Wednesday, March 11, 2009

Hidup memerlukan pengorbanan..Dan cinta juga...

Pernahkah kau bermimpi..seketika
Berada di tempatku..membayangkan
Pahit manis berlalu
Ntah siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiada ku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam..kuputuskan
Biarlah rahsia

Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta

Pernahkah kau bermimpi..seketika
Berada di tempatku....

Monday, March 9, 2009

I Miss Muhammad....

Sungguh..aku rindu..
Bila membaca kisah-kisahnya,aku tambah rindu..
Bila terdengar namanya,hatiku keruan ingin bertemu..
Selalu ku terbayangkan wajahnya,namun masih tak terjangkau dek akalku..
Ku igaukan senyumnya,kurasakan diri begitu kerdil untuk menatapnya..
Ku harapkan suara nasihatnya,walaupun sering kubaca dimerata-rata..

Dihari kelahirannya ini,aku berdoa..
"Ya Allah..aku tahu aku insan yang penuh nista.Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun..maka kau ampunilah diriku ini,sucikanlah hatiku,jernihkanlah batinku..agar suatu hari,aku dapat bertemu Muhammad kekasihMu,walaupun hanya dalam mimpiku..Dan sesudah itu,Engkau peliharakanlah aku,jauhkanlah aku dari larangan-laranganMu..dekatkan aku kepadaMu,supaya suatu hari yang penghabisan nanti,bisa aku berdiri menatap wajah kesayanganMu itu,wajah kudus Muhammad.."(selawat & salam ke atas roh Baginda S.A.W)

Ramai yang menyambut Maulidur Rasul setiap tahun..bermacam2 cara dilakukan sebagai simbolik sambutannya.. Umumnya,kita selalu menyediakan hadiah-hadiah yang berbagai rupa bila tiba ulangtahun kelahiran orang2 yang kita sayang..Pernahkan kita renungkan,apakah hadiah kita untuk penghulu segala umat,Rasulullah S.A.W dihari ulangtahun kelahirannya??
Aku pun bingung kadangkala memikirkannya,kehinaan menguasai diri..Lalu dengan rendah hati,ku capai Al-Quran al-karim dan ku buka helaian-helaian al-Mulk..

Pernahku terbaca:
  1. Drpd Abi Hurairah r.a dari Rasulullah saw bersabda:"Sesungguhnya di dlm al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk "(tabaarakal-lazi)"
  2. Drpd Anas Ibnu Malik berkata,Nabi saw telah bersabda:"Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali 'Tabaarakal-Lazi'.Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur,datanglah kepadanya malaikat.maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata kepada surah itu.Sesungguhnya kamu drpd kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu,sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu & kepada dia (si mati),dan kepada saya kemanfaatan atau kemudharatan.Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati),pergilah kamu menemui Allah swt.Dan mintalah shafaat drpdnya.Maka dia pun (surah) menemui Allah swt dan berkata,"Wahai Tuhanku,si fulan ini (si mati) telah memilih saya dalam kitabMu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya,bolehkah wahai Allah,Engkau membakarnya dan menyeksanya,walhal saya di dalam dadanya?Maka jika Engkau ingin berbuat demikian,jadi padamlah saya dari kitabMu.Dan Allah swt berfirman,"Aku nampak kamu marah." Dia menjawab,"Sesungguhnya saya marah."Allah berfirman lagi,"Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat keatasnya." Nabi saw bersabda,surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa2 kpd si mati.
  3. Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kpd mulut si mati & mengucapkan selamat datang kpd mulut yang sentiasa membaca saya & selamat datang kpd dada yang sentiasa menghafal & menjaga saya.Dan selamat datang kpd dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya. Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (si mati) tidak merasa kesunyian.
  4. Anas berkata,"Apabila Nabi saw khabarkan hadis inimaka tidak ada seorang pun  yang kecil mahupun yang besar,hamba ataupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi saw memanggil surah ini al-Munjiah iaitu yang menyelamatkan. (HR.Ibnu Katsir)
  5. Drpd Anas Ibnu Malik berkata,Rasulullah saw telah bersabda,"Satu surah di dalam al-Quran menghujahkan kpd pembacanya sehingga memasukkannya ke dlm syurga.Iaitu al-Mulk (tabaarakal-lazi). (HR. At-Tabarani)
  6. Drpd Ibnu abbas ra berkata seorang sahabat Rasulullah saw telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur,maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui Baginda saw dan berkata,"Wahai Rasulullah saw saya dirikan khemah atas satu kubur & saya tidak tahu itu kubur & saya dengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam."Nabi saw bersabda,"Itulah yang menahan & menyelamatkan dia drpd siksaan kubur." (HR. at-Tirmizi)
  7. Drpd Jabir ra sesungguhnya Rasulullah saw tidak akan tidur hingga Baginda membaca Alif Laam Mim,as-sajadah & al-Mulk. (HR.at-Tirmizi)
  8. Dan Lais berkata drpd Thawun bahawa kelebihan surah ini 70 kali lebih baik drpd tiap2 surah dalam al-Quran.
  9. Drpd Ibnu abbas ra berkata,"Adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu?" Beliau (Ibnu Abbas) berkata,"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu yang belum baligh di rumah dan kepada jiranmu,sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat di hari akhirat di depan Allah memohon kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia drpd api neraka & pembacanya juga selamat drpd siksaan kubur.
  10. Dan Nabi saw bersabda,"Saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku."(HR.Ibnu Katsir)

Friday, March 6, 2009

Upcoming present-to-get...

Birthday aku belum sampai lagi..bulan depan..tapi aku dah ada benda apa yg aku nak mintak dari Mr.Hubby..hehehehe..apa hal lah aku ni,semenjak dua menjak ni,asyik meminta je..alahhh bukan aku mintak intan berlian pun,bukan mintak BMW 5 series pun..MyVi pun aku tak mintak..cuma aku berdialog seperti ni je:(secara halus tuuu)

Aku : Kesian follower blog i Syg,dah lama i tak update blog tu..hari2 diorg bukak takde apa2..
Mr.Hubby: Abis,naper u tak update??dah tau ada follower???
Aku: I bukan tak nak update,tapi kalo hari2 text aje,nanti orang boring pulak..Lainlah kalo ada gambar..
Mr.Hubby: Laaaa..habis tu ambik lah gambar..
Aku: Gambar apa i nak ambik??Lainlah kalo i bawak camera kehulu ke hilir,so,apa2 yg i buat i snap a picture..makan kat warung ke,gambar jalan2 ke,apa2 je lah..
Mr.Hubby: Kan camera ada..pegilah charge battery tu..
Aku: Syg...camera kita tu kan ke bulky sikit,i nak letak dalam handbag pun tak muat..tak handy lah..nk harapkan camera phone,lagi hampeh..blur,gambar pecah2..
Mr.Hubby: ***diam***
Aku: Syg,apa kata birthday i kali ni u bagi camera..i nak compact yg nipis tu,senang nk bawak mana2..gi kenduri kawan2 lih la i tangkap gambar..kalo tak asyik numpang camera orang je..hehhehee (tetiba leher aku jadi panjang sbb nk menggeliat2 gitu)
Mr.Hubby: **smile** Oooo..nak camera...boleh gak..nanti kita pi tgk yek..U nak yg nipis yek,betul gak camera kita tu bulky sikit kan..
Aku: (agaknya aku solat Isya' awal kot malam ni,tu yg termakbul tu..hahaha) 

So,last 2 days kebetulan kitorang pi Pertama Compleks,tetiba aje on our way back,Mr.Hubby laju je masuk kedai camera,aku lak buat2 tanya.."eh,nak gi mana tu?" (psikologi tuu)..

Aku dgn rendah hati & tawadhuk nye berkata,"alahh syg,beli yg murah2 je..i tak kisah..asalkan nipis & gambar cantik sikit udah ler"..tapi tangan aku dengan secara refleknya dah pun memegang erat sebijik camera Olympus limited edition,pink kaler....


Yaaahoooooo...tak sabar nak ada camera ni...walaupun dah bargain & we agree with the price,tapi sebab birthday aku belum waktunya lagi,Mr.Hubby cakap,"tunggu dulu"...alahai.... tapi takpe lah...dia nak belikan pun dah bagus...kwang kwang kwang...

Friday, January 2, 2009

Harga Sebuah Ikatan Suci..

Rahsia Cincin di Jari Manis

Pernah terfikir mengenai hal ini? Jika hendak tahu jawapannya, cuba lakukan seperti gambar di bawah. Sesungguhnya alam semesta ciptaan Tuhan memang banyak rahsianya.




*Rapatkan kedua-dua tapak tangan. Kemudian bengkokkan dan rapatkan jari ketiga (jari tengah) serta cantumkan hujung jari-jari yang lain seperti dalam gambar di atas.
Mari kita mula permainan ini.
1. Cuba buka dan renggangkan ibu jari. Jari ini mewakili kedua ibubapa kita. Ianya boleh dibuka sebab semua manusia akan sakit dan mati. Satu hari nanti kedua orang tua kita juga akan pergi meninggalkan kita.
2. Rapatkan semula ibu jari dan buka jari kedua (jari telunjuk). Jari ini mewakili adik beradik kita yang juga satu hari nanti akan berkawin dan bila dah berkeluarga, mereka juga akan meninggalkan kita.
3. Rapatkan semula jari kedua tu dan buka pula jari kelima (jari kelingking). Jari ni mewakili anak-anak kita bila kita dah berkeluarga nanti. Kita pun kena menerima hakikat bahawa mereka juga akan pergi meninggalkan kita bila mereka juga telah berkawin dan berkeluarga.
4. Rapatkan semula jari kelima tu. Sekarang cuba buka jari manis yang kita sarungkan cincin perkahwinan kita tu. Anda mesti terkejut jari manis tu sedikit pun tidak mahu bergerak dan tidak boleh dibuka langsung. Aneh kan?
Kerana jari manislah lambang hubungan suami isteri. Apabila sudah berkahwin dan bersatu ianya harus bersama hingga ke akhir hayat. Pelik tapi benar tetapi itulah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang . Terus bersama hingga ke akhir hayat.

(Ilham daripada http://baitulrahmah.wordpress.com - thanks for the great entry)

Thursday, January 1, 2009

Not enough time laaaa...

It is a very common statement we heard almost everyday right?? Even though I have banned that statement to be uttered by myself & Mr.Hubby,but we do say it unconsciously..(minda dibawah sedar lah kononnya ni..)..

Like what was happened today..Last night,we spend the whole night at Kakak's house,came back to our heavenly home at 5.30 in the morning. After Subuh,Mr.Hubby dah siap completely dressed up for his new hobby-cycling..Me??Tak cukup tido beb,so aku continue my unfinished dream or dreams..Then,neighbour called ajak pi breakfast kat The Dangau (aku yg bagi nama tu dgn rasminya..) dlm Kg.Giching..Sepantas kilat aku pakai baju (eh,tadi pun dah pakai dah..errr I mean tukar baju.)drive to the gerai while Mr.Hubby is coming directly from his cycling place..Makan & borak did not happend in 30 mins my friends..with a lot of stories to tell..ermmm..

Then,I've been 'marshalling' Mr.Hubby home,masuk rumah aku lepas hajat kejap,Mr.Hubby tukar baju..we went out again to a car wash..Washing done,we headed to the Giant,groceries shopping sbb Mr.Hubby dah bising asyik takde ration nak kunyah2 kat rumah..ishhh..Shopping bla bla bla,arriving home dah kul 1.30 ptg..lepak kejap pulak kat dining sambil makan Lays potato chips & Greens Total to get more energy for the afternoon session..Naik atas mandi (sambil basuh bilik air),solat..Mr.Hubby dah krohh krohh krohh taking his nap while me??right here telling my day to you all...(takde kerje lain ke aku ni??)

Well,memang ada sebenarnya..aku belum masak lagi..HUARRRGGHHHHH!!!!!Perut dah lapar but starting my luncheon cooking too late like today,menjadikan aku terus terusan malas..arghh,today is just the 1st day of 2009 & I'm here saying that word??Malas???So passive..So demotivated...I hate that..

Gaining back all my lost spirit,please wish me luck so that I could successfully tick all these 'things-to-do' checklist for today..
  • Cooking-rice,steamed fish,vegetable with oyster sauce.
  • Sapu Pledge kat dashboard kereta..
  • Sapu lantai tingkat atas.
  • Kemas bilik..(lagi????)
  • Jemur kain yg dah di'handwash'kan pepagi tadi tp tak sempat jemur sbb nak kuar takut hujan plak..
  • Rearrange groceries yg baru beli tadi ke dalam 'virtual kitchen cabinet' aku..hehe
  • Basuh uniform cycling Mr.Hubby sebab maybe esok kalo dia tak kena call-up dia sure nak cycling lagi..
  • Send all the tudungs to the dry clean..

And now,it's almost 3.30pm..will I again say 'not enough time lah..'?Jangan menidakkan kebijaksanaan Allah mengurniakan 24 jam sehari untuk hamba2Nya Ujie...

Demi masa,sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..

Tuesday, December 30, 2008

New Hijrah..

Salam Ma'al Hijrah to all my Muslim friends..semoga kita semua menjadi insan yang lebih berusaha menuju kesempurnaan iman, taqwa & pembangunan sahsiah diri juga keluarga kita..Tanamkan azam dalam diri beserta dengan sebenar benar niat semoga dengan kedatangan 1 Muharram ini dapat memberi sinar baru dalam kehidupan kita seharian..Aku berdoa semoga aku juga kawan2 semua menjadi seorang wanita,isteri,ibu,anak,pekerja,jiran,sahabat & ahli masyarakat yang lebih bertanggungjawab,lebih baik dalam segala segi di tahun baru ini dan seterusnya untuk hari hari yg mendatang..Insyaallah..doa-doakan lah..

Yesterday,went to MPH Alamanda..it was yet so early when I arrived there because at first,I decided to jog around the lake in Putrajaya..the one nearby the Pullman Hotel (under construction)..sadly needed to switch our plan coz it was raining..gantinya??what else to do at the early morning..breakfast lah..Calorie Adding Session...the other name..after breakfast,Mak showed us her broken glasses, poor her has to adjust her eyes accordingly to see the lauk pauk & the menu board..hehehe..so,we went straight to alamanda to get a new one for her..

While waiting for them,I entered MPH..wowwww..maybe because of the new year,I attracted to so many books..Feels like wanted to read it straight away..Flipping the pages of few books,I managed to get these:

1) Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung : It's a compilation of few stories,few experiences from various women in many different fields, name it doctor, engineer, accountant, architect, student, housewife and celebrity too!! Noorkumalasari pun ada... Hoping by reading their stories will strengthen my niat to cover..

2)Jangan Bersedih,Jadilah Wanita yg Paling Bahagia (hadiah khas buat Muslimah) : Buku ni mengimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yg telah dianugerahkan kepadanya, dan bergembira dengan pelbagai nikmat yang telah dimilikinya.. By reading this book, I hope I will be the one who really grateful to Allah & redha with whatever my qadha & qadar..Insyaallah..

3)The Power of Solat (terapi membina kesihatan jasmani & rohani melalui gerakan solat): I found this is a very interesting book to read..an exciting treasure to explore..ye lah,kadang kita tertunggang tonggek solat,we don't really know the benefit of all those procedures..solat ada maknanya tersendiri dalam erti tasawwufnya, cuma ilmu dalam buku ni pun tak kurang pentingnya untuk kita pelajari..so it's all about anatomi tubuh manusia ada hubung kaitnya dengan gerakan gerakan dalam solat.
4)Kisah-Kisah Para Nabi & Rasul: This one is like a story book, a story of 25 rasul in spreading & developing Islam in their own era..I have this kind of book once long ago,when I was still small but I lost it somewhere or with somewho..Syok baca buku ni,until sometime it become so emotional & tearful reading sebab malu dengan kakuatan semangat para nabi & Rasul2 dulu..
5)100 Ayat Pembuka Pintu Rezeki: Rezeki tidak dtg bergolek..dan doa adalah penyudah usaha..tawakkal adalah pemanisnya.. I know Solat Dhuha adalah solat yang paling makbul untuk memohon rezeki daripada-Nya..Insyallah,akan aku jadikan amalan..Dalam buku jugak,ada disertakan doa untuk kita mendapat rezeki yang diberkati,minta dijauhkan dari punca2 pendapatan yg salah jalannya..
6)La Tahzan (Jangan Bersedih) Jilid 1: It's one of the #1 International Best Seller by Dr.'Aidh bin Abdullah al-Qarni..merangkumi segala sebab & hujah supa kita mendapat semangat & azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian...walau dalam apa jua situasi sekalipun..
7)Amalan Wirid Ibu Semasa Hamil: Hahahaha...very advanced lah Mr.Hubby ni..anyway,it's good to know awal2 kan...
Semoga diberikan Allah petunjuk jalan..amiinn..

Thursday, December 18, 2008

Pagi nan indah....

Dengan rasa tak malu nak ngaku aku subuh gajah hari ni..al-kisahnya alarm rang at 5.30am as usual,and I turned it off as usual,and laid back as usual..heehe..Cuma selalunya Mr.Hubby's alarm will rang again at 6 o'clock then only I get up and perform the Subuh.But today,,Mr.Hubby woke up first & performed his prayer outside the room (just to 'memakmurkan' semua bahagian dlm rumahnya)..he called my name twice before he left the room,that's what i remembered..but,feel very dizzy (morning sickness without the pregnancy..hehehe),sudahnya aku bangun pukul 6.57am..kat luar dah terang dah..so,terkocoh2 aku ambik wudhu' & solat qadha..astaghfirullah..
(puan2 sekalian,jgn meniru adegan ini di rumah ye..not good!!)

Then,after saying my doa,as usual,I opened the windows..and hewwwwww..the wind is so refreshing..cool and breeze air touched my bare face..i looked far to the hills behind my house..the trees and the farm..people said, seeing the GREEN is very good for your eyes especially in the early morning..I admit it's true..I feel so alive & energetic..and the wind still blowing as I'm writing this entry..ouhh I love my new place..

Dengan semangat pagi yg ada,aku terus turun bawah bukak all the windows and the doors..biar angin masuk kata Mr.Hubby..selalu memang kami bukak awal2 pagi pun,but today somehow it is different..angin dia tu really really cool..ye lah,we are in the middle of tengkujuh..maybe this is why the wind is cooler than usual..

We have a lite breakfast today..in our dining,facing the orchard..just the two of us..(lupa lak nak cakap my MIL & FIL balik kampung yesterday.So,we have about 5 days to cherish the togetherness between us)..We have Japannese bread Gion that I bought yesterday at Mid Valley,roasted chestnust and a plain Rooibos Tea...have I told you guys that there will be a live show almost every time we are enjoying our meal at this dining table?There are a lot of squirrels in the orchard & morning is the most enjoyable time for them I would say..they will swing to & fro on the tree..passing from one and another branches..playing with their mate with that giggling sound..I'm so happy for them..rasa macam balance je ecosystem kat rumah aku ni.. And today,I have an experience to see what the idiom say, "sepandai pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.." Ada 2 ekor tupai tadi duk asyik main kejar-kejar..terjun dari satu dahan ke satu dahan..berkekek2 gelak..after doing 5-6 loops,suddenly ooooppppsssss..terjelepok jatuh ke tanah..aku gelak besar tgk..it was like me playing with them too..after a short while,the other partner was jumping & running here and there,looking for his playmate yg jatuh tadi tu...Dari jauh aku tahu dia macam risau je..muka macam dah tak happy je..kesian pulak aku tengok..rasa guilty pulak aku gelak2 tadi..ishh..I've been very emotional & sentimental di pagi hari ni..ermmmm..jiwa tiba-tiba memahami hati seekor tupai..hahaha

Slurrping my tea,I deeply wished in my heart,"moga-moga tupai tu selamat..and both of them will be happily playing again and so that,they will make myself smiling at the morning tea again".. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin