimp brand Mae Pranom
1.5 biji limau kasturi
2 btg serai
4-5 helai daun limau purut
6-7 biji cili padi
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 sudu besar sos ikan 

How To
1.
Udang boleh dibuang kulit atau tidak, terserah kepada your own liking.

2.
Perap udang bersama sos ikan & perahan limau kasturi selama setengah jam. Lagi lama lagi best.

3.
Mayang halus bawang merah, bawang putih, serai, daun limau purut & cili padi, menjadi seperti dalam gambar di bawah ni.


4.
Panaskan minyak, goreng udang sekejap until turn red & golden. Angkat & asingkan.

5.
Tinggalkan minyak sedikit utk menumis. Tumis kesemua bahan2 mayang tadi selama 5 minit.

6.
Masukkan udang yg telah digoreng tadi. Masukkan 2 sudu besar (depends pada tahap kepedasan masing2 lah) serbuk cili Mae Pranom, kacau rata. Masukkan garam. Rasa & sedia untuk dihidang.


One thing saya suka masakan ni, serdak bahan2 mayang yang digoreng tu sungguh membuka selera. Dan, saya suka masak udang, sebab cantik bila dihidang, cuma makan tu takde lah sangat. Selalu ingatkan diri tentang cholestrol..hahaha..

Tuesday, September 8, 2009

Asam Rebus pembuka selera

Posted by Picasa
Jom, kita masak asam rebus.
Mak mertua saya panggil lauk ni 'Asam rebus'.. memang orang Kedah panggil mcm tu.
Kalau ikut bahasa persuratan (chewahh) Terengganu,
lauk ni hampir (99.99%) sama dengan 'Singgang Pedas'.

Apa-apapun, lauk ni memang pilihan saya kalau rasa
dah muak dengan lauk bersantan lemak berkrim kesukaan ramai tu..
Lagipun, lauk ni boleh di consider healthy cooking
ye lah, rebus aje semua nye..

The Ingredients
3 ulas bawang merah-kisar
1 ulas bawang putih-kisar
2sm kunyit hidup-kisar
4-5 tangkai cili kering-kisar
2 sm belacan-kisar
3 batang serai-diketuk
Ikan kembong atau apa2 ikan yg manis
2-3 keping asam keping
Bunga kantan jika suka-hiris halus/cincang
Daun kesum
Bendi untuk garnishing dlm kuah
4 gelas air

How To
Satukan semua bahan ke dalam periuk berisi air. Didihkan.

Bila dah mendidih, masukkan ikan & bendi.

Ikan dah masak, bendi dah lembut maknanya dah pun siap.

Masak lemak cili padi peria

Hooolllaaaaaa evelibody!!!
Posted by Picasa
Ramadhan ni, rasa nak citer pasal makan aje ye..
Macam takde citer2 lain pulak saya ni.
Takpe lah, saya tgh rajin ni, layan je lahhhh..hehe

Menu kali ni
Masak Lemak Cili Padi Peria + Udang + Petai

Setiap kali saya ke pasar, saya mesti beli peria katak ni..
Namanye je yg tak syok di dengar,
tapi rasa sedap..pahit2 lemak gitu..
Selalu saya goreng dengan udang kering,
tapi kali ni macam dah jemu pulak..tukar selera sikit

Teringin nak makan masak lemak versi cair
bukan apa, sebenarnya dah muak juga hari2 asyik masak bersantan ni
tu yg cuba buat cair sikit..

The Ingredients
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
10 biji cili padi (cari yg pedas tau..ada uummmpphh)
1 keping asam keping
1-2 sm kunyit hidup
1 biji peria
10 ekor udang sederhana besar
1 papan petai
3 cawan santan (cairkan sikit)
Garam

How To
Belah dua & hiris peria-celur sekejap. Angkat & toskan.

Kisar hancur bawang merah, bawang putih, cili padi & kunyit hidup.

Campurkan bahan kisar dengan santan, asam keping.
Masak hingga mendidih sambil dikacau tak berhenti.

Masukkan udang, peria & petai. Masak sekejap.

Masukkan garam secukup rasa. Angkat & hidang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cubalah, kalau2 nak ubah selera masa berbuka nanti.

Wednesday, September 2, 2009

Pizza..dengan roti gardenia aje you!! Senang...

Posted by Picasa

The Ingredients
1. Beberapa keping roti gardenia.
2. Prego Pasta Sauce, beli tin/botol kecil cukup..Garlic Parmesan or Original.
3. PIZZA PLUS grated cheese.
4. Oregano
5. Yellow onion-sliced into rings
6. Capsicum - green,yellow,red to add colours
7. Sausage-sliced
8. Pineapple cubes
9. Tuna flakes in water/olive oil-2 tins
10. Kalau suka, tambah udang,sotong yg dah direbus.

How To;
1. Potong roti gardenia kecil2..susun dalam pan jadikan base..1 layer pun cukup,yg penting filling nye gempak..hehehe
2. Sapukan preggo sauce rata2.
3. Taburkan tuna flakes yg dah dihancurkan..semuanya.
4. Tabur evenly bawang, capsicum, sausage, seafood, pineapple cube.
5. Then, taburkan grated cheese tadi, tebal2 tau...(errmmmm cheesy meesy..)..
6. Taburkan oregano.
7. Ready to the oven, baked at 180 degrees, until the cheese is completely melted..about 30 mins kot..try an error lah..hahahaha..

(kalo tak sure, buatlah sikit dulu..tapi be prepared org berebut nanti...sebab memang pizzalicious..hehehehehe)

Baked Teriyaki Dory & Buttered Rice

Posted by Picasa
Urmmmm..nampak delicious tak??
To my very personal humble taste, memang sedap!!!
Sekali-sekala, ubah selera kan..
Ok,here's the HowTo...stay tuned!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ingredients for Dory Fish
1. Dory fillet, beli kat frozen kat hypermarket
2. Teriyaki sauce, the best is Kikkoman
3. Sedikit dried rosemarry leaves

How To;
1. Marinate dory fish in teriyaki & rosemarry for 3 hours.
2. Bake in an oven at 200 degree until it is golden..tak ingat sangat how long sbb a few times increase the timer..but,approximately about 1 hour kot..
3. Make sure letak dlm aluminium foil masa bakar, so ikan tu tak melekat sgt kat bekas. Before bakar, letak sikit olive oil..
********************************
Ingredients for Grilled Vege;
1. Cuts of Japanese cucumber, carrot, green capsicum, & brocolli.
2. Olive oil.
3. Dried Basil. (masterfood's)
4. A pinch of salt.

How To:
1. Boil water in a pot. Bila dh mendidih, celur sayur2 tadi (1-2 min). Angkat & toskan.
2. Gaul dengan olive oil & tabur rata dengan basil.
3. Bakar dlm oven for 20 mins.
********************************
Ingredients for Mashed Potato
1. Kentang
2. Garam

How To;
1. Goreng kentang sampai garing. Masukkan garam sikit dalam kuali masa goreng tu.
2. Lecekkan sampai hancur.
(bagi sesiapa yg suka milky taste, boleh campur sikit dgn fresh milk)
********************************
Ingredients for Buttered Rice
1. Rice
2. Butter (4 tablespoon)
3. Minyak 1 sudu
4. 1 sudu besar sos tomato
5. 1 ketul bunga lawang, 3 ketul buah pelaga
6. Garam
7. Bawang kuning (bawang holand lah tu...)-chopped
8. Bawang putih 3 ulas -chopped

How To;
1. Panaskan minyak & panaskan butter sampai cair.
2. Tumis bawang kuning & putih bersama bunga lawang & buah pelaga.
3. Masukkan air (sama banyak dgn beras).
4. Masukkan sos tomato & garam, tunggu mendidih.
5. Masukkan nasi..biar sampai masak.

(ataupun,bila dah mendidih, tutup api..dan masukkan beras yg dah dibasuh tu dlm rice cooker & air sekali..Masak secara auto laaaaaggiiiii senang kan..)
**************************************
Dah pun siap..senang kan...SELAMAT MENCUBA!!!!


Tuesday, September 1, 2009

Spagetti Bolognaise utk tekak Malaysian..


Hellooo everyone...
So,as promised, here comes the recipe..
Bear in mind, the original Italian recipe has been altered
in order to fulfill the tekak's requirement for Malaysian..haahahaha..

The Ingredients
1. San Remo spagetti (1 packet)
2. PREGO pasta sauce in Traditional & Roasted Garlic Parmesan
3. 1 tomato (if u wanted to make more sour, put in more)-chopped
4. Half of a carrot-chopped
5. Olive oil
6. Butter
7. Yellow onion (bawang holand)-chopped
8. Cili padi-chopped
9. Grounded black pepper
10. Minced beef, (kalo dpt yg daging tempatan lagi sedap..manis ataupun
beli je brand RAMLY)
11. Shredded Parmesan,Romano & Asiago cheese (if not,mana2 cheese for pasta pun will be ok)
12. Dried spice for Spagetti Bolognaise keluaran Masterfood's (kalo takde,Oregano je pun ok)

How To
1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang & cili padi sampai garing & naik bau.

2. Masukkan tomato & carrot yg telah di potong2 dadu tadi.


This is the PREGO pasta sauce yg saya guna dlm masakan ni. Ada banyak lagi jenis & perisa,
but so far (pada tekak saya lah), PREGO is the best & kalau buat banyak,
combine this two flavours..kalau tak, just use the Roasted Garlic Parmesan sahaja..

3. After you toss the minced beef tu, masukkan je dalam periuk tadi.
Stir it well, until all the meat is cooked.

And this is the cheese, spices & olive oil used. Rasanya spice tu new in the market,
sebab dulu2 tak jumpa pun..Tapi,kalau takde in your area, u can just use Oregano je..
Tu pun dah cukup & memadai untuk bangkitkan rasa bolognaise tu..

4. Bila daging semua dah agak masak & kering airnya, barulah masukkan sauce tu.
Some people tambahkan air, but me don't. Sebab tu akan jadikan kuah tu
a little bit watery, which is tak berapa kick nanti..lagipun air daging tadi dah ada..

Posted by Picasa
5. Meanwhile, boil a pot of water, put in 2 tablespoon of butter, pastu celurkan spagetti.
Butter tu utk elakkan spagetti tu dari melekat2 & tangled.

6. Bila dah angkat spagetti tu, gaulkan dengan beberapa titis olive oil & tabur Spice tadi..ratakan.

Now,It's ready..

Shepherd's Pie


The Ingredients
1. Kentang, kalao boleh beli yg washed potato- rebus (unpeeled) dgn sedikit garam.
2. Sayur campur- a mix of cube carrot, peas & corns tu..
3. Minced beef, tempatan or RAMLY (strictly RAMLY)
4. Dried Rosemarry (Masterfood's)
5. Dried oregano (Masterfood's)
6. 2 egg yolks-beaten
7. Half yellow onion-chopped
8. A oven aluminium foil pan. (boleh beli kat Giant atau mana2 hypermarket)
9. 2 tablespoon butter
10. Worchesteshire Sauce

How To
1. Tumis bawang dalam butter yg telah dipanaskan, sampai garing.
2. Masukkan sayur campur.

3. Masukkan daging hancur, kacau sampai semua masak.

4. Bila air daging dah kering, masukkan Worchesteshire Sauce, rosemarry & oregano.
(1 tablespoon each,takpun agak2 je lah)

5. A pinch of salt.

6. Bila dah kering, tutup api.

7. Kentang tadi, bila dah empuk, toss kan. Tunggu sampai sejuk dulu ye,
baru peel kan kulit.
(the reason is, bila rebus sekali dgn kulit, rasa kentang tu lagi pure..but make sure basuh bersih2 dulu..that's why washed potato the better)

8. Bila dah peel, lecekkan kentang sampai hancur. Tambahkan egg yolk tadi,
dan kacau sampai ia sebati dgn kentang. (macam gambar kat atas)

9. Pastu, ratakan daging tadi kat dalam pan. Kemudian, top kan dengan
kentang lecek tadi.. Garis2 kan dengan garpu atas topping tu, to bring out the golden effect
bila bakar nanti.

10. Bake in an oven at 180-200 deg, for 45 mins or more..(sampai turn golden camni lah)

Posted by Picasa

SELAMAT MENCUBA!!!!

Friday, August 28, 2009

Lemon Sauce

This is a special request for Dira dear..asking about how to make a lemon sauce.
Well,it depends Dira..(cehh,mentang2 lah org tanya Lemon Sauce kann..
terus cakap omputih...ok o,kita balik Malaysia balik yea...hahaha)
Actually, depends gak..kalo nak masak ayam (most common dishes) ada spice sikit lah,
kalo nak buat desserts..lain sikit..

Apa2,pun..lebih kurang rupa lemon sauce tu cenggini lah..

Ok, kita buat lemon sauce utk desserts dulu..
The Ingredients
1. Setengah cawan gula
2. Suku sudu garam
3. 1 cawan air panas
4. 1 sudu kulit limau yang di'grated' kan
5. 2 sudu (atau lebih) fresh lemon juice (perah sendiri la maknanya kannn..)
6. 1 sudu butter

How To
1. Panaskan pan. Masukkan gula,tepung jagung,garam & air.
2. Kacau sampai it turns thick.
3. Masukkan lemon peel, lemon juice & butter. Kacau2. Siap.

Boleh hidang atas puding, kek, aiskrim..macam dlm gambar ni.

Ok, now kita tengok pulak resepi sos lemon ni utk masakan lauk.
Biasanya ayam lah kan..
Resepi ni saya combine kan dengan dua tiga resepi yang saya cari.
Bagi saya, sos lemon untuk ayam kenalah berempah sikit.
Maklumlah,lauk untuk nasi kan..
But,please feel free to alter ye Dira..

The Ingredients
1. 2-3 (depends on your cooking) biji lemon-squeeze the juice
2. Suku sudu garam
3. Setengah cawan grated lemon peel
4. 1 sudu butter
5. 1 sudu chopped basil leaves
6. 1 sudu rosemary leaves
(basil & rosemary lih beli kat Giant/Carrefour/Tesco dlm bottle, mahal sikit lah)

How To
Mix kan semuanya. Panaskan atas api perlahan dalam 5-7 minit.
Siap dihidang dgn ayam goreng crispy
atau
ayam panggang berempah.


Selamat Mencuba Dira...and others too!!!

Friday, August 7, 2009

Resepi mudah nak buat ikan bakar..









Blend sumer bahan2 diatas..
tambah garam & gula..
racik-racikkan daun kunyit..tabur

Pastu tumis..minyak extra sikit ye..
Boleh simpan dlm peti ais, bila nak bakar ikan..guna je..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin