Sunday, February 14, 2010

Andai Kumiliki Semalam


Andai kumiliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan kuubah apapun
Kerna aku tahu Engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa
Aku bahagia seadanya

Tangis ini tanda kasihku
Bukan mengeluh luka yang semalam
Kerna Engkau mengasihiku
Tiada sendu lagi di duniaku ini

Aku tak dapat bayangkan
Sengsara yang harus kutanggung
Jika Kau pilih perpisahan
Tanpa punca yang meyakinkan
Aku akan tersasar mencari cintaMu

Andai terhentinya masa
Dan gunung jatuh ke laut
Kau tetap kucinta
Kasih sayangku adalah kekuatan

Untuk menempuh segala
Dugaan yang tak terbayangkan
Oleh insan yang lemah seperti kita
Sekalipun kumiliki esok
Takkan kumenolak ketentuan...

Alhamdulillah...

What else to say?? Syukur Alhamdulillah di atas semua kurniaan & rahmat yg di anugerahkan oleh-Nya yg Maha Penyayang & Maha Pemberi. Walaupun saya terus-terusan membuat dosa, sedar juga tidak, tapi Dia tetap Dia..Memberi tanpa henti, menyayangi tanpa putus..

Alhamdulillah, sale gold saya amat amat menggalakkan. Walaupun masa mula2 saya jadi dealer sebulan yang lalu, terngiang2 kata hati & kata fikir mengatakan, "boleh ke aku buat?" "satu habuk pun aku tak tahu pasal emas, brg kemas pun tak suka, macam mana nak jual?" You know, all those negative thoughts keep on haunting my mind, until the moment I signed the dealership paper, saya masih blur & blank. Jauh juga di sudut hati, saya harap saya boleh buat! Sebab, kalau orang lain boleh, tak ada reason saya tak boleh buat!

Meng'update' status di Facebook tanpa jemu, menjawab kemusykilan orang tanpa henti, explaining sampai kering anak tekak, i tell you what, semuanya berbaloi!! Hehehe.. Satu kepuasan, bila saya dapat educate kawan2 mahupun sesiapa sahaja tentang kebaikan to save in gold, rather than to save in currency. Seronok, bila dapat celikkan mata mereka, bukakan minda mereka. Seronok juga bila hampir semua hujah2 pematah mereka dapat saya patahkan balik. Bukan niat untuk bergaduh ye, tapi sememangnya emas ini punya sebab yang kukuh kenapa kita harus beli, dan ia tidak merugikan.

Anda semua tahu tak cerita pasal emas? Saya dapat cerita ni daripada seorang kawan, tentang mengapa emas disanjung sebegitu rupa??

Dahulu, sewaktu Allah mencampakkan Adam & Hawa ke bumi kerana melanggar larangan Allah memakan buah khuldi, semua makhluk di syurga sedih & hiba atas kejadian itu. Semuanya menangis & terkenangkan Adam & Hawa, kecuali Emas.

Lantas Allah bertanya kepada Emas, "Wahai Emas, kenapa engkau tak bersedih sedangkan semua makhluk ku bersedih?"

Lalu dengan bangganya Emas menjawab, "Wahai Tuhanku, buat apa aku nak sedih, sedangkan yang dimurka bukan aku, yang dihukum adalah Adam & Hawa. Jadi tak ada sebab untuk ku bersedih."

Allah berkata, "Oleh kerana keteguhan pendirian mu itu, Aku memberi jaminan bahawa martabat & nilai engkau akan sentiasa tinggi & dipandang mulia walau di mana engkau berada."

Lalu mungkin kerana itulah, emas mempunyai aura yang tersendiri, dan nilainya sentiasa tinggi & ia menjadi satu sandaran kerana nilainya itu.

Dan mungkin kerana itu jugalah, setiap kali saya memberi peluang orang 'memegang' gold bar 100gram, matanya terpegun & seolah-olah terpaku sampai tak nampak keliling dah..hehehe. Sungguh! Saya tak tipu, ini bukan ayat2 salesman ye..hahaha. Justeru, saya sengaja membuka plastik sekeping goldbar 100gram, untuk orang 'merasa aura' emas yang sememangnya menakjubkan!

Tak caya?? Call lah saya untuk merasainya..dan anda jangan lari bila saya cerita pasal emas ye..hahahaha..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin