Thursday, June 4, 2009

Gulai Telur cara aku..

Atas permintaan ramai, chehhh apa yg ramainya?? , aku sertakan kat sini resepi Gulai Telur, tp cara aku lah..dok tahulah sedap ke dok.. Cuma, inilah lauk yg aku masak jika rasa takde selera dgn lauk lain. Simple tapi, lauk ni jugak selalu mengembalikan kenangan di zaman kanak-kanak dulu. Maklumlah, time budak, semua suka telur kan.. Gulai Telur ni jugak favourite Tasya, anak my neighbor tu.. Kadang-kadang, dia dgn manjanya, bagitau.."dah lama aunty ujie tak masak gulai telur tu".. so my heart will melt...

1) Blend bawang merah 2-3 biji, bawang putih 1 ulas & kunyit hidup 2cm. Blend dgn air ye..
2) Masukkan dalam periuk. Masukkan santan, 2-3 keping lengkuas, 1 atau 2 keping asam gelugor (asam keping), dan 2 sudu besar cili kisar.
3) Atas api sederhana, kacau (jgn tinggal) selalu sampai mendidih.
4) Pecahkan telur satu per satu ke dalam mangkuk. Pastikan telur baru ye, sebab kita taknak telur tu pecah, biar telur kuningnya sebiji-sebiji. Masukkan ke dalam kuah tadi, sambil kacau pelan-pelan.. Jgn kacau kuat sgt, takut pecah lak telur2 tu..
5) Last, masukkan garam. Rasa. Angkat & hidang.

Makan pulak dengan ikan goreng garing-garing..Wallllaaa...

Award from zawiyah-nizam.blogspot..

Thank u so much cheza for this award!

Insyaallah, I'll try to improve my writings from time to time. At the beginning of the creation of this blog, i thought it was just for me my ownself, just a written note of myhumble life, my feelings, my happiness & sad moments, my prattlings and so on and on.. But, knowing that others (especially You!) likes to read this, I'm more than happy to write & share..

Hope Allah gives me that Istiqamah to consistently sharing things with you & guys out there.. Whatever is told & shown here, my intentions is not to show things off, but honestly just to share..be it nice or bad things, please understand that I just wanna express my true feelings at that specific moments.. 

And true friend is the one who laugh when her friend smile, and cry when her friend is sad... 

Wednesday, June 3, 2009

Another recipes from my humble kitchen..

Ari ni aku masak keli, sebab anak sedara aku Syamil Rais tu memang suka ikan keli. Pagi-pagi lagi aku kejutkan Mr.Hubby pegi pasar beli ikan keli, aku mcm malas sgt nak drive ke pasar pagi ni. Sekali dia call, bgtau ikan keli kat pasar dah abis, reasonnya Makcik yg jual keli tu kata, sekarang tak ramai beli ikan keli, sebab orang ramai khuatir ikan keli tu dari Perak.. Kan heboh ikan keli kat Perak diberi makan benda2 yang tak sepatutnya. Aku pun tak tahu pasal ni, betul ke CheZa?? So, Mr.Hubby terus ke Jenderam, ada satu kolam ikan keli peliharaan org kat situ. Lagi meyakinkan, bersih & suci, tanpa was-was lagi..hehehe..macam iklan Zaitun pulak.
Ikut putaran jam; Gulai Telur, Keli Balado, Ikan Goreng, Kentang Bilis Goreng Lada Hitam, Kacang Panjang Goreng, & kat tengah2 tu Daging Dendeng Sos Ikan.

Aku rasa ramai yg dah tahu resepi lauk ni kan..tapi takpe lah, memang niat kita untuk tukar-tukar resepi kan. Inilah satu sebab sebenarnya kenapa aku tak berapa gemar makan di luar, dengan harga lauk-lauk di restoran sekarang, kita dah boleh jamu sepuluh orang di rumah! 7 ekor keli ni, beli terus di kolam, baru RM5.50, boleh 6 orang makan paling tidak. Berapa sangatlah pula harga cili tu dan sebiji bawang besar! Eh, aku kalau dah melalut, memang sah Minah Dapur..

Ok,ni resepinya:
1) Goreng dulu ikan keli garing-garing. Best makan sirip-sirip yg crunchy tu..
2) Blend kasar cili merah, bergantung pada kesukaan sendiri. Jika suka sambalnya, guna lebih cili. Dry-blend ye, kita tak nak terlebih air dalam sambal nanti.
3) Mayang separuh biji bawang besar. Tumiskan sampai keemasan.
4) Masukkan cili blend tadi, bersama air asam jawa pekat dan garam. Goreng hingga garing sedikit.
5) Sudah siap, angkat dan taburkan atas ikan keli tadi. Jgn masukkan ikan terus ke dalam sambal, sebab nanti ikan tu jadi lembik pulak terendam dlm sambal tu.

Ni pulak Dendeng Daging. Tersangat mudah caranya, pejam sebelah mata pun boleh..hahaa..

Perap sahaja daging yg dipotong nipis-nipis dengan sos ikan, bawang putih tumbuk & perahan limau kasturi/nipis. Perap selama setengah jam. Goreng dalam minyak sederhana. Goreng sampai garing, jadi warna macam dalam gambar kat atas tu. Memang agak lama, tapi sambil-sambil tu kita boleh masak lauk lain dulu, cuma sesekali kita balik-balikkan daging tu. Bila dah garing, mayang bawang besar & potong cili kering, masukkan sekali. Angkat & hidang.

Daging ni walaupun nampak macam hangus, tapi memang rangup. Macam keropok rasanya! Cuma rasanya agak masin sikit, bila makan boleh ganti ikan masin.. Makan sikit-sikit dengan nasi. Jangan pula diratah, takut nanti takde suara pulak.:)

Ini lah menu favourite aku kalau dah tak tahu nak masak apa. Boleh jugak buat tambah-tambah kan lauk yang ada atas meja makan. Lagipun,memang membuka selera. Pun senang, maklumlah, aku bukannya qualified chef nak bagi korang resepi yg boombastic, cuma chef keluarga sendiri je..takde gaji pun..Kwang kwang kwang..
Cara-caranya:
1) Goreng kentang yg dipotong jejari ala-ala french fries tu. Angkat & ketepikan dulu.
2) Goreng ikan bilis pulak. Sama, angkat & ketepikan dulu.
3) Tumis bawang putih mayang, bawang besar mayang & cili padi potong.
4) Percikkan kicap sedikit, tabur serbuk lada hitam (dinasihatkan kawan-kawan blend sendiri lada hitam, yg dah siap dibotol tu tak sedap, tak wangi & banyak campuran tepung & Pak Aji) & garam sedikit.
5) Dah garing, masukkan semula ikan bilis & kentang tadi.Gaul-gaul, angkat & hidang. SIAP..
Posted by Picasa

Tuesday, June 2, 2009

Ayam Goreng Berempah..

Blend:
:: Bawang merah
:: Bawang putih
:: Serai
:: Jintan manis & jintan putih
:: Ketumbar
:: Halia
:: Lengkuas
:: Serbuk cili
:: Daun pandan
:: Sedikit daun kari
:: Garam

Blend je semua bahan2 tu sekaligus. Perap ayam dalam half an hour to 1 hour. Goreng. Angkat sekali serdak-serdak dia, jgn biar serdak tu hangus. Serdak tu lah nanti yg orang duk berebut. Hehehe..

Sambal jering & ikan bilis..


Lauk ni laaagi senang. Yang aku suka, ia memang membuka selera, tapi selera kampung lah.. Kalau tekak anda-anda semua yang suka makan cheese tu..lain lah pulak rasanya..Kui kui kui..

1) Hiris jering nipis-nipis. Pilih jering jgn terlampau tua & jgn pulak terlampau muda.. Rebus dlm 20 minit. Angkat & toskan.

2) Goreng ikan bilis sampai garing & rangup. Ketepikan.

3) Panaskan minyak dlm kuali. Tumis cili padi yg diblend kering tanpa air. (jgn blend terlampau lumat ye).

4) Bila dah agak-agak garing, masukkan garam & air asam jawa pekat. (sikit je).

5) Pastu,lih masukkan jering rebus & ikan bilis tadi. Tapi make sure cili padi tu dah kering betul2, sebab kalau masih banyak air, ikan bilis tu jadi lembut pulak. Tak sedap.

Dah siap pun..Senang kan???

Asam Pedas Daging


Entry ni khas utk CheZa yg telah merequest aku punye resepi: Aku combinekan terus bahan-bahannya dengan cara-cara nak masak nye dehh..

1) Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang besar & bawang putih yg dimayang, halia yg diketuk2 sikit, serai diketuk juga. Tumis sampai golden. Masukkan sekali daun limau purut dlm 2-3 helai.

2) Masukkan cili kisar (lumat) yg dikisar bersama sebiji bawang besar (jgn la besor bebenor saiznya ye..aku nk cakap pun tak reti tp kalau bawangnya byk sgt, nanti kureng kick pulak rasa kuah tu). Biar sampai cili masak, sesekali tambah air bila tgk dah nk kering. Kalau cili tak betul2 masak, nanti cepat basi.

3) Jgn lupa air asam jawa.

4) Masukkan daging, hiris jgn terlampau nipis & jgn terlampau tebal.. Biar sampai daging tu empuk. ****Petua utk empukkan daging; masukkan 1 sudu & 1 garpu ke dlm periuk, biar je kat dlm tu sampai kita siap masak**** So far menjadi, ye lah, petua kata orang lebih lama umurnya drpd ilmu. Selagi tak memudharatkan, ikut aje la..

5) Ini option ye,ikut selera masing2. Aku suka tumbuk sedikit jintan manis & jintan putih & sedikit halba. Masukkan dalam lauk ni, bau dia perghhh memang wangi.

6) Lepas daging dah empuk, masukkan gula & garam secukup rasa. Kalau boleh elakkan Pak Aji ye.. Rasalah manis, masin & masam nye..

Dah siap.. Depends pada jenis daging jugak. Kalau daging tempatan, daging pejal atau batang pinang, cepat la sikit empuknya. Haaa lagi satu, kuantiti cili kisar tu korang agak-agak lah ye, asalkan kuah dia jadi pekat sikit.,baru sedap.

SELAMAT MEMASAK!!

Kunjungan Ateh & the family pulak...

Haa..ari tu Abg Ju yang dtg, ni Ateh pulak. Abg Ju adalah abang sulung aku,Ateh pulak no.3. Tak lama lagi abang aku yg no.5 pulak kot nak datang, Abg Yie..haiii,syok betul bila adik-beradik datang berkumpul,byk aktiviti yang boleh dibuat..acara wajib.."mengumpating"..hehehe..Bila lah nak sedar kitorang ni..Tapi bukan ke kalau borak lebih daripada 5 orang,bukan mengumpat namanya?? Itu dah dikira berbincang!! Hehehe..
Pagi-pagi lagi aku sms Ateh,tanya nak dtg kul brape. Kebetulan hari ni hari Ahad,ada pasar pagi yg tersangat meriah tu.. Tekak aku dah lama nak makan masak lemak tempoyak pucuk ubi + daun kaduk tu..Dah lama sangat tak masak lauk tu rasanya..
Ni lah rupanya bila dah siap masak.Berkerumun, lapar sgt dah kot.. Masa nak hidang tu,aku cakap kat diorang,aku nak naik atas jap..Nak mandi, sebab badan dah berpeluh duk masak. Tak sedap pulak nak makan dlm berpeluh2 gitu.. Tengah mandi,aku teringat pulak nak ambik gambar lauk-pauk hari tu.. So,lepas dah mandi dah siap,aku turun. Sekali nampak depa sumer dah start membaham,huargh huargh huargh... Tak tunggu tuan rumah langsung!! Hehehe.. Aku pun sempat lah ambik gambar,tapi tak sempat nak close-up satu per satu untuk korang..

Ni lah lauk-pauk yang aku masak ari tu.. Main dish nye;
1) Masak Lemak Tempoyak Daun Pucuk Ubi+Kaduk
2) Asam Pedas Daging
3) Sambal Udang Petai Minang
4) Sambal Ikan Bilis Jering
5) Puyuh Goreng Asam
6) Ayam Goreng Berempah

Makan pulak dengan sambal belacan, ulam2 & ikan gelama (jeruk) goreng pastu diperah pulak dengan asam limau kasturi.. Memang selera betul, cuma aku je kureng sikit sebab tukang masak memang cenggitu aku rasa.. Lepas masak, tengok orang makan, kita pun dah macam kenyang..

Masak Lemak Tempoyak
Blend cili padi (segenggam) dgn kunyit hidup (dlm 5 cm). Panaskan kuali,masukkan bahan kisar tu..Biar sampai cili masak, about 10 mins. Kalau kering tambah air sikit2.. (be prepare for a multiple sneazing ye..!!). Sambil2 tu masukkan serai yg diketuk dlm 3-4 btg, udang (jgn buang kulit) sebagai perasa. Pastu masukkan santan, kena selalu kacau, kalo tak kuah jadi tak cantik.. Agak-agak mcm dah nak mendidih, boleh masukkan tempoyak..(make sure tempoyak sedap tau,sebab this lauk is totally depends on the taste of your tempoyak). Kacau-kacau. Last boleh masukkan Pucuk Ubi (yg dicelur terlebih dahulu), Daun Kaduk & Daun Kunyit.. Daun-daun ni semua dihiris halus2.. Masukkan dalam kuah sekaligus, biar sampai layu & agak lembut daun2 nya. Masukkan garam secukup rasa..SIAP!!

Kalau nak resepi lauk-lauk lain tu,korang bagitau aku lah.. Aku ni mcm dah ngantuk sikit, so jari dah makin malas nak menaip..Heehe..


Posted by Picasa

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin