Thursday, April 30, 2009
i like it when i feel hope...
Tuesday, April 14, 2009
Email buat teman senasib..
Wednesday, March 11, 2009
Hidup memerlukan pengorbanan..Dan cinta juga...
Monday, March 9, 2009
I Miss Muhammad....
- Drpd Abi Hurairah r.a dari Rasulullah saw bersabda:"Sesungguhnya di dlm al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk "(tabaarakal-lazi)"
- Drpd Anas Ibnu Malik berkata,Nabi saw telah bersabda:"Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali 'Tabaarakal-Lazi'.Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur,datanglah kepadanya malaikat.maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata kepada surah itu.Sesungguhnya kamu drpd kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu,sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu & kepada dia (si mati),dan kepada saya kemanfaatan atau kemudharatan.Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati),pergilah kamu menemui Allah swt.Dan mintalah shafaat drpdnya.Maka dia pun (surah) menemui Allah swt dan berkata,"Wahai Tuhanku,si fulan ini (si mati) telah memilih saya dalam kitabMu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya,bolehkah wahai Allah,Engkau membakarnya dan menyeksanya,walhal saya di dalam dadanya?Maka jika Engkau ingin berbuat demikian,jadi padamlah saya dari kitabMu.Dan Allah swt berfirman,"Aku nampak kamu marah." Dia menjawab,"Sesungguhnya saya marah."Allah berfirman lagi,"Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat keatasnya." Nabi saw bersabda,surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa2 kpd si mati.
- Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kpd mulut si mati & mengucapkan selamat datang kpd mulut yang sentiasa membaca saya & selamat datang kpd dada yang sentiasa menghafal & menjaga saya.Dan selamat datang kpd dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya. Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (si mati) tidak merasa kesunyian.
- Anas berkata,"Apabila Nabi saw khabarkan hadis inimaka tidak ada seorang pun yang kecil mahupun yang besar,hamba ataupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi saw memanggil surah ini al-Munjiah iaitu yang menyelamatkan. (HR.Ibnu Katsir)
- Drpd Anas Ibnu Malik berkata,Rasulullah saw telah bersabda,"Satu surah di dalam al-Quran menghujahkan kpd pembacanya sehingga memasukkannya ke dlm syurga.Iaitu al-Mulk (tabaarakal-lazi). (HR. At-Tabarani)
- Drpd Ibnu abbas ra berkata seorang sahabat Rasulullah saw telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur,maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui Baginda saw dan berkata,"Wahai Rasulullah saw saya dirikan khemah atas satu kubur & saya tidak tahu itu kubur & saya dengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam."Nabi saw bersabda,"Itulah yang menahan & menyelamatkan dia drpd siksaan kubur." (HR. at-Tirmizi)
- Drpd Jabir ra sesungguhnya Rasulullah saw tidak akan tidur hingga Baginda membaca Alif Laam Mim,as-sajadah & al-Mulk. (HR.at-Tirmizi)
- Dan Lais berkata drpd Thawun bahawa kelebihan surah ini 70 kali lebih baik drpd tiap2 surah dalam al-Quran.
- Drpd Ibnu abbas ra berkata,"Adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu?" Beliau (Ibnu Abbas) berkata,"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu yang belum baligh di rumah dan kepada jiranmu,sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat di hari akhirat di depan Allah memohon kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia drpd api neraka & pembacanya juga selamat drpd siksaan kubur.
- Dan Nabi saw bersabda,"Saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku."(HR.Ibnu Katsir)
Friday, March 6, 2009
Upcoming present-to-get...
Friday, January 2, 2009
Harga Sebuah Ikatan Suci..
Pernah terfikir mengenai hal ini? Jika hendak tahu jawapannya, cuba lakukan seperti gambar di bawah. Sesungguhnya alam semesta ciptaan Tuhan memang banyak rahsianya.
*Rapatkan kedua-dua tapak tangan. Kemudian bengkokkan dan rapatkan jari ketiga (jari tengah) serta cantumkan hujung jari-jari yang lain seperti dalam gambar di atas.
Mari kita mula permainan ini.
1. Cuba buka dan renggangkan ibu jari. Jari ini mewakili kedua ibubapa kita. Ianya boleh dibuka sebab semua manusia akan sakit dan mati. Satu hari nanti kedua orang tua kita juga akan pergi meninggalkan kita.
2. Rapatkan semula ibu jari dan buka jari kedua (jari telunjuk). Jari ini mewakili adik beradik kita yang juga satu hari nanti akan berkawin dan bila dah berkeluarga, mereka juga akan meninggalkan kita.
3. Rapatkan semula jari kedua tu dan buka pula jari kelima (jari kelingking). Jari ni mewakili anak-anak kita bila kita dah berkeluarga nanti. Kita pun kena menerima hakikat bahawa mereka juga akan pergi meninggalkan kita bila mereka juga telah berkawin dan berkeluarga.
4. Rapatkan semula jari kelima tu. Sekarang cuba buka jari manis yang kita sarungkan cincin perkahwinan kita tu. Anda mesti terkejut jari manis tu sedikit pun tidak mahu bergerak dan tidak boleh dibuka langsung. Aneh kan?
Kerana jari manislah lambang hubungan suami isteri. Apabila sudah berkahwin dan bersatu ianya harus bersama hingga ke akhir hayat. Pelik tapi benar tetapi itulah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang . Terus bersama hingga ke akhir hayat.
(Ilham daripada http://baitulrahmah.wordpress.com - thanks for the great entry)
Thursday, January 1, 2009
Not enough time laaaa...
Like what was happened today..Last night,we spend the whole night at Kakak's house,came back to our heavenly home at 5.30 in the morning. After Subuh,Mr.Hubby dah siap completely dressed up for his new hobby-cycling..Me??Tak cukup tido beb,so aku continue my unfinished dream or dreams..Then,neighbour called ajak pi breakfast kat The Dangau (aku yg bagi nama tu dgn rasminya..) dlm Kg.Giching..Sepantas kilat aku pakai baju (eh,tadi pun dah pakai dah..errr I mean tukar baju.)drive to the gerai while Mr.Hubby is coming directly from his cycling place..Makan & borak did not happend in 30 mins my friends..with a lot of stories to tell..ermmm..
Then,I've been 'marshalling' Mr.Hubby home,masuk rumah aku lepas hajat kejap,Mr.Hubby tukar baju..we went out again to a car wash..Washing done,we headed to the Giant,groceries shopping sbb Mr.Hubby dah bising asyik takde ration nak kunyah2 kat rumah..ishhh..Shopping bla bla bla,arriving home dah kul 1.30 ptg..lepak kejap pulak kat dining sambil makan Lays potato chips & Greens Total to get more energy for the afternoon session..Naik atas mandi (sambil basuh bilik air),solat..Mr.Hubby dah krohh krohh krohh taking his nap while me??right here telling my day to you all...(takde kerje lain ke aku ni??)
Well,memang ada sebenarnya..aku belum masak lagi..HUARRRGGHHHHH!!!!!Perut dah lapar but starting my luncheon cooking too late like today,menjadikan aku terus terusan malas..arghh,today is just the 1st day of 2009 & I'm here saying that word??Malas???So passive..So demotivated...I hate that..
Gaining back all my lost spirit,please wish me luck so that I could successfully tick all these 'things-to-do' checklist for today..
- Cooking-rice,steamed fish,vegetable with oyster sauce.
- Sapu Pledge kat dashboard kereta..
- Sapu lantai tingkat atas.
- Kemas bilik..(lagi????)
- Jemur kain yg dah di'handwash'kan pepagi tadi tp tak sempat jemur sbb nak kuar takut hujan plak..
- Rearrange groceries yg baru beli tadi ke dalam 'virtual kitchen cabinet' aku..hehe
- Basuh uniform cycling Mr.Hubby sebab maybe esok kalo dia tak kena call-up dia sure nak cycling lagi..
- Send all the tudungs to the dry clean..
And now,it's almost 3.30pm..will I again say 'not enough time lah..'?Jangan menidakkan kebijaksanaan Allah mengurniakan 24 jam sehari untuk hamba2Nya Ujie...
Demi masa,sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..