Thursday, June 18, 2009

A Peaceful Revenge..

Assalamualaikum everyone!!!!

Right at this moment:-
:: there's a lot of stuff to be packed for tomorrow's trip
:: few clothes to be ironed
:: a lunch to cook
:: a book to read (a must!!)
:: eyebrow to be trimmed (ni pun masuk juga ke??)

But when I dropped by my own blog, I feel like telling you something, which I, still, don't have any idea what to write. Sometimes, when we have so much to say, it turns us wordless. The words seem like running fast just in the head, without us being able to utter them for others to hear. Maybe it is destined just for us to know???

Lately, I used to think of 2 words & they keep on coming to my mind again & again..

D.E.N.D.A.M
&
K.E.T.E.N.A.N.G.A.N

Jika hati masih dendam, bagaimana mungkin ketenangan datang??

Ketenangan adalah satu perasaan yg tidak ternilai harganya, dan sungguh tinggi nikmatnya. SAKINAH.. Semua orang inginkan ketenangan. Everybody. We long for this, we work hard to get this, we look for this here & there.. We try to buy a house that are far from the city hectic life, just to get the peaceful & quiet moment with our family. Sometimes, we go for a holiday at the beach, just to calm & free from our busy life. And some of us may just sit & relax in our bedrooms, listening to the soft music that will give us sort of 'appreciated loneliness'..

Everybody has their own way!

...and we define 'appeasement' differently..

(dan ada juga yang cari ketenangan di pub & disco..yet sorry to say, I don't understand this category!! Bukan saja tak faham, dah cuba sedaya upaya, tapi memang masih tak faham..)

Banyak cara untuk tenang, dan saya terpanggil untuk berkongsi satu cara daripadanya.

Buangkan segala dendam kesumat di hati kita..buangkan jauh-jauh.. Maafkan semua orang, tak kira besar atau kecil salah mereka. Anggap sahaja mereka sudah buat yang terbaik untuk kita, tapi mungkin tak kesampaian. Jangan ada satu pun tuduhan dalam diri kita. Lafazkan dengan sebenar-benar pengucapan, "aku maafkan semua orang disekeliling ku"
Jangan salahkan orang lain bila kita kesal dengan apa yang terjadi pada kita sekarang. Sebaliknya, ucapkan terima kasih kerana ia telah menjadikan kita matang & 'berpelajaran' tentang hidup.

Kita sebagai hambaNya, cuma menjalani hidup yang telah direncanakan untuk kita. Dan percayalah, segala apa yg terjadi, baik & buruk, susah & senang, adalah yang terbaik untuk kita. For He is the best planner. He is the Most Just.
Kita adalah sebaik-baik kejadian, dan kita dikurniakan akal untuk kita menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Dekatilah apa yang baik untuk kita, dan jauhilah yang tidak elok. Berdoalah, bila orang lain memberi masalah pada kita. Berdoalah minta Allah turunkan hidayah pada mereka, sedarkan mereka & berikan keinsafan pada mereka. Ingatlah, bukan tugas kita untuk membalas segala kejahatan yang dilakukan terhadap kita. It's true when people say, what goes around comes around..itu Karma. Tapi jangan pula kita yang bersusah payah untuk memikirkan cara untuk membalas dendam, tak kiralah niat dihati untuk menyedarkan ataupun untuk puaskan hati kita.
Maafkan mereka..itulah yang terbaik. Disamping itu, jika menjauhkan diri itu yang terbaik, lakukanlah. But deep inside, just forgive them.

Barulah ketenangan datang..and it's priceless.!!

Sesungguhnya,
Kemaafan adalah dendam yang terindah..

Tuesday, June 16, 2009

Kisah Rasulullah (1)

Dalam satu laporan, Jabir berkata, "Kami semua bersama-sama dengan Nabi Muhammad dalam Perang Zatur Riqa, kemudian kami tiba pada sebuah pohon rendang, kami biarkan pohon itu digunakan oleh Nabi Muhammad. Kemudian datang seorang lelaki musyrikin, waktu itu pedang Nabi Muhammad digantungkan pada pohon itu. Lelaki itu menghunuskan pedangnya lalu bertanya pada Nabi Muhammad, "Adakah kamu takut padaku?" Jawab Nabi Muhammad, "Tidak!" Lelaki itu bertanya lagi, "Siapakah yg dapat menghalang kamu daripada perbuatanku ini?" Nabi Muhammad menjawab, "Allah!"

Dalam rekod Abu Bakar al-Ismaili, dalam buku 'sahih'nya, disebutkan begini: "Lelaki itu berkata, "Siapakah yg dapat menghalang kamu daripada perbuatanku ini?" "Allah!" jawab Nabi Muhammad. Pedang itu pun terjatuh dari tangan lelaki itu. Kemudian pedang itu diambik oleh Nabi Muhammad, lalu baginda berkata, "Siapakah yang dapat menghalang kamu daripada perbuatan ku ini?". Lelaki itu berkata, "Jadilah engkau sebaik-baik orang yang diminta perlindungannya."

Nabi Muhammad kemudian bertanya,"Mahukah saudara mengakui tiada tuhan melainkan Allah. dan bahawa saya ini utusan Allah." Dijawab oleh lelaki itu, "Saya tidak mahu. Tetapi saya berjanji kepada kamu, saya tidak akan memerangi kamu, dan saya tidak akan menyertai sesiapa yang memerangi kamu."

Nabi Muhammad membiarkan sahaja lelaki itu lepas dan meneruskan perjalanannya. Kemudian lelaki itu pergi berjumpa sahabat-sahabatnya, lalu berkata, "Saya baru bertemu dengan sebaik-baik manusia."

******************************************************
Subhanallah!! Maha Suci Allah & sungguh cantik perilaku Muhammad kekasihNya.

Inilah yang sebenar-benar maksud, "Tiada paksaan dalam beragama"

Baginda boleh sahaja memaksa lelaki itu menerima Islam jika Baginda mahu, tetapi itu bukan Islam yang sebenar. "tiada paksaan dalam beragama" diaplikasikan bila seseorang itu hendak memilih agamanya, (jika dia bukan Islam), bukan bila mempraktikkan ajaran agama. Bila sudah Islam nya, segala ajaran, amal makruf nahi mungkar, wajib ditunaikan. It's our obligations being a Muslim. Jangan sesekali berkata, agama tidak memaksa untuk saya solat, untuk saya puasa. Terpesong fahaman sebegitu.

As we are Muslim, we try our very best to be a very good practising Muslim.

Sunday, June 14, 2009

Durian & Gagal lagi..





I attended a kenduri yesterday in Jasin, Melaka. It's Hakim's wedding, first son to Kak Besah, Ayah's second cousin. But Ayah was not going due to his 'busy-ness' with his new business in Klang. He promised to pay Kak Besah a visit after they coming back to Bukit Jalil next month.

It's fruit season right now everywhere in Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan Felda tempat Hakim kahwin ni. I was such a greedy hungry woman yesterday, finishing my meal in that quicky style just because I saw somebody (tuan rumah) started peeling the husk of the King of Fruit..emm what else..Durian laa.. The smell really caught my appetite.. Cuma buahnya banyak yang kurang elok, ada yang masam,ada yang tawar..cuma sebiji dua sahaja yang ok.. Rindunya saya dengan durian dusun sendiri waktu arwah ayah saya masih ada.. Rindu saya pada durian tembaga & durian terung yang sememangnya menjadi pujaan jiran sekampung. Sewaktu arwah masih ada, saban tahun kami mengadakan kenduri 'santan durian' atau 'pulut durian' di rumah. Sepanjang ingatan saya, durian dusun kami asyik menjadi setiap tahun, itu tak termasuk lagi buah2 lain.manggis,duku,langsat,rambutan,petai,jering,buah 'ngekey' (tak tahu org sini panggil apa),buah pulasan,macam-macam lagilah.. Orang kampung cukup suka dengan kenduri durian rumah saya, sebab selalunya kami letakkan sahaja beberapa biji durian di tengah2 kain saprah, mereka makan sebanyak mana yang terdaya..Kiranya, dalam istilah jamuan, Eat-All-You-Can lah.. Kini dusun tu dah pun dijual & ermmm,saya masih terkenang itu semua!!

Ohh,sebenarnya bukanlah durian yang nak saya ceritakan. Cerita utama saya adalah mengenai sebuah kegagalan yang sudah seringkali mengendap jurnal bulanan saya. Dalam perjalanan pulang dari Melaka semalam, saya rasa macam tak sedap badan. Pinggang saya rasa sakit, dan bawah abdomen juga. Rasa sakitnya membuatkan saya tertidur dalam kereta, sedangkan amat jarang sekali saya tidur dalam perjalanan. Mungkin kerana penat menahan sakit. Berhenti di R&R Seremban, saya & mak mertua saya turun utk solat, tapi ohhh cik 'P' datang rupanya. Patutlah sakit pinggang bagai nak rak.. Terus tak jadi solat, melilau-lilau mak mertua saya mencari menantunya,kata nak solat tp tak dtg2 ke surau..hehehe.. Rupanya saya dah tercongok dalam kereta, minta Mr.Hubby belikan sebotol air mineral & Panadol Actifast buat 'membunuh sakit' (killing the pain..hehe) ni. Alhamdulillah, selepas saya menjalani pembedahan rahim 2 bulan lepas, flow period saya sungguh lancar. Tak berketul-ketul daging lagi. Betul lah kata doktor, dulu setiap kali period, bukan sahaja darah kotor yang keluar, lapisan dinding endometrium juga terkoyak-koyak & keluar bersama. Itulah antara punca utama dysmenorrhea saya yg dianggap severe juga. Lama sungguh saya 'menderita' period pain, kini syukur segalanya telah pulih semula. Bagai mimpi rasanya.

Itulah yang saya maksudkan dengan 'kegagalan'. Hadirnya Cik 'P' bermakna usaha saya untuk mengandung gagal lagi. Bohong saya katakan jika saya tak rasa sedih, tp sekarang perasaan sedih itu datang seiring dengan perasaan geram untuk mencuba & terus mencuba lagi. Setiap kali itu jugak, saya merasakan masa untuk saya berbadan dua kian hampir tiba. Jika dalam istilah menjual/berbisnes, motto saya adalah 'every NO bring closer to YES. Sama jugalah saya aplikasikan dalam usaha saya nan satu ni.

Saya selalu tersenyum bila mengingatkan kelakarnya saya kerana hampir setiap bulan sebelum period saya pasti buat Urine Pregnancy Test di rumah. Orang lain mungkin tunggu bila period delay kan, tapi saya tidak.. Untuk apa ntah saya buat begitu. Mungkin saya tak pernah putus asa, saya sentiasa berharap. Saya tak pernah katakan, "ahh,bulan ni malas nak test.." Saya cuba untuk berlagak selamba, orang kata buat derkkk aje, tapi saya sungguh tak sabar untuk melihat menjelmanya 'double line' di test kit device tu.. Bagaimana agaknya ye, jika suatu hari nanti impian saya terkabul?? Saya harap saya tak melompat hingga kena siling sudah lah.. Hahaha. Sampai sekarang, saya tak dapat nak bayangkan 3 perkara ini:

1) Apa rupa saya bila saya nampak hasil test tu positive.
2) Macam mana saya nak bagitau Mr.Hubby, apakah cara yg paling suspen untuk khabarkan berita gembira tu padanya.
3) Bagaimana pula agaknya reaksi Mr.Hubby bila tahu yg dia bakal jadi seorang ayah!!

Ahhhh..sungguh saya tak sabar!

Sekarang izinkan saya menyambung angan-angan saya ni sekejap. Membayangkan semua ini sahaja sudah cukup buatkan saya tersenyum & rasa nak menangis, apatah lagi jika ia benar2 terjadi suatu hari nanti.. Seperti telah saya nyatakan dalam facebook saya, "Akan ku laungkan seantero dunia...."..

Tunggu sahajalah masanya.....

Tuesday, June 9, 2009

Happy 34th Birthday Larling!!!

Taaadaaaa...dah dapat pun dia present harijadinya.. Saya suruh dia pilih, antara 3 idea saya tempohari..rupanya dia pun memilih no.3!! Emmm, kenapa ye?? Rupanya Wheelbarrow tu baru berharga RM95, mesin rumput pula RM200+.. Clarks lah yang paling mahal harganya antara 3 barang tu.. Haiiii, materialistik jugak hubby saya ni ye..
Posted by Picasa
Setelah acara pilih-memilih berlangsung selama hampir setengah jam, akhirnya dia sebenarnya saya,hehe pilih yg ni... Walaupun pada mulanya hati agak terpaut pada design yang lagi satu, kaler raw gold, tapi sebab kasut tu lebih rugged & hanya cantik dipakai dengan jeans sahaja rasa saya lah maka terpaksa lah kami tolak tepi.. Tapi, ia memang nampak trendy as a rugged shoes, while this one is more classy.. 

Saya suka tengok dia bergaya dengan kasut barunya itu!! Memang tepat sekali dengan imej barunya yang saya baru cipta..hahaha..

Happy Birthday my darling hubby!!
I pray for only the good for you in this world & the best at the End!!

I Love You


Tun MM's cafe again....

Posted by Picasa
It was a belated & postponed birthday celebration for Mr.Hubby. Abang treated us at The Loaf Pavillion for an evening tea. The Loaf is yet our all-time favourite spot for a tea-talk-time. Roti Mahathir ni memang sedap lah!! ..and I am not a bakery lover indeed, but The Loaf really makes me to never-say-no.

Heartiest thanks to Abang & Akak.

Sungguh girang katak melompat,
Hingga terjatuh ke dalam perigi,
Moga rezeki makin diperhebat,
Tahun depan belanja lagi...

(tahun depan apa??bukan sebulan 5-6 kali ke kita makan-makan??hehehe)

Breakfast Spot...part one


Posted by Picasa
This place is called Beranang Kopitiam, it's not like the modern & trendy kopitiam like we have nowadays in the cities, but it is more like just a 'kedai kopi cina di hujung kampung'!! And yet, that Beranang Kopitiam is the name that I just given to the shop, because it actually doesn't have any name..haha..

This is one of our favourite breakfast spot. It takes us about 20 mins (plus waiting time at the traffic lights) to reach there from our home. We come here averagely once in a fortnight, but sometimes once a week.. Depends on our 'wake-up-mood', if our tummy says Beranang, then it's beranang.. What an easy life staying in Salak Tinggi..

What is so special about this Kedai Kopi Ah Ping???(the owner's name)
Roti Bakar definitely!! It's Roti Bakar is marvellous, crunchy but soft.. There's 2 types of roti bakar, one is 'Biasa' & another one is 'Original'.. Biasa means the roti is crustless while Original means the crust is still intact..(waaaa hi-tech pulak rasanya explanation ni)

Besides Roti Bakar, another craving is for its Roti Stim (steam).. This is when they steam the roti benggali so it become so soft & fluffy.. Mr.Hubby would prefer roti steam Original than roti bakar when we come here, and I would prefer otherwise.. (difference completes our world right!!)

Another MUST-HAVE menu is a packed Nasi Lemak Ikan Keli,wrapped in banana leaf.. Wallaaaa... heaven! The sambal is quite different than common nasi lemak's sambal. It is just a small pack, usually we eat 2 packs at a time.. Memang sedap! ...and tapau some more to bring back home....hehehe

Ohhhh, next time when I came here again, I'll try to remember to snap a picture of each menu before having it done into our hungry-tummy..hahaha.. Last time,terlupa lah..lapar sangat..

Saturday, June 6, 2009

Doa Rasulullah (1)

Anas melaporkan, "Nabi Muhammad sering membaca doa:

"Ya Allah, aku memohon perlindunganMu daripada perasaan lemah & malas, perasaan takut & usia yang terlalu tua, dan sifat kedekut. Aku memohon, lindungilah aku daripada seksa kubur, dan daripada fitnah kehidupan & ujian mati."

Dalam rekod lain ditambah:

"Juga daripada beban hutang & dikalahkan orang"

{direkodkan oleh Muslim}

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin