Friday, May 29, 2009

Selamatkan Mustaqim ya Tuhan..

Kak Alice phoned yesterday morning, telling us about the accident happened to his brother, Mustaqim. Knowing the news was a shock to us, but knowing the details of the accident bring much much more curiosity. And if I heard this from other person, I might have a lil bit of doubt. But, this is the truth, this is what really happened to Mustaqim.

He was on his way back to Kuantan after visiting his fiancee in KL. It was 9.30 at night when he passed Bentong area and he drove a Proton Wira. When he arrived somewhere in Bentong, he noticed a 'person' sitting at the back seat, and he saw the man is wearing a tengkolok..Where the hell the man is from, wearing such old-timer's attire, in the middle of the night, and in this so-called cyber era.. Mana ada org pakai tengkolok lagi.. And one more, how is suddenly the man came inside his car?? Jawabnya, dah tentu bukan manusia biasa. There was very unpleasant smell inside his car, macam bau longkang busuk! The Man keep on playing his briefcase's zipper..Bukak tutup bukak tutup..

He was so sleepy so he stopped somewhere after Bentong Toll, but not long after that, the Man wake him up.."Bangun bangun, ko kan dah lambat ni.." Hypnotized, he just wake up & pursue the journey, with that Man still in the car, playing this & that at the backseat. He kept on baca ayat kursi, and suddenly that Man vanished.. Mustaqim, without wasting any time, called Kak Alice, telling everything that happened that night. Kak Alice advised him to stop by the Temerloh R&R and perform the solat, ambik wudhu' before continue driving to Kuantan. So,as soon as reaching the R&R, he went out from the car,going to Surau. After solat & baca quran sikit, dia pun nak sambung journey tu. Ingatkan lelaki tu dah takde, tp dari surau tu jugak,dia nampak, that Man went inside out the car macam halimunan.. Berkali-kali. He called Kak Alice again, and Kak Alice asked him to make sure that thing is totally gone,then only he should resume his drive. 

(That was the last call Kak Alice received that night, and she was expecting another call when Mustaqim arrived in Kuantan)

Until 2 o'clock in the morning, a hospital called his father, telling him about the accident, and Abah & kakak dia rushing to Hospital Tengku Ampuan Afzan. According to the police, the saw him lying in the shallow drain near the road, and the car was found about 100 metres from him!! Looking at the car, there was no massive damage, takde kemek2,and the road divider pun takde dented, tapi Mustaqim tercampak keluar through cermin depan sejauh 100 meter! Jauhnya... Polis pun masih hairan, how could that happened. Kalau kereta tu teruk ke, or kena divider ke, it makes more sense.. So, kami tak tolak kemungkinan, ni semua angkara lembaga tengkolok tu.. There is possibility! Because Kak Alice knew it before the accident happened!

Mustaqim is now in ICU at the Hospital Tengku Ampuan Afzan, in his critical state battling with the injuries. Cedera banyak di kepala. Internal bleeding, the forehead skull dah retak. Doctors are working hard to make him stable, so that the operation could be done. Kesian aku tengok family dia, especially Abah dia..nangis je. Hati orang tua yg sayangkan anak melebihi segalanya.. Apatah lagi semua ni terjadi dalam sekelip mata. 

Aku doakan semoga Allah selamatkan Mustaqim, semoga bebab sakit yg dia tanggung diringankan-Nya. Semoga Abah & keluarganya menerima berita gembira setiap kali doktor memberitahu perkembangan Mustaqim kepada mereka. "Ya Allah, selamatkan dia. Berilah peluang kepadanya untuk mengecapi hidup yg Engkau kurniakan ini dengan lebih panjang, supaya dia punya peluang utk berbakti kpd Abahnya, supaya dia lebih mengecap kebahagiaan di dunia ini sebagai titian utk ke akhirat yg lebih kekal abadi. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui & Maha Penyanyang."

Wednesday, May 27, 2009

Metrojaya Warehouse Sale

Hairan jugak,kenapa ramai yang tak tahu pasal Sale ni..Walhal,dah tentu Metrojaya sepatutnya meng'sms' kesemua ahlinya. Takkan pula buat sale tapi nak sorok2. Apa-apapun,aku dah dapat sms..dan mengikut kata arwah ayah aku, bila orang dah invite,kita kena berusaha jugak menghadirinya..Hehehe. Pandai aku mengaplikasikan nasihat arwah ye!!

Sudahnya aku sampai kat gudang tu,memang tak ramai orang. Mungkin hari ni hari bekerja, jadi ramai yg tak sempat ambil peluang ke sini. Atau pun,memang orang tak tahu! Aku masuk ke gudang dgn harapan, balik nanti aku nak kendong beg plastik besar2,penuh dgn baju baru..tapi rupanya indah khabar dari rupa! Yang dikatakan 'household item' tu hanyalah beberapa helai alas kaki & tuala, 'apparel' pulak cuma t-shirt bersaiz terlampau kecik & terlampau besar.. Adalah cuma beberapa helai je yg bersaiz 'normal' ataupun 'standard'.. Dengan erti kata lain, ini adalah Reject Shop Clearance sale, bukan metrojaya secara keseluruhannya. Walaupun Reject Shop memang di bawah 'taklukan' Metrojaya, tetapi bagi aku, Reject Shop sekarang sungguh berbeza dari dahulu! Dulu, sewaktu aku masih belajar, Reject Shop lah tempat aku shopping, shopping ala-ala student, beli 2-3 helai pun dah rasa shopping sakan, semuanya kerana harga di Reject Shop memang kami mampu.. Sekarang, barang di Reject Shop kadang2 lebih mahal harganya berbanding kedai2 lain dalam shopping mall! Dan, sedihnya, barangnya semakin kurang berkualiti, kecuali pakaian2 yang di import dari luar negara, tapi itupun semua bersaiz besar..hanya kerana harga borongnya lebih murah..

Tak mahu pulang bertangan kosong, aku beli juga sehelai kemeja linen, rm17 & 2 helai boxer; rm3 sehelai..itu aje yg berbaloi utk aku rasanya. Tapi, sekali aku jengah ke shopper's bag Mr.Hubby; tu dia aihhh!!! T-shirt 5 helai, Jeans 1 helai, Seluar Dalam seluar dalam pun beli??? 4 helai, Bermuda 1 helai, Tuala 3 helai, T-shirt Mak 4 helai, Kemeja Mak 1 helai...huyyyyyyoooooo!!!! Ni saper yg craving nak bershopping ni?? Huhh,asalkan bahagia la bang aji oiiiii...

Aku tgh geram tengok Mr.Hubby duk menerai baju2 yg dia beli tadi satu per satu..

Sunday, May 24, 2009

Bila bunga betik jadi hiasan..

I never knew that bunga betik could be as beautiful as this! 

I picked this bunga betik while accompanying Mr.Hubby mowing the lawn behind our house yesterday.. Hanya pokok betik jantan yang berbunga, dan kebiasaannya pokok betik jantan tak akan berbuah! Selalunya aku ambik pucuk betik tu utk dijadikan ulam..Pahit!!!!!

And, when I put the flowers in a vase, errr I mean a jar, it looks really charming. Unique & beautiful in its own class..

Posted by Picasa
 Tapi, macam kaki ketam pun ada!! Hehehe..

Friday, May 22, 2009

Tempat Tido..

Posted by Picasa

Tengokla tempat tido anak buah aku..dalam banyak2 tempat,bawah meja jugak yg dia pilih.. Dia selalunya tgk TV sambil baring dari bawah meja ni, bila ngantuk terus tertido kat situ.. Dia pulak jenis yg selalu sleep-walking & mengigau2,so mama dia kena watch-out betul2 kot2 dia terbangun terhantuk pulak kat meja tu.. Cute kan!!

Ni lah Hazree Haizat, anak buah aku yg ke ..... ntahlah tak ingat,sebab aku ada 28 org anak buah dah.. Haizat atau aku panggil Adik, dia anak bongsu kakak aku yg stay kat Jln Duta tu.. Baru darjah 4.. Sebut pasal Darjah 4, ari tu aku balik kampung..jumpa anak buah aku yg sorang lagi ni, girl, Puteri Nur Anisa kitorang panggil Baby N atau lebih manja Ebby N.. Rasanya dah lebih 6 bulan tak jumpa dia,last jumpa dia still main kejar2 dgn Haizat , depa kan sebaya, tapi ari tu aku nampak dia dah besar..dah besar la.. Rupa2nya dia dah 'cukup umur' lerrrrrr..at her age of 10 years old!!! Ohhhh, sama dgn Chujie dia rupanya...hehehe.. how sweet..

Thursday, May 21, 2009

Inilah Terung ku..

Baru pukul 9.50pm, takkan dah nak tido kot.. I've just updated my facebook, add some more pictures to make my day more alive. I snapped a few pics of myself yesterday, as I noticed I was wearing greens, and the wall at my living area is also green, and the view from my lanai is also very much greens.. The song line of Zainal Abidin's; HIJAU, wooshed in my mind.. When people ask me about the colour I adore most, I always say "i don't have any particular colour of me"..but looking in my closet, I guess GREEN really plays an important role in my life.. Tadi pegi Ariani pun hampir2 aku nak pilih tudung kaler ijau jugak..ish ish..nasib baik cepat2 tersedar. It was like an unconscious action when I choose anything and it turns out to be; Green..
We went to Pusat Rawatan Al-Jawad this afternoon for the bekam session..Not me lah, Sayang & Abang had it done. It was their first time. Abang was quite ok, to him the pain was bearable. It becomes funny when it comes to Sayang, manja lah dia ni.. Doctor belum cucuk jarum lagi dia dah pegang katil kuat-kuat..Hehehe.. Kelakar tengok dia dah macam batang kayu tahan sakit actually taklah sakit sangat,cuma pedih je kena cupping tu.. Aku ada ambik gambar, tapi mlm ni macam tak larat dah nak transfer.. While I'm writing this, dia dah tertido dah..kroh krohh kepenatan kot.. Ye lah, petang tadi vampire baru lepas ambik darah..hehehe.. Sian pulak tengok. Tapi kalau aku tak paksa dia buat bekam tu, sampai bila-bila pun dia tak buat. Laki aku ni takut jarum.. What I did is for his own good jugak.. Berbekam tu kan sunnah Rasulullah, the best way to detoxify your body..
Haaaa..ni aku nak tunjuk korang pokok sayur aku.. Actually dah banyak kali berbuah, sawi dah habis aku tuai, kangkung pun dah berkali-kali masuk perut aku.. tapi nak buat camne, time tu aku takde camera. So kali ni aku tunjuk terung ni, ni yang dah kali ke-4 kalo tak silap aku. Please ignore rupa bentuk tanah tanaman tu sebab ari tu tinggal rumah lama, tempat aku ni subur..2-3 hari tak dibersihkan,penuhlah rumputnya.. Pokok sayur aku memang nampak tak segar macam kebanyakkan ladang, sebab ia sepenuhnya ORGANIK..tanpa racun, baja pun organik.. Siput babi banyak, semut pun banyak.. Terpaksa guna kaedah menghalau cara organik jugak. Tapi rasa sayur2 organik ni memang sedap, manis, rangup & healthy.. 
Alamak, Mr.Hubby dah bangun..nak kopi pulak..TBC ye..

Posted by Picasa

Wednesday, May 20, 2009

Dunia dah maju..Zaman dah berubah..!!!

I have read once. Among the signs of the End Day is when the World becomes smaller,the distance becomes shorter,the far becomes nearer. Long ago,I thought when it says the World becomes smaller means the size that matters, means the world is shrinking thus the distance from a point to another point will automatically shorter. 
Living in this era, the cyber era makes me realized that it is not actually what it meant. Al-Quran & Sunnah are true for the past, present & future and Allah Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib. With telecommunications applications, ones could connect with another in thousands kilometers distance with just a click of a button. With airlines technology, ones could reach a thousand miles places in just overnight! Even nowadays, more and more people are reaching the Moon!!
And this is Ayah Chik..Doing akad to a groom in Dungun while his wedded wife was video-conferencing from UK. Isn't it sweet?? It was 4.30pm local time & the wife has to wake-up at 3 am UK time for their ceremony with full wedding attire, and just sit in front of the video cam..
Notice the PC right next to the Ayah Chik & the husband..

Ayah Chik was seeking agreement from the bride to be wedded to the man she loves!


Yang pasti, Ayah Chik dah glamer seantero Malaya!!!


Tuesday, May 19, 2009

Cooking Therapy after pantang..

9hb Mei lepas Abang Ju ada dtg KL,on the way back from fetching Kak Long (his first daughter) from UiTM Bota kat Perak..Kak Long & Angah tak pernah datang lagi ke rumah Chujie dia ni,so tu yang Abang Ju bawak diorg datang kenal-kenal..(ek eleh,abang aku tu tak nak ngaku,sebenornya dia memang rindu kat aku..nak bawak anak konon..).

Pagi-pagi lagi aku ke pasar. Fridge aku dah kosongkan awal-awal because nak balik kampung seminggu,mak & ayah pun nak ke Kemuning rumah kak ani.. Terpaksalah aku beli balik ikan,ayam,sayur segala macam untuk masak ari ni..

Abang Ju kata dia sampai dalam pukul 11 pagi, kakak pun ikut sekali sebab abang pie off..Syoknye,aku memang suka family datang ramai-ramai ni, paling best time makan.. Sure thing, aku mesti takde selera nak makan sebab dah penat masak & tengok diorang menjamu selera je pun dah buat aku kenyang...


Amboi-amboi,seronoknye depa ni..Datang-datang je lauk sumer dah siap.. Taknak jauh dah dari meja makan..Hehehe

Jom, arrange kan lauk..Den nak ambik gambar dulu before korang ngap.. Yang bestnya, aku yang nak ambik gambar untuk di'blog'kan, tapi kakak, kak wan, along sumer pun snap jugak..Eh,korang ada blog gak ke??? kui kui kui..

Inilah lauk-pauk yang aku masak sendiri.. Lucky ada mak mertua aku,lih jugak tolong potong-potong,siang-siang sikit..Semua ni aku masak dalam masa 2 jam..

Different angle..Dulu aku suka hidang lauk dlm satu set pinggang mangkuk, alahhh macam kat hotel tu..Tapi sekarang aku lagi suka guma pinggang & mangkuk campur2 design cenggini,sebab boleh mengingatkan aku dengan suasana makan kat kampung.. Ye lah,kat kampung kita mana ada guna set-set pinggan ni..melampau betul aku ni kan.. Nak set set plak.. Sekarang ni kalo ada pinggan tembikar aku lagi suka.. (eh, rasa-rasanya ada pinggan2 lama dalam almari rumah Mommy..lih aku bodek2 balik Dungun nanti..)

Lauk ni namanya Ayam Masak Asam Jawa.. Aku dah boring makan ayam masak merah,rasanya tekak dah takleh terima lauk-lauk bandar ni.. Budak-budak memang suka lauk ayam ni..Tak caye cuba korang try masak kat anak masing-masing.. Cara2nya: (1) Goreng ayam dgn garam & kunyit. Put aside. (2) Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih & cili merah yang dimayang2 nipis. Tambah serbuk kunyit sikit. (3) Masukkan ayam goreng tadi. (4) Tambah kicap sikit & garam, kalau kurang masin. (5) Dah kacau rata, masukkan air asam jawa dalam setengah cawan.

Lauk ni pulak nama Sotong Kunyit Asam. Cara-caranya: (1) Gaul sotong dgn garam & kunyit. (2) Panaskan minyak. Tumis bawang merah,bawang putih & cili merah/hijau yang dimayang. (3) Bila dah agak garing, masukkan sotong. (4) Goreng sampai sotong tu masak. Rasa dia punye garam. (5) Masukkan air asam jawa. Biar sekejap, angkat. Siap.

My favourite: Goreng Peria Katak (ish ish nama dia tak syok betul). Aku pun tak tau naper orang panggil peria katak, maybe sebab badan peria tu menggerutu sangat kot. Ni peria yang kecik2 tu ye, bukan peria besar tu..Yang ni lagi pahit, lagi ummmphhh!! Cara-caranya: (1) Belah peria, potong nipis2. Renda dalam air garam dlm 20 minit untuk kurangkan sikit kepahitan peria ni. (2) Tumis bawang putih & bawang merah & udang kering. (3) Masukkan sos tiram sikit, garam. (4) Masukkan peria. Goreng sampai agak-agak lembut. Jangan terlampau lembut, rosak plak texture & nutrition peria tu nanti.

Ikan Kurau Kering Masak Sambal. Yang ni pun jadi rebutan that day.. Kadang-kadang aku dah boring goreng ikan kering plain gitu, so aku buat sambal. Caranya senang je. (1) Goreng ikan kering dulu,ketepikan. Tumis bawang besar mayang sambal golden. (2) Masukkan beberapa sudu (depends byk mana nak buat sambalnya) cili kisar. (3) Biar sampai cili masak, sesekali tambah air sikit. (4) Masukkan air asam jawa & sedikit belacan. (5) Masukkan sedikit gula. (6) Masukkan garam & ikan kering yang sudah digoreng tadi. Korang rasa lah sambal tu, kurangmanis tambah gula, kurang masam tambah asam jawa..sampai tekak korang setuju..

Kangkung Goreng Belacan.. Alahai, takyah resepi lah ye.. Senang sangat kan.. Tapi sebab yang lain2 tu aku kasi resepinya, kesian pulak kangkung ni.. Karang takde orang kenal dia pulak. So, (1) Tumbuk bawang merah,bawang putih,belacan, cili merah,cili padi. Jangan terlampau lumat, nanti tak sedap. (2) Tumbuk udang kering. (3) Lepas tu goreng aje la kangkung tu,jangan sesekali tambah atau masukkan air bila menggoreng sayur, sebab air sayur tu sendiri akan keluar.. (4) Tambah2 lah garam kalau kurang masin. Tapi sebab dah taruk udang kering tu, dah masin pun.

Gulai ni sepatutnya menjadi Gulai Telur cara mak aku.. Tapi lepas aku dah sediakan ramuan2 nya, tang nak pecahkan telur dalam mangkuk before nak masuk periuk, telur semuanya pecah. Which means, tak jadi lah aku nak buat Gulai Telur tu. Sebab telur mesti sebiji-sebiji, kalau tak gulai tu jadi macam serawa, berketul-ketul dan berbuih-buih pulak. Jadi aku dengan sepantas kilat seperti gaban, dalam masa 0.00000001 saat terus convert gulai telur menjadi gulai udang, cara aku sendiri.. Cara-caranya: (1) Masukkan santan dlm periuk. (2) Tumbuk bawang merah dan bawang putih dan kunyit. Masukkan dlm santan. (3) Masukkan hirisan lengkuas & asam keping, serai yang dititik. Kalau gulai telur tak yah lah serai tu. (4) Masukkan 2 sudu cili lisar. (5) Pastu masaklah gulai tu sambil kacau-kacau,don't stop stirring nanti berketul2 plak. (6) Bila agak nak menggelegak, masukkan udang. Kacau lagi. Tambah garam subjected to your judgement.

Ikan Tongkol Goreng. Gaul je ikan tongkol tu dengan garam,kunyit & serbuk cili. Goreng.

Sampailah time makan. Tambah jangan tak tambah. Licin lauk hari tu..Ermmm,puas hati eden..

Selamat Mencuba!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin