Wednesday, July 22, 2009

Lamb Kebab @Tarbush

Tadi saya & Mr.Hubby sang cintahati berjalan-jalan
membuang masa yg dah memang terbuang
di Sunway Piramid.
Mr.Hubby wanted to get his hair cut
at his usual x-cut salon..
He's getting a free 5th cut today..
Tu yang pulun masuk gak Piramid..free punye pasal..

Being ME & being HIM..
we are both indeed all-time in a hungry mode..
Mr.Hubby insists to eat something heavy
coz' he's off to work after that evening..
I showed him Ichiban Ramen...don't want
I pointed to Wendy's...refused
I mention Chicken Hartz Buffet...portion too big
We passed by Wafer World..."kan I kata nak mkn heavy??"
(warghhhh Hngry Man is an Angry Man..)
until I said..kebab...
arghhhh memang sah lah dia nak
that is his to-die-for menu
kebab..kebab..kebab

So,here I was..
at Tarbush Express
waiting for our lamb kebab..
I opted lamb because according to "Eat Right to Your Blood Type",
I musn't eat beef..even though I am not really fancy lamb..

Takpe lah, Mr.Hubby memang suka lamb pun..
We just ordered 1 kebab since we are going to find another 'proper heavy meal'
somewhere afterward..
So kebab was just for appetizer..

And the kebab was here..
I had my first bite
.
.
He had his first bite
.
.
Then me 'ngap' again
.
.
Then his turn
.
.
Me again
.
.
...and...

"Syg,u order lain boleh tak..I nak makan sumer lah.."
(what a greedy-but-honest wife I have been..hahaha)

Serious,tak tipu..
the kebab was soooooooo delicious
and lamb is now one of my likings
walllaaa
I think they mix the meat with olive oil
because I could taste the salty part of it, with the sour part from the shredded tomato,
and the crunchy onion
You're gonna love it!!!
Just love it!!

So,whenever you are in Sunway Pyramid,
please once opt for a Tarbush Express Lamb Kebab..
No regret & no turning back..


Kasut oh Kasut


Yooo hoooo!!!
I'm homealone tonite..
Mr.Hubby kilijaa..Mak pulak kat Kemuning..
No..no..don't tabik spring to me yet..
Apa awak sumer ingat saya nak stay kat umah sorang2?
Dalam hutan ni??
Ouhhhhh tidakkkkkkkk!!!
Kalau ada anak2 peneman & pembuat bising ok la jugak..
Sorang? Huhhh,ada jugak saya tidur gaya ikan kang..
Tidur tapi mata celik..camne tuh??
Jadi,saya dah call anak sedara saya kat MIAT (Malaysian Institut of Aviation Technology),
mintak eh,paksa dia dtg beradu di rumah Chujie nye..
dengan arahan keras..
"Jangang mari lambat sangat eh"
Jap lagi sampai la tu..

Haaa..meh nak citer pasal outing semalam..
Kami ke KLCC, nak belanja Abang & Akak Delifrance..
why Delifrance??
hehehe,jgn byk tanya laa..
tu memang all-time-favourite Abangku yang sorang itu..
terpaksalah Akak saya tu menahan rasa menugai nya
kerana di Delifrance memang takde belacan!!!
Petai,jering pun takde..

Bukan main saya pakai baju baru..
hehehe..baru beli, tu yang semangat..
kan sekarang byk SALE..
Tapi dah makan,dah kenyang,
lupa plak nak ambik gambar..
Mulut tengah melahap, hati dah terbang ke Isetan..
Apa lagi yg mampu nak ingat!!
Takpe,bukan itu yang saya nak citer..

Lepas makan,we go into split way..
Saya & Mr.Hubby baru nak tengok Transformer tau!!
Abang & Akak ke Lowyat..
After the movie, we spent our time in Isetan again..
and I was looking for a wedges..
Memang jumpa..cantik sangat..and most importantly,
soooo comfort..
Nice colour,nice design..
Tapi TAKDE SIZE!!!!!!!!!!
Hangin satu badan laaa..
Dahlah saya ni memang jenis susah sangat nak berkenan kasut..
Kadang jumpa satu, tak cantik..
Jumpa dua, tak comfort..
Jumpa tiga, mahal..
Huhhhh..
Alih2,boleh pulak yang ni takde size..
Ishhhhhh...

Saya tanya promoter tu,
kat mana lagi ada jual brand EasySpirit ni..
"Isetan Lot 10 kak"
Wahhhh hati berbunga riang, tambah pulak Mr.Hubby ku kata..
"haaa kita pegilah Lot 10 pulak"
"takpe kak,nanti saya tolong check kan utk akak"
urmmm baiknye promoter ni..
.
.
.
.
.
.
.
10 mins
.
.
.
.
"Dah abis kak..tinggal ni aje la last pair. Lot 10 pun takde"
.
.
smiling je saya ni
(tapi sebenarnya..)
GRRRRRRHHHH!!!!!!

Saya dah jadi macam monyet dalam Filem Penerbitan Negara
zaman kita budak2 dulu..
alaaa citer monyet dengan cili tuuu
takkan tak ingat kot..
.
.
.
AKU TAK KIRA..AKU NAK JUGAK..NAK JUGAK
TAK BOLEH MONYET

Mission saya sekarang:
Nak mencari Easyspirit ni sampai jumpa..
Tak kira kat mana
Online pun online lah..
(hehehe..sebenarnya dah jumpa online ni)

Arghhhh lambatnya Mr.Hubby balik
"Sayangggggg...virtual credit card number pleaaseeeeeeeeee"

Friday, July 17, 2009

Short & Brief..part 3

11.
Alhamdulillah, esoknya saya beransur pulih.
Makin sihat.Makin bertenaga.
Langsung saya temankan Mr.Hubby ke sana ke mari, (berpatah ke tugas utama
saya, menjadi hubbyscompanion..)..
Sekali sekala seram di kepala menjengah,
saya usap dengan bacaan Ayat Qursi & Zikir yg tak lekang di hati saya,
sehingga tanpa saya sedari, bacaan itu akan sentiasa di dalam hati..
Petang kembali ke office Ayah,
minutes of meeting dah saya rencanakan..
Maafkan kami Ayah..
Pengurusan syarikat terpaksa kami tegur!

12.
Malam tadi tidur di Kota Kemuning lagi..dah malam sangat,
tak larat Mr.Hubby nak drive back home after sehari suntuk
ke sana ke mari langsaikan tugas..
Kan ke seronok kalau ada driver..hehehe
Paginya kami beli Limau Purut 14 biji, Limau Nipis 14 biji
& Garam Kasar 14 bungkus!!
Abang jemput sorang Ustaz dari Gombak,
minta tengok2 kan saya & rumah kami.
Sampainya Ustaz tu, semuanya berkumpul di rumah saya.
Memang saya terkena gangguan..
Ada orang yang dengki taburkan abu mayat di pagar2 rumah saya!!
Rajin sungguh dia..hairan saya..
Sebab musababnya??Entah lah,tak kuasa saya nak memahami org sebegitu.
Betul 'rasa' saya, mengikut kata Ustaz,
dia juga menabur di pintu kecik depan dusun..
Kami akhiri usaha & ikhtiar dengan 'memagar' rumah saya & jiran saya juga..
Jiran saya juga pernah terkena benda yang sama,
dan bila kami tanyakan pada Ustaz adakah ia orang yg sama,
Ustaz hanya senyum & tergelak kecil..
Fahamlah kami....

13.
The best part is...
before leaving, Ustaz tu ada tanya saya, anak dah berapa??
Saya bagi jawapan yang standard..
"belum ada rezeki lagi Ustaz"
Spontaneously, Ustaz tu kata,
"Carikan saya 7 liter susu kambing & sekilo kurma. Antara banyak2
ilmu yang saya pelajari,Alhamdulillah ilmu yg ni berjaya dah banyak kali..
99% kadarnya."
Alhamdulillah, mungkin ini usaha penghabisan..Manalah tahu kan..

14.
Esoknya, Mr.Hubby & Abang ke dalam kampung, jumpa penternak kambing.
Alhamdulillah,ada susu kambing nya.
Petang tu jugak, kami terus ke Gombak dengan sekilo kurma &
Coleman Box yang berisi susu..
Bermulalah setiap petang saya & Mr.Hubby sebagai penggemar susu kambing
yang diblend dengan 2 genggam kurma..
Satu genggam milik saya, satu lagi Mr.Hubby..
Rasanya??? Sedap & enak sekali..
Dua hari lepas dah abis 7 hari kami bersama susu kambing..
namun kami akan jadikannya amalan..
Memang elok pun untuk kesihatan kan...

15.
Tak lama lepas saya sihat..walaupun belum 100% lagi,
Mak pulak sakit.. Sakit di ulu hati, pedih, mencucuk,
risaunya Mr.Hubby..
Minta2 tiada yang serius sebab insurance Mak baru kami apply.
It takes a month to be activated!!
Kami bawak Mak ke Klinik Nazam, doktor kata Gastrik..
Ahhh General Doctor..(maaflah)..
After 1 day,sakit Mak tetap sama.
Malam kami bawak pulak ke Klinik Pakar An-Nur di Bangi..
Doktor buat Urine Test..sudahnya dia suspect Mak ada Batu Karang..
Aduhaiii..kesian tengok Mak,sebab seumur hidup dia tak pernah sakit..
cuma lenguh2 badan aje..itupun jarang sangat..
she's blessed with good health so far..
First time tengok Mak kena inject,kena drip ubat, kesian sangat..
Doktor bagi ubat hancurkan batu karang tu..but 2 days time still no improvement.
Mr.Hubby off to work while I was browsing the net cari kat mana
nak buat treatment batu karang secara traditional..
Ada yang kat Felda Trolak, tapi ramai lagi
mention kat kat Durian Tunggal, Melaka..

16.
So, last Tuesday we went to Durian Tunggal. Nasib Mr.Hubby dah call one of
his friend yang pernah ke situ..
Katanya kena pegi very early because there will be a crowd of 150 people everyday
lining up to see the..the..ermmm Man..
(known as Hj Jamal)
Mulanya kami takut gak, tapi ada seorang kawan yang
pegi scan lepas balik dari jumpa Hj Jamal tu, doktor sahkan batu karang dia dah takde!
Happy dia tak payah buat operation langsung..
Esoknya kami bertolak dari rumah seawal 4.30 pagi,
sampai sana pukul 6 pagi,org dah start beratur ambik nombor.
Kami dapat no.17,ok lah not bad..Yang dapat no.1 sampai pkl 4.30 pagi dari Lanchang,Pahang.
Aku bawak Mak masuk jumpa Hj.Jamal tu (dalam pukul 8.30 pagi),
together with other 2 Makcik from Melaka itself..
and you wouldn't believe it..
seeing is believing..
Hj Jamal tu keluarkan batu karang tu macam tu je,
hanya dgn gosok2 kat perut dengan sejenis krim macam kapur,
tak sampai pun seminit batu karang tu dah ada kat tangan dia!!
No wonder la ramai giler yang datang, dari Jepun pun ada..
Dia siap bagi batu karang tu utk kitorg bawak balik..
Tercengang saya & Mak tapi Mak
dah boleh senyum sikit sebab sakitnya dah berkurang..serta merta!!
Kenapa tak percaya???
Oh ya, info mengenai tempat tu saya dapat daripada
Sesiapa yg nak tahu dengan detail, tanya saya..

17.
Balik dari Melaka,kami terus ke Ampang..
ke Hashimee Homeopathy pulak.. Ubatkan Mak lagi..
Saya cadangkan pada Mr.Hubby ubatkan Mak sahaja hari ni..
senang 1 hari sekaligus..
Kat homeopathy, Mak check jarinya yang selalu ketar..
One thing, semangat lawan sakit Mak tak kuat..
Dia dah risau sangat takut Parkinson.. Kami pun risau gak,
cuma kami cuba menidakkan kemungkinan yang buruk..
Alhamdulillah, ia cuma saraf..namun bukan saraf otak..
Jadi bukanlah Parkinson..

18.
Esoknya, Mak complaint lagi rasa sebu kat perut.
Rupanya Mak dah 6 hari tak membuang..
Memanglah Mak dalam kategori 'jarang membuang', selalunya 3 hari sekali..
tapi tak pernah pulak sampai 6 hari!
Haiii..apa lagi lah sakitnya..
kami dah belikan Yogurt drink, Prune Juice, ubat kat farmasi,
namun semua tak jalan..haru..biru..buntu!!
Sudahnya malam tu jugak,saya ajak Mr.Hubby sekali lagi ke An-Nur,
niat nak scan or x-ray..
tapi doctor tu kata angin..sebab tu sebu..
kalau x-ray pun nampak najis je katanya..
Masalahnya,kami dah tak tahan dengar Mak mengadu sakit..kesian..
Tu yang nak tahu punca sebenar segalanya, walaupun jauh di sudut hati
doa kami tiada yang serius!

19.
Pagi-pagi lagi Mr.Hubby dah pegi keje..tinggal saya & Mak saje.
Saya pun tgh tunggu 'hari' ni..tunggu Cik P tu lah..
Saya doa semoga Cik P tak datang dalam masa 3 hari ni,
supaya dapat saya jaga Mak dengan baik..
Sedang saya masak, tiba2 teringat pada Tilam Magnet yg saya
beli kat Zhulian..Ya Allah,terima kasih!!
saya terus ke bilik & bawak turun tilam tu sendiri..
Saya suruh Mak terus baring & berterapi dengan tilam tu selama 2 jam..
Dan..syukur, Mak dah membuang hari tu juga!!!
Hahaha..Ada juga gunanya tilam tu..

20.
Mungkin doa saya dikabulkan, bila Mak dah sihat,
Cik P pun datang menjenguk!!
Saya tak banyak rungut, Allah dah buat yang terbaik..
Bulan ni sakit sikit..saya rasa inilah yg paling kuat
selepas operation 4 bulan lepas..Mungkin sebab sedikit delay kali ni..
Haiii..mungkin ni bulan sakit bagi kami..
Waktu Mak belum sihat betul-betul,
kakak saya di Dungun telefon minta tolong jenguk anak sedara
saya di MRSM Jasin..tak berapa sihat juga..
Dengan elok,saya katakan,saya tak dapat tolong sebab saya sendiri
belum sihat sepenuhnya..Mak pun tgh sakit..
Nasib baik dia memahami..
Malam tadi pulak Abg Ju call, bagitau Angah will undergo a hernia operation
today at Kuantan Medical Centre..
(Alhamdulillah,saya dah call Mummy yg ada kat sana ptg tadi,Angah keluar
dari OT pukul 6.30 ptg tadi, he's in stable condition)..

Ya Allah, aku mohon pertolongan Mu,aku mohon kurniaan nikmatMu..
Kurniakanlah nikmat kesihatan pada semua ahli keluargaku..
Sembuhkan mereka yang sakit,
dan peliharalah mereka yang sihat..
Semoga kami sentiasa menjadi orang2 yang bersyukur...

Pada saat & ketika ini, saya tak sabar menunggu Mr.Hubby pulang esok pagi..
Kali ni 3 hari saya rasakan bagai 3 minggu!
Rindu sungguh saya pada dia, cinta hati saya..hihihikk
(gelak gatal)
..and the next Friday, he'll be on leave for 1 whole week..
I hope it will be a pleasant & memorable week for us to cherish..

Short & Brief..part 2

5.
Lepas saya discharge from the hospital,
2 malam saya tak dapat tidur.
Mr.Hubby kat sebelah duk krohh krohh, tapi mata saya
tetap tak boleh pejam.
Macam mana nak tidur bila bahu saya sakit yg amat,
kepala saya bagai nak pecah..
bergilir2 kejap di kiri,kejap lagi di kanan..
Berkali-kali saya tampal koyok, bertempek2 kat bahu,kat tengkuk..
Cool Fever pun saya tampal di dahi,tp yang hairan saya tak demam..
I just knew it that I don't have any fever.
Saya check temperature, ya,memang saya tak demam.
Tapi kepala saya panas lain macam..
Macam api..
Bangun pagi sesudah malam ke-2 saya tak boleh tidur,
saya cakap dekat Mr.Hubby,
"You jangan marah I sakit ye..I tahu I selalu sakit, especially now when there's so much
thing for you to think about..(pasal bisnes Ayah)"
"Can you please bring me to Darul Syifa'?"
Mr.Hubby tercengang2.."kenapa sayang?You rasa lain macam ke?"
I just nodded. "Bawak I pagi ni jugak".

6.
Memang kami sampai di Darul Syifa' Bangi awal pagi tu.
Saya terus ambil air Gau Tasnim botol paling besar.
Saya tak ingat apa nama ustaz yg rawat saya pagi tu, saya terlampau teruja
nak bercerita.
Saya cerita segala2nya dari A ke Z.
Start dari mimpi2 saya sebelum saya demam,
kemudian 'rasa' saya sewaktu demam..
(sewaktu saya minta Al-Quran dari Mak hari tu, saya memang 'terasa'
ada sesuatu di luar rumah! Susah utk saya terangkan..)
Saya ceritakan pada Ustaz yang saya memang sentiasa pasang CD Ruqyah di rumah,
Ayat Qursi sentiasa saya baca,
4 ayat terakhir surah Al-Hasyar,
7 ayat penyelamat dari segala bencana (pesan ibu saya),
Ustaz tu kata, "ada gangguan"
Langsung dia rawat saya, dan dia tambah satu ayat untuk saya baca,
Untuk sakit kepala, ayat 19 Surah Al-Waqiah..
Umumnya, Darul Syifa' takkan dedahkan 'apa gangguannya' & 'siapa pengganggunya'..
dan saya pun taknak menuduh..
Air Gau Tasnim itu untuk saya minum dan mandi..

7.
After Darul Syifa', we went to Ani Sup Utara..
sempat lagi saya makan Nasi dgn Sup Tulang dgn telur asin..perrghhh..
We went back home after that, before heading to Klang..office Ayah..
(for another problems to tackle..haiiii)
Ayah ada juga sedikit kebolehan pemberian Allah untuk mengubat penyakit2
seperti ini..Dulupun Ayah selalu tolong saya sewaktu saya 'terkena'..
(ahhh itu masa lampau, syukur Alhamdulillah saya dah sembuh sepenuhnya)
Petang itu menyaksikan saya & Ayah berhempas pulas melawan si syaitan..
Terima kasih Ya Allah di atas pertolongan yang Engkau berikan
sehinggakan tanpa saya sedari,saya pun boleh mengeluarkannya..
Semuanya kudrat & iradat Tuhan..
Saya hanya media nya sahaja..
Sekuat-kuat zikrullah saya laungkan!!
Hanya Tuhan sahaja yang tahu sakit & panas di kepala saya..
daripada pukul 3 petang hinggalah ke Maghrib, barulah lega sikit..
Itupun setelah berbesen-besen ais dituamkan di kepala saya..
Mata saya dah bengkak sebengkaknya dek menahan kesakitan yg amat!

8.
Malam tu kami tidur di rumah kakak ipar saya di Kota Kemuning.
Dekat sikit dengan Ayah, in case jadi apa2 pada saya.
Malam tu saya tidur berpelukkan lengan Mr.Hubby.
Saya perlukan sokongannya!
Dan dialah Wira saya, dialah cinta hati saya,
menjaga saya bagai menatang minyak yang penuh..
sakit saya terasa ringan sekali bila dia ada disisi..
Bangun pagi esoknya, mata saya bengkak lagi..suara saya tak keluar..
Dek kerana terlampau panas dalam kepala saya,
saya selsema & batuk juga..
Sekali saya batuk,terasa bagai batu menghempas kepala yg mmg dah sakit..
Aduhhhhaiii..
Pagi tu,saya berpesan pada Mr.Hubby..
"Sayang...dengar ye..Ada orang yang tak suka tengok kita happy."
"Dia akan buat macam2 sebab nak tengok rumahtangga kita berkecai."
"Tapi,we have to be strong.Our love will save us."
"I have a strong feeling that 'she' can't take us away.."
"Banyakkan istighfar bila you rasa nak marah kat I, I'll do the same"
Saya pegang tangan dia,sambil kata..
"Dengan izin Allah, till death do us part"
Mr.Hubby hanya mengangguk & memeluk saya erat.
..and I feel LOVE..

9.
Tengahari tu,sakit kepala yg terlampau tu menyerang saya lagi.
Kuat betul.
Saya minta dihantar pada Ayah. Tak larat saya nak lawan sorang2
dalam keadaan sakit macamni.
Ayah kata dia akan ikut kami balik ke Salak Tinggi,
"ada benda kat rumah"
Perjalanan dari Kota Kemuning ke Klang tengahari tu paling jauh saya rasakan.
Jauh & menyiksakan..
Saya menangis kesakitan dalam kereta. Unbearable!
Ingin sekali saya ucapkan pada Mr Hubby supaya call Mummy & semua
adik beradik saya..Mungkin ini kali terakhir saya dapat jumpa mereka!
Namun, kewarasan sempat datang.
Itulah sebenarnya yang si syaitan mahukan..Mengalah!
Dan saya cepat cepat istighfar & teruskan zikir mohon pertolongan Allah.
Saya akan tahan & lawan juga..seperit manapun,dan saya tahu,
Tiada kuasa dapat menandingi kuasa Allah ya Rabbi.
Masuk je Ayah dalam kereta, saya terus tertidur di ribaannya.
Dia terus rawat saya hingga saya rasa kurang sikit sakitnya.
Lega..

10.
Sampai di rumah, Ayah katakan ada sesuatu di pagar..
Saya tak hairan, memang itu yang saya rasakan.
Cuma saya rasa lebih banyak di pintu kecil sebelah dusun..
Saya hanya terbaring lesu dibilik Mak.
Mr.Hubby kerja pukul 5.30 ptg tu, dengan berat hati..
Sempat juga kami menangis bersama, berikrar akan lawan sama2..
Saya yakinkan dia yang saya dah ok..supaya dia dapat kerja tanpa risau.
Tak lama pun, pkl 11 malam dia balik..Cuma,hati mana yg tak bimbang..
Petang, Akak & Abang datang melawat.
Suratan atau kebetulan, saya mimpikan mereka.
Ada pesanan untuk mereka berdua, dan pesanan itu sama dengan apa
yang telah saya pesan pada Mr.Hubby..
Ternyata, musuh kami sama ye!!
'Dia' juga amat iri dengan keakraban kami..
Biarlah Kak...dia takkan tenang..

terpaksa publish dulu,angin senggugut dah dtg daaaa..
till next entry..

Thursday, July 16, 2009

Short & Brief..

Ok..these were the 'sweet & sour' of my life that happened lately..
since I last updated my blog.

1.
26th June, I was caught with fever..dgn tetiba je. But without the flu & cough, so H1N1
was not even came to my head..hehe..
Mr.Hubby was on duty & came back in the afternoon that day,
and I was going to pick him up at the airport
while my temperature at that time was up to 38.7..
Dah seram sejuk dah..tp saya lawan jugak sebab nak pegi fetch dia..
Malam tu,I took 2 tablets of Actifast,and the fever just gone for the whole night.

2.
28th June, bangun pagi saya rasa dah lain macam.
Badan lemah & mmg rasa demam. Mr.Hubby was again off to work and will only
be back on the next day, so it was just me & my MIL at home.
After taking a shower at the early morning,
I took my thick blanket, medicines, hp, and I told Mak I want to sleep
in her room. Bilik Mak kat bawah,so senang sikit in case
jadik apa2 kat saya..
Tghari, temperature raised dgn giler nya.. 39.7..Tinggi..
Saya pun dah mcm meracau2 kata Mak..
Cuma,I felt something strange, that I cant tell you..
Afraid that no one will understand..
Saya hanya baca ayat Qursi banyak2 walaupun badan tersangat
lemah..tapi saya tahu saya kena lawan that thing..
Sudahnya saya hanya minta pada Mak & Kak Shila time tu ada sama,
saya minta Al-Quran diletakkan atas dada saya..
hanya itu yg dpt jadi pembantu dikala itu.. Tak sampai 15 min lepas tu,saya segar balik..
Tapi separuh badan saya kebas sampai ke kaki..
Saya tahu itu akibatnya..
Walau macamana kebah pun saya ketika itu,saya perlu ke klinik juga.
Dan pkl 2 Kak Shila bawa saya ke Klinik Az-zahrah di Bangi..Doktor kata kencing saya kotor & darah juga,beliau insist saya admitted..Tapi,saya berdegil,sebab kali ini saya rasa
tak ready utk being admitted..
Entahlah,sebab az-zahrah ke atau sebab apa..
Sudahnya,saya minta Doktor tu refer saya ke Columbia Medical Centre,
so that my previous doc, Dr Lee Ming the Urologist can handle me better..
Just before Maghrib,demam saya dtg balik,so I asked for Akak's help (again) to bring me straight away to the Columbia Seremban..
and I was admitted,as per predicted..

3.
I was admitted for 3 days. I only had fever on the first day I arrived, very high fever..
with shiverring..and I was taken care with that strong antibiotics again, ultrasound done,
blood culture test done, malaria test done twice,
urine test also done couple of times..ermmm what else..
and everything turned out NORMAL..
(ni yg aku hangin kat doktor az-zahrah tuu)..
Doc monitored my temperature for 40 hours, and I was discharged since
there was no fever within that monitoring period..

4.
Thanks to Akak & Abang (againnnnn), they fetched me home that day.
(hutang belanja belum langsai lagi ni..ayoyoo)
Of course I was happy dpt balik rumah, but ada something yang buatkan saya
rasa tak sedap hati di samping rasa tak sedap badan yg masih bersisa..
Saya dah tak demam, tapi badan saya lemah sangat..seolah-olah saya
akan demam bila2 masa saje..
Tu yg saya takut,takkan dah sampai rumah, nak kena pi hospital balik..

....to be continued...
ngantuk sangat lah malam ni..

Wednesday, July 15, 2009

A promise being made..

I guess I could tell you guys the
long-time-delayed stories of mine
tomorrow..

Mr.Hubby will be off to work tomorrow early morning..
so I guess I'll have plenty of time
to be with you..
(teramat lah perasan cekonon ada orang yg tgh tunggu entry2 aku..hehe)

So,till tomorrow..
I wish I could spend hours with you
sharing things that had given my life
more meanings lately..
(chewwaaahhh..)

Good Night everybody!!
Sweet dreams..

Friday, July 10, 2009

Ada Orang......

  1. Ada orang suka bila dia sentiasa DI ATAS.. Tak senang rasanya bila ada orang lain yang boleh mengatasinya.
  2. Ada orang suka bila dirinya dipuji melambung.Tanpa dia sedari kita hanyalah hamba-Nya,maka segala pujian haruslah kita pulangkan kembali kpd pemiliknya yang hak. Alhamdulillah-segala puji bagi Allah.
  3. Ada orang langsung tak dengar & tak pandang cerita orang lain.Hanya dia yang ingin orang lain mendengar ceritanya sahaja.Dia mahu orang lain mempercayai segala ideanya tetapi dia cukup susah untuk menerima idea & pandangan orang lain.
  4. Ada orang suka menunjuk-nunjuk kehebatannya,tak kira di mana,sekalipun dijalanraya (sukanya dia bila dia sentiasa ahead on road),di dapur (hanya dia yang champion segalanya).Dia sahajalah yang tahu segalanya,pakar dalam segala bidang.Kepakaran orang lain amat payah untuk dia akui.
  5. Ada orang suka memuji diri sendiri.Dialah yang paling pandai mengurus apa jua keadaan,dia lah yang pandai mengadili segala hal,masakan keluarganya sahajalah yang paling sedap sehingga memaksa (dalam tak sedar) orang lain mengakuinya juga.
  6. Ada orang sangat payah untuk mengungkapkan sebaris pujian penyedap hati untuk orang lain.(kalau puji pun macam tak ikhlas aje..).Walau bagaimana sekalipun sedap makanan yang dicadangkan orang lain,sekaliun diratahnya hingga licin,namun untuk keluar satu perkataan "sedap" dari mulutnya,wahhhh susah sungguh!!
  7. Ada orang hanya nampak kebajikannya sahaja,yang dia tahu cuma tangannya yang memberi.Akuilah pemberian orang lain juga,orang lain pun penat mengumpul pahala.
  8. Ada orang cukup suka mengaku dia hebat dalam beribadat.Dialah yg alim,dialah yg warak.hadis yg keluar dari mulutnya shj yg sahih agaknya.Ajaran agama drpd orang yg lebih muda langsung dia buat tak endah.Sedarlah kawan,belajar adalah tugas sepanjang hayat.ilmu itu ilmu Allah,dan jika Dia sudah menentukan engkau akan menerima ilmu drpd seorang bayi sekalipun,terimalah ilmu itu dengan ucapan syukur.
  9. Ada orang yg mengukur ilmunya dgn tebalnya bukbuku yg di baca,banyaknya buku dirak rumahnya.Ketahuilah,hatta dikumpulkan lautan di dunia dan dijadikan dakwat ntuk menulis ilmu-ilmu Alah,nescaya itu pun tidak cukup.
  10. Ada orang yg egonya sangat tinggi.Jangan ada orang yang lebih daripada dia,dlm apa jua hal sekalipun.Mulut mungkin berkata tak dengki,bibir mungkin menguntum senyum,namun hati ada juga sedikit iri.Ego seorang senior,faham-faham sahajalah.
  11. Ada juga orang macam tu ye.....
...............haiiiii.. entahlah belalang!!!! ..............

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin