Monday, December 6, 2010

Officially this blog has to be closed!!!!!

I was telling Mr.Hubby about my intention to close this blog two days ago..

Wifey : Syg, I rasa nak close hubbyscompanion lah..
Hubby : Apesal pulak?
Wifey : Saje je..sbb I dah tak larat nak update..dari biar tak berupdate, baik I tutup je terus.
Hubby : You tahu tak it's not good to say that? Tutup hubbyscompanion tu maknanya you dah memang tak nak jadi my companion lagi. Sanggup ke you macam tu? Ingat sikit, Allah dengar tu..
Wifey : Emmm..kalau I tutup sementara je boleh? Tak larat lah syg..byk giler blog I nak kena update.Mati idea dah ni...
Hubby : Entahlah Syg..tp I mmg tak suka kalau you tutup. Sampai hati you...

I was like..errr whose blog is it??Kenapa pulak dia nak sampai2 hati pulak? Baca blog aku pun kalau aku suruh je..Tak pernah pun nak stalk2 blog aku ni..

The conversation was continued in the car...

Wifey : Syg..you suka ke blog I tu?
Hubby : I suka title dia..hubbyscompanion tu buatkan I rasa memang sentiasa you dekat dgn I. Tapi kalau you dah tak suka, nak buat camne kan..
Wifey : (sambil menggeletek pinggang Michellin Mr.Hubby)..Ooo suka rupanya. Naper you tak pernah cakap pun kat I?
Hubby : Syg...Ada kalanya tiada kata2 yang dapat gambarkan perasaan cinta I pada you..jadi, kadang2 baik I diamkan saja..

Sudah sudah...Bila Mr.Hubby dah start nak cakap macam dalam citer hindi, itulah time nya aku pause kan conversation itu...hehehe

Moral of the story : Suka rupanya dia kat blog aku nih...hihihihiii

Tapi kan.....

Dah Chenta Hati tak bagi tutup blog ni..saya telah mengambil keputusan untuk "MEREHATKAN" hubbyscompanion sekejap buat sementara waktu, lantaran schedule yang terlampau padat & ada komitmen lain yang tak harus dipandang ringan..

Apa2 pun...Aku Tetap Companion nya!!!!

Salam Maal Hijrah kawan2..I'm gonna miss you!! Take care...


Tuesday, November 23, 2010

Life behind the scene of Ujie & Ullfia: When U&U have a walk in the park...

Life behind the scene of Ujie & Ullfia: When U&U have a walk in the park...: "It was one sunny day when we decided to have a walk so we could have a talk about Ujie & Ullfia - the brand. No!!! It's not just a pl..."

Monday, November 22, 2010

Mari shopping!!!

Jom beramai-ramai serang butik saya...

Awak!!

Ada banyak baju cantik2...saya publish batch by batch tau...so,rajin2 kanlah jari click SALE BLOG saya ni..

Kalau takde yang berkenan di hati hari ni..kot2 esok ada yang melekat..
Takde esok..mungkin minggu depannya pulak..
Siapa tahu..anda bisa jatuh chenta....hehehe

Friday, November 19, 2010

Titisan Airmata Rindu...

Saya ingin kongsi satu perasaan..perasaan yang boleh saya takrifkan sesuatu yang aneh, namun saya percaya rindu ini memang wujud..malah bukan hanya dalam diri saya seorang..ramai lagi saya yakin merasai apa yang saya rasa. Bukan sekali dua, berkali-kali saya merasai perasaan sedemikian..dan bukanlah rindu itu dibuat-buat..saya yakin sangat. Airmata yang jatuh bukanlah sesuatu dalam kawalan saya..mungkin rohani saya yang mengalaminya lalu terzahir pada luaran justeru menitiskan airmata..airmata rindu & syahdu.

Pernah saya terdengar alunan merdu suara Nazrey penyanyi kumpulan Raihan mengalunkan sebuah lagu..Lagu yang ditujukan khas buatnya. Saya yang sedang memandu diwaktu itu, merasa sangat rindu. Walaupun sebenarnya saya sendiri tak pasti adakah itu rindu, sayang atau kesal yang bersarang, namun airmata itu jatuh juga.

Dan, petang tadi, airmata ini gugur lagi. Kali ini teresak-esak saya. Mendengar bacaan Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW, saya sebak tiba-tiba. (dan sewaktu jari ini berlarian di keyboard ini, mata saya kembali bergenang). Apakah mungkin imaginasi saya terlalu tinggi & tercapai arah tujuannya, saya membayangkan saya berada bersama Baginda sewaktu khutbah itu disampaikan. Sungguh Ya Allah, sungguh kasih kekasihMu itu pada umatnya..tiada tara bandingnya cinta & kasih sayang Baginda terhadap umatnya, walaupun Baginda mungkin tahu, kian tamat dunia ini, umatnya ramai yang kian melupakannya. Khutbah Baginda sarat dengan rasa kasih, layaknya seolah kasih seorang bapa yang tahu masa mengadap penciptanya telah hampir tiba.

Wahai Rasulullah, ternyata engkau amat sayangkan kami. Sehingga di saat akhir khutbahmu, engkau masih mengingatkan kami tentang kealpaan kami. Wahai Rasulullah, alangkah indahnya hidup ini, jika zahirnya engkau di sisi. Pasti menatap wajahmu dapat menenangkan hati yang duka, mendengar suaramu hilang lenyaplah sengsara, senyummu umpama cahaya di malam gelap gelita. Wahai Rasulullah, untung sekali sahabat-sahabat mu yang hidup sezaman denganmu..bahkan untung lagi musuh-musuhmu daripada aku yang hanya dapat mendengar cerita tentangmu. Ingin sekali aku menemuimu di alam mimpi, namun siapalah aku.. Mungkin dosa penghalang impianku ini. Justeru Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosaku agar dapat aku layak bertemu kekasihMu walau hanya dalam mimpi.

Wahai Rasulullah, terima kasih atas harta pusaka peninggalanmu. Al-Quran & Sunnah itulah pegangan kami. Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami orang2 yang berpaling daripada kedua mukjizat ini. Sentiasalah Engkau basahkan lidah kami dengan al-Quran, sentiasalah Engkau pandu kami agar kami tetap bersama Sunnah kekasihMu itu.

Wahai Rasulullah, aneh sekali perasaan ini. Namun, aku bersyukur pada Illahi Rabbi, sekelumit rindu ini amat indah sehinggakan aku ingin merasainya saban saat. Semoga rindu ini membawa aku ke jalan kebenaran, menghalang aku dari jalan kebatilan. Wahai Rasulullah, damailah engkau di sana sebagai penghias syurga yang  paling mulia. Telah Allah janjikan padamu suatu tempat yang paling tinggi antara hamba-hambanya, semoga aku bisa menatapmu di alam kekal nanti. Wahai Rasulullah, semoga Allah merahmati mu, keluargamu & sekalian sahabat2 mu yang setia..Aku akan sentiasa berdoa agar dipertemukan jua suatu hari nanti, kerana rindu ini kurasakan semakin sarat sehingga mengingat mu, bergenanglah mataku...


                    ***************************************************

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Saturday, October 23, 2010

Dah pregnant???

Tengok entry title kat atas tu, sure ramai yang cepat2 bukak blog saya ni kan..hehehe.. Jawapan saya masih sama seperti masa2 lalu..belum ada rezeki lagi. So, to whom the title goes? Entry ini specially dedicated to my friend..** u know who u are ** Kalau boleh saya nak announce kuat2 kat sini namanya, tapi saya takut dia bercadang nak rahsiakan dulu from public, so saya respect niat dia tu..sebab saya tak nampak pun dia announce berita baik tu kat FB dia..

To my dear friend..
Alhamdulillah...that was the first word uttered from my lips after reading your message that saying you are now 3 months pregnant! I was in the car at that time, with my darling Mr.Hubby. I read your message loud so that he too could hear it. What is my second reaction?? There were tears in my eyes, my voices seem stuck somewhere..tersekat-sekat. But, one thing for sure..I knew that it was not a sad tears. After reading your message, I was trying to feel what you feel when you first time knew you are positively pregnant. And that is why, the tears present, even though tak sampai menitis ke pipi..tapi cukup untuk buatkan aku pakai sunglasses sebab nak cover line dengan Mr.Hubby yang jugak nampaknya agak terdiam sikit lepas tahu berita tu.

My dear friend,
I was soo happy knowing the news. I did tell Mr.Hubby that I wanted to buy a card for you, then Mr.Hubby said.."facebook kan ada". I said to him, "This is the news that I cannot simply say congrats on the facebook. It is something really special that I feel like telling everybody about it, even though they do not know who my friend is." Tapi, aku minta maaf, aku betul2 takde masa nak gi beli card tu..so I guess, this blog would do just fine for me to express my feeling, to share your happiness.

My dear friend,
It was 8 years!!! 8 painful years of failures over failures..but in just a blink, dengan izinNya yang Maha Penyayang..those 8 sad years now gone with the wind. Tahniah dari aku my friend, dan aku nak ko tahu ini antara sehebat-hebat tahniah pernah aku ucapkan pada orang. Why? because i know how you feel. Aku tak tahulah,maybe aku terover sikit react about this, mengalahkan tuan punya badan (eh takkan kot)..hehe.. Tapi everytime aku teringat kat ko, aku macam nak nangis happy. Seronoknya bila aku imagine, how your beloved hubby react bila dapat tahu ko pregnant kan..and how I wish I could experience the same thing..Ya Allah, percepatkanlah....

My dear friend,
Enough about me telling my feeling.. It's gonna be 6 months ahead for you. 6 months of joy, of pure love, of unconditional bonding, 6 months of nurturing the 'inside of you', 6 months of 'knowing each other'..dalam 6 bulan ni jugak ko akan berkenalan dengan 'dia'...I bet, that's gonna be a miracle feeling, yang susah nak digambarkan dengan perkataan. Untuk sesetengah orang yg senang dpt rezeki tu,maybe it's nothing..but for people like us, bila Allah tahan dulu 8 tahun, then only He grant to you, we will be cherishing each second of it.

Please consider my advises ni...anggap je lah ni nasihat & panduan dari seorang yg byk membaca about pregnancy..hehe.. Dah memang aku tak pernah experience, so taklih lah nak share experience.hehe.
1) Banyakkan membaca al-Quran selama pregnancy ni.
2) Banyakkan makan kurma & badam.
3) Ko try selesaikan problem2 matematik byk2, nanti anak ko pandai.
4) Bila ko nak beri nama, namakanlah dia dgn sebaik-baik pengertian..kerana nama itu doa & bila seorang ibu panggil nama anaknya, doa itulah yang diucapkan ibu sebenarnya.
5) Minum susu kambing especially 2 bulan terakhir, boleh elakkan jaundice atau demam kuning.
6) Jgn byk minum soya, nanti kulit anak ko terlampau sensitif. Kena gigit nyamuk pun berkudis.
7) Bykkan makan fruits & vege. Kalau boleh yg organik lagi elok.
8) Jgn mkn ayam byk sgt, kecuali ayam kampung yg betul2 kampung mali..bukan yg commercially raised.
9) Bykkan baca ayat2 Manzil utk elakkan dari gangguan jin & syaitan.
10) Everytime ko makan, do not ever think that you eat for two. Makan sekadarnya & pilih yang menyihatkan ko & baby.

Wahhh banyaknya...This is just a sharing thoughts for you my friend. To me, mana yang baik,kita ikut. Yang memudaratkan, kita tinggalkan.

Sambil2 tu, ko doa2 kanlah untuk aku pulak bergelar ibu ye.. Inshaallah, my time will arrive soon.. Cuma sekarang belum masanya lagi.. Ada rahmat & hikmat disebaliknya. Aku yakin.

Ok dear, aku doakan ko sentiasa sihat & baby progress sebaiknya nanti. Jaga diri elok2, jaga baby elok2.. Sentiasalah update your pregnancy with me ye..I would more than happy to know..please share..

Till then...

Friday, August 27, 2010

So, what is the end???

Holllllaaaa folks...

Remember THIS POST I posted previously?

Updating that entry..Alhamdulillah there were more than half list went strikethrough..hehe. Ok lah kan... Bulan puasa beb...kudrat teramat kurenggg...

So, the items in RED in that particular entry, means unsettled!!!(as per today)..

Will continue putting extra extra effort to make sure it's done before raya..huhhh...

Tuesday, August 24, 2010

I'm in the mood....again......

Salam Mubarak

Hari ni Mr.Hubby nak gi kerja dahhh
sedih tauuu...
mesti rindu kat dia nanti
dah 11 days dia kat rumah..
off & stand-by yang tak kena call-up
heaven ok
so, as the title of this blog
bila si dia di rumah
ke mana sahaja berdua lah jawabnya
hampir setiap hari kami on the road
melangsaikan kerja yang takkan selesai
jumpa clients
jumpa suppliers
jumpa customers
survey..survey..survey
restaurant hopping untuk berbuka puasa
penat tapi seronok..sebab dgn dia kan..

So, hari ni he'll be off to work for 4 days
eh,ke 3 hari??? tak ingatlah
macam biasa..dari semalam saya dah lembik..
macam small daughter nak kena tinggal
hehehehe
bukan apa..dah terbiasa bersama lama2
terasa tau keseorangan
plus ni bulan puasa pulak...nanti terfikir dia makan apa nak berbuka
tapi kan..
apart from that
bila dia pergi kerja lah saya ada masa untuk diri sendiri
untuk business saya, 
untuk rumah saya,
untuk diri saya..

So,
untuk 3-4 hari ni..
saya dah siapkan list things-to-do yang berjela2
harap2 sempat siapkan semuanya despite of bulan puasa ni kan
.
.
.
.
************************
  1. lipat 3 bakul baju done
  2. kemaskan stok2 BeautyKlique done
  3. masukkan tudung2 dlm plastik done
  4. kemaskan bilik/studio done
  5. iron baju2 Tommy Bahama done
  6. photoshoot baju2 Tommy Bahama done
  7. upload gambar2 Tommy Bahama dalam blog wardrobelelaki
  8. iron baju kerja mr.hubby - 1 pair for daily flight on the 27th. done
  9. beli rak untuk dapur done
  10. beli buffet table utk raya
  11. beli table cloth linen kat Nilai 1-custom made done ;beli kat ikea
  12. kemaskan dapur done
  13. kalau rajin pergi IKEA/kalau malas pergi Alamanda beli vase, pinggang mangkuk, stand vase & bamboo done
  14. panggil uncle samy the gardener utk bersihkan halaman rumah done; set on Sunday
  15. siapkan Facebook Pages utk Ujie&Ullfia
  16. siapkan & submit Business Card design
  17. update Ullfia, my darling partner on the box & wrapping paper design. done
  18. get mr.hubby's pants ready for alteration done
  19. basuh baju,kalau selalu sgt hujan hantar laundry je lah done
  20. ironing few baju
  21. dry clean baju kurung & baju melayu
  22. set-up dining hall done
  23. beli pendant & wall light for dining hall
  24. keluarkan pinggan mangkuk for raya done
  25. beli curtain for dining done
  26. kemaskan bilik2 tidur done
  27. bedsheet changing done
  28. floor sweeping & vacuuming & mopping
*************************
Hahhhhh!!!!
menaip & buat list memang seronok kan
hehehe
tang nak buat tu aduiiiiii
tapi takpe
i give you my words
jika tanpa gangguan & aral yg melintang atau menegak
inshaallah akan diusahakan sedaya yg termampu
so, kita tunggu after 4 days nanti
akan saya updatekan list2 ni
mana yang selesai
mana yang separuh jalan
mana yang tak sentuh langsung
hihihihihi

Cheeky Quotes

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin