Saturday, May 30, 2009

Sayangkan anak........

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua!!

Entry kali ni bukan berniat utk tunjuk pandai,jauh sekali menuding jari kpd sesiapa..ianya sekadar peringatan untuk kita semua yang sentiasa lupa..termasuk aku sendiri yang senantiasa alpa ni.. Dah nama pun manusia, bukan hak kita untuk memegang title 'kesempurnaan' itu..
 Namun kita dikurniakan akal & fikiran, yg boleh kita gunakan untuk menilai kebaikan & keburukan, yang menjadikan kita makhluk Tuhan yg paling tinggi darjatnya. Jika tidak,masakan Iblis terlalu cemburu dengan kejadian kita sehinggakan tidak mahu menurut perintah Allah untuk sujud pada Adam a.s.!

Ramai antara kita yg sudah mengecapi satu peningkatan dalam hidup bila dikurniakan cahayamata..peningkatan daripada orang biasa kepada taraf ibu & bapa. Aku pula masih ternanti-nanti saat itu, dan aku pasti suatu hari akan merasa juga sedemikian. Umumnya, setiap ibu & bapa begitu menyayangi anak-anak mereka..Sewaktu kecil, kata orang,bila nyamuk menyerang si kecil,dikejarnya & dilanyak2 hingga mati.Begitulah haramnya darah si kecil untuk nyamuk seekor!! Diberinya si kecil hanya yang terbaik,susu yang terbaik untuk pembangunan fizikal & mental,kalau boleh biarlah si anak menjadi cerdik pandai hingga boleh mentadbir dunia!! Diberikan pendidikan yang sempurna, duniawi & ukhrawi, supaya anak menjadi insan yang paling syumul,kebanggaan seluruh keluarga!Tapi kadang-kadang kita terlupa untuk 'sentiasa' memilih yang terbaik buatnya..Kita pilih hanya yang menyenangkan kita..

FAST FOOD! Atau kata lainnya, makanan segera. Banyak sangat fast food sekarang berada di pasaran, samada yang sedia di makan ataupun yg sedia dimasak di rumah. Dua-duanya S.E.G.E.R.A.. Dan lazimnya fast food ni memang sedap! Ibarat tagline Maggi yang aku kenali sedari kecil, "Cepat dimasak,sedap dimakan".. Masih terngiang-ngiang lagi lagu itu di telinga.. Si anak pun merengek minta dibelikan Maggi, sebenarnya tak payah pergi beli, hampir semua rumah ada menyimpan stok. Kalau bukan untuk sebulan,paling tidak seminggu!!

Fast Food yang menjadi maksud utama aku di sini ialah KFC & McDonalds. Dua jenama ini sudah sebegitu sebati dengan kita semua, tua muda besar kecil..seolah-olah kita hidup membesar bersama KFC & McDonalds.

"I'm loving it!"

"Sedap hingga menjilat jari"

Aku tak tahu samada orang masih tak tahu keburukan fastfood yang dua ni, ataupun TAHU TAPI TAK SEDAR, ataupun pura-pura tak tahu,ataupun .... ahhhh, fikirkan pasal apa orang lain tahu memang tak berkesudahan kan.. Namun, andai ada yang masih belum tahu, ingin aku kongsi apa yang aku tahu dan telah membuatkan aku sedar..

Pertama:
Ada kajian dibuat tentang French Fries atau kentang goreng. Menggunakan dua balang yang bertutup, satu diletakkan jejari kentang asli yang digoreng & satu bekas lagi dimasukkan French Fries McD. Bekas tu dibiarkan selama 2 minggu & hasil kajian menunjukkan, selepas tempoh tersebut, jejari kentang asli sudah sudah hancur & terurai sepenuhnya (terurai pada hari ke-3 atau ke-4 sebenarnya) sedangkan French Fries McD masih elok seperti hari pertama! Lengkap fizikalnya, tak terubah langsung. Betapa banyaknya preservatives dalam sebatang kentang McD!! Begitulah juga bila ia masuk dalam perut kita, ambil masa yang sangat lama untuk dihadamkan. Kentang tu juga telah disalut dengan gula & garam & boleh menyebabkan darah tinggi & sakit jantung jika pengambilannya tidak terkawal..Dan biasanya, French Fries ni lah yg menjadi rebutan kanak-kanak kan..

Kedua:
Ada seorang kawan kepada Mr.Hubby cerita kat kitorang, mak dia selalu buat Mash Potato dulu-dulu waktu depa kecik. Mak dia Minah Saleh, dan Mash Potato adalah makanan ruji depa di rumah. dan dia cukup suka dengan Mash Potato atau Kentang Lecek mak dia buat, sehinggalah dia rasa cukup 'dewasa' untuk menolak kentang lecek tu lagi. Seringkali bila ada kentang lecek kat rumah dia, pasti hari tu juga ada Ayam Rangup berperisa seperti ayam KFC. Rupanya, setelah ayam-ayam tu di 'deep fry' di dalam minyak, semua lemak-lemak ayam akan termendap di dasar periuk. Setelah habis menggoreng, lemak2 tu la yang digunakan untuk jadikan 'gravy' mash potato tu..Patutlah sedap!! Dan mak dia kata, ini resepi asal Mash Potato KFC.. Nahh, kentang yang sepatutnya healthy dah tercemar dengan lemak2 ayam termendap!
Tak payahlah nk diceritakan lagi tentang buruknya lemak binatang kan..

Ketiga:
Ayam-ayam KFC & McD. Segar ke ayam-ayam tu?? Bila branch dah banyak, mampukah depa nak serve ayam kampung? Dah tentu ayam cucuk! A friend of mine, penternak ayam yang supply pada fast food restaurant katanya, ayam-ayam McD & KFC biologically baru berumur 2 minggu! Tapi dah disuntik Growth Hormone sehingga menjadi gemuk gedempol untuk disembelih pada usia tu. Dan bila kita turut sekali makan Growth Hormone tu secara tak langsung, kita terdedah kpd risiko penyakit2 seperti cancer, heart problem, pembesaran tanpa matang dan sebagainya. Dan, ada juga kajian mengatakan kerana hormon2 inilah menyebabkan sekarang lahirnya ramai insan-insan 'lembut' yg kita katakan secara semulajadi, tapi mungkin mak dia dah makan McD sejak dia dalam kandungan lagi! Nauzubillah..

Keempat:
Pernah tengok clip YouTube "SUPERSIZE ME?" Ia satu video dokumentari yg sangat bagus arahan Morgan Spurlock. Spurlock's film follows a 30-day time period during which he limits himself to only eat McD's food. The film documents this lifestyle's drastic effects on Spurlock's physical and psychological well-being, and explores the fast food industry's corporate influence, including how in encourages poor nutrition for its own profit. During the filming, Spurlock dined at McD's restaurants three times a day, sampling every item on the chain's menu at least once. He also "super-sized" his meal every time he was asked. Spurlock consume an average of 20.92 megajoules or 5,000 cal (the equivalent of 9.26 Big Macs) per day during the experiment. As a result, the then-32-year-old Spurlock gained 11.1 kg, a 13% body mass increase, and experienced MOOD SWINGS, SEXUAL DYSFUNCTION & LIVER DAMAGE. It took Spurlock fourteen months to lose the weight he gained! (wikipedia)

Terus-terang aku admit, after tengok video ni lah, Alhamdulillah aku dah stop makan all those fast food, drastically. Sekarang dah masuk 2 tahun aku stop makan & tak pernah terliur walau sedikit pun! Being a normal human, aku doa agar tekad aku ni berkekalan. Tak rugi apa2 pun aku rasa.

Jadi, tepuk dada tanyalah akal, jangan tanya selera. Nanti selera jawab "nak", terpaksa ikut pulak. Kalau badan Spurlock yang umur 32 tu pun tak boleh tahan dengan effect fast food tu, bayangkan apa yang akan terjadi pada badan anak-anak kita yang baru berumur 3-4 tahun tu. Badan mereka tu tak kuat nak combats all those harmful ingredients in the McD & KFC food. So,kalau sayangkan mereka, stop poisoning them!! Give them the better chance to live, bukan hidup dalam penuh penyakit di hari tua nanti kalaupun bukan sekarang. And stop giving them all those carbonated drinks which can definitely cause diabetes in young children. 

Feed them with good & only the best food we can, for that will bring them a healthier life and a healthier mind. Jangan rencatkan pertumbuhan akal anak-anak kita. Biarlah kita bersusah-payah menyediakan makanan di rumah untuk mereka sekarang ini, daripada kita bersusah-payah risaukan kesihatan mereka nanti. Lagipun, banyak pahala seorang ibu bila memasak makanan untuk keluarganya & itu kan boleh merapatkan hubungan ibu & anak. Sesungguhnya air tangan ibu itulah yang paling sedap!! Percayalah......




Friday, May 29, 2009

Nak Zzzz awal malam ni..

Masa untuk soya!!!

Sekarang aku amalkan minum soya drink sebelum tidur.. Soya sangat bagus untuk tidur yang nyenyak & memperbaharui sel-sel kulit sewaktu kita tidur. Dan untuk aku, pastinya hanya yang organik. Aku sebolehnya elak daripada minum susu soya kotak atau mana-mana yang ada di pasaran kerana kebanyakkannya adalah GMO;Genetically Modified Organism.

Saper nak tahu pasal GMO & ingin sedar how bad it is to our health, please click HERE.

Selamat Tidur semua!!! Semoga mimpi aku & kalian juga indah-indah malam ni. Semoga pagi esok menjanjikan lebih keceriaan & kebahagiaan buat kita semua.

***Jangan lupa cuci muka,gosok gigi dulu ye! Isya' dah??***


Selamatkan Mustaqim ya Tuhan..

Kak Alice phoned yesterday morning, telling us about the accident happened to his brother, Mustaqim. Knowing the news was a shock to us, but knowing the details of the accident bring much much more curiosity. And if I heard this from other person, I might have a lil bit of doubt. But, this is the truth, this is what really happened to Mustaqim.

He was on his way back to Kuantan after visiting his fiancee in KL. It was 9.30 at night when he passed Bentong area and he drove a Proton Wira. When he arrived somewhere in Bentong, he noticed a 'person' sitting at the back seat, and he saw the man is wearing a tengkolok..Where the hell the man is from, wearing such old-timer's attire, in the middle of the night, and in this so-called cyber era.. Mana ada org pakai tengkolok lagi.. And one more, how is suddenly the man came inside his car?? Jawabnya, dah tentu bukan manusia biasa. There was very unpleasant smell inside his car, macam bau longkang busuk! The Man keep on playing his briefcase's zipper..Bukak tutup bukak tutup..

He was so sleepy so he stopped somewhere after Bentong Toll, but not long after that, the Man wake him up.."Bangun bangun, ko kan dah lambat ni.." Hypnotized, he just wake up & pursue the journey, with that Man still in the car, playing this & that at the backseat. He kept on baca ayat kursi, and suddenly that Man vanished.. Mustaqim, without wasting any time, called Kak Alice, telling everything that happened that night. Kak Alice advised him to stop by the Temerloh R&R and perform the solat, ambik wudhu' before continue driving to Kuantan. So,as soon as reaching the R&R, he went out from the car,going to Surau. After solat & baca quran sikit, dia pun nak sambung journey tu. Ingatkan lelaki tu dah takde, tp dari surau tu jugak,dia nampak, that Man went inside out the car macam halimunan.. Berkali-kali. He called Kak Alice again, and Kak Alice asked him to make sure that thing is totally gone,then only he should resume his drive. 

(That was the last call Kak Alice received that night, and she was expecting another call when Mustaqim arrived in Kuantan)

Until 2 o'clock in the morning, a hospital called his father, telling him about the accident, and Abah & kakak dia rushing to Hospital Tengku Ampuan Afzan. According to the police, the saw him lying in the shallow drain near the road, and the car was found about 100 metres from him!! Looking at the car, there was no massive damage, takde kemek2,and the road divider pun takde dented, tapi Mustaqim tercampak keluar through cermin depan sejauh 100 meter! Jauhnya... Polis pun masih hairan, how could that happened. Kalau kereta tu teruk ke, or kena divider ke, it makes more sense.. So, kami tak tolak kemungkinan, ni semua angkara lembaga tengkolok tu.. There is possibility! Because Kak Alice knew it before the accident happened!

Mustaqim is now in ICU at the Hospital Tengku Ampuan Afzan, in his critical state battling with the injuries. Cedera banyak di kepala. Internal bleeding, the forehead skull dah retak. Doctors are working hard to make him stable, so that the operation could be done. Kesian aku tengok family dia, especially Abah dia..nangis je. Hati orang tua yg sayangkan anak melebihi segalanya.. Apatah lagi semua ni terjadi dalam sekelip mata. 

Aku doakan semoga Allah selamatkan Mustaqim, semoga bebab sakit yg dia tanggung diringankan-Nya. Semoga Abah & keluarganya menerima berita gembira setiap kali doktor memberitahu perkembangan Mustaqim kepada mereka. "Ya Allah, selamatkan dia. Berilah peluang kepadanya untuk mengecapi hidup yg Engkau kurniakan ini dengan lebih panjang, supaya dia punya peluang utk berbakti kpd Abahnya, supaya dia lebih mengecap kebahagiaan di dunia ini sebagai titian utk ke akhirat yg lebih kekal abadi. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui & Maha Penyanyang."

Wednesday, May 27, 2009

Metrojaya Warehouse Sale

Hairan jugak,kenapa ramai yang tak tahu pasal Sale ni..Walhal,dah tentu Metrojaya sepatutnya meng'sms' kesemua ahlinya. Takkan pula buat sale tapi nak sorok2. Apa-apapun,aku dah dapat sms..dan mengikut kata arwah ayah aku, bila orang dah invite,kita kena berusaha jugak menghadirinya..Hehehe. Pandai aku mengaplikasikan nasihat arwah ye!!

Sudahnya aku sampai kat gudang tu,memang tak ramai orang. Mungkin hari ni hari bekerja, jadi ramai yg tak sempat ambil peluang ke sini. Atau pun,memang orang tak tahu! Aku masuk ke gudang dgn harapan, balik nanti aku nak kendong beg plastik besar2,penuh dgn baju baru..tapi rupanya indah khabar dari rupa! Yang dikatakan 'household item' tu hanyalah beberapa helai alas kaki & tuala, 'apparel' pulak cuma t-shirt bersaiz terlampau kecik & terlampau besar.. Adalah cuma beberapa helai je yg bersaiz 'normal' ataupun 'standard'.. Dengan erti kata lain, ini adalah Reject Shop Clearance sale, bukan metrojaya secara keseluruhannya. Walaupun Reject Shop memang di bawah 'taklukan' Metrojaya, tetapi bagi aku, Reject Shop sekarang sungguh berbeza dari dahulu! Dulu, sewaktu aku masih belajar, Reject Shop lah tempat aku shopping, shopping ala-ala student, beli 2-3 helai pun dah rasa shopping sakan, semuanya kerana harga di Reject Shop memang kami mampu.. Sekarang, barang di Reject Shop kadang2 lebih mahal harganya berbanding kedai2 lain dalam shopping mall! Dan, sedihnya, barangnya semakin kurang berkualiti, kecuali pakaian2 yang di import dari luar negara, tapi itupun semua bersaiz besar..hanya kerana harga borongnya lebih murah..

Tak mahu pulang bertangan kosong, aku beli juga sehelai kemeja linen, rm17 & 2 helai boxer; rm3 sehelai..itu aje yg berbaloi utk aku rasanya. Tapi, sekali aku jengah ke shopper's bag Mr.Hubby; tu dia aihhh!!! T-shirt 5 helai, Jeans 1 helai, Seluar Dalam seluar dalam pun beli??? 4 helai, Bermuda 1 helai, Tuala 3 helai, T-shirt Mak 4 helai, Kemeja Mak 1 helai...huyyyyyyoooooo!!!! Ni saper yg craving nak bershopping ni?? Huhh,asalkan bahagia la bang aji oiiiii...

Aku tgh geram tengok Mr.Hubby duk menerai baju2 yg dia beli tadi satu per satu..

Sunday, May 24, 2009

Bila bunga betik jadi hiasan..

I never knew that bunga betik could be as beautiful as this! 

I picked this bunga betik while accompanying Mr.Hubby mowing the lawn behind our house yesterday.. Hanya pokok betik jantan yang berbunga, dan kebiasaannya pokok betik jantan tak akan berbuah! Selalunya aku ambik pucuk betik tu utk dijadikan ulam..Pahit!!!!!

And, when I put the flowers in a vase, errr I mean a jar, it looks really charming. Unique & beautiful in its own class..

Posted by Picasa
 Tapi, macam kaki ketam pun ada!! Hehehe..

Friday, May 22, 2009

Tempat Tido..

Posted by Picasa

Tengokla tempat tido anak buah aku..dalam banyak2 tempat,bawah meja jugak yg dia pilih.. Dia selalunya tgk TV sambil baring dari bawah meja ni, bila ngantuk terus tertido kat situ.. Dia pulak jenis yg selalu sleep-walking & mengigau2,so mama dia kena watch-out betul2 kot2 dia terbangun terhantuk pulak kat meja tu.. Cute kan!!

Ni lah Hazree Haizat, anak buah aku yg ke ..... ntahlah tak ingat,sebab aku ada 28 org anak buah dah.. Haizat atau aku panggil Adik, dia anak bongsu kakak aku yg stay kat Jln Duta tu.. Baru darjah 4.. Sebut pasal Darjah 4, ari tu aku balik kampung..jumpa anak buah aku yg sorang lagi ni, girl, Puteri Nur Anisa kitorang panggil Baby N atau lebih manja Ebby N.. Rasanya dah lebih 6 bulan tak jumpa dia,last jumpa dia still main kejar2 dgn Haizat , depa kan sebaya, tapi ari tu aku nampak dia dah besar..dah besar la.. Rupa2nya dia dah 'cukup umur' lerrrrrr..at her age of 10 years old!!! Ohhhh, sama dgn Chujie dia rupanya...hehehe.. how sweet..

Thursday, May 21, 2009

Inilah Terung ku..

Baru pukul 9.50pm, takkan dah nak tido kot.. I've just updated my facebook, add some more pictures to make my day more alive. I snapped a few pics of myself yesterday, as I noticed I was wearing greens, and the wall at my living area is also green, and the view from my lanai is also very much greens.. The song line of Zainal Abidin's; HIJAU, wooshed in my mind.. When people ask me about the colour I adore most, I always say "i don't have any particular colour of me"..but looking in my closet, I guess GREEN really plays an important role in my life.. Tadi pegi Ariani pun hampir2 aku nak pilih tudung kaler ijau jugak..ish ish..nasib baik cepat2 tersedar. It was like an unconscious action when I choose anything and it turns out to be; Green..
We went to Pusat Rawatan Al-Jawad this afternoon for the bekam session..Not me lah, Sayang & Abang had it done. It was their first time. Abang was quite ok, to him the pain was bearable. It becomes funny when it comes to Sayang, manja lah dia ni.. Doctor belum cucuk jarum lagi dia dah pegang katil kuat-kuat..Hehehe.. Kelakar tengok dia dah macam batang kayu tahan sakit actually taklah sakit sangat,cuma pedih je kena cupping tu.. Aku ada ambik gambar, tapi mlm ni macam tak larat dah nak transfer.. While I'm writing this, dia dah tertido dah..kroh krohh kepenatan kot.. Ye lah, petang tadi vampire baru lepas ambik darah..hehehe.. Sian pulak tengok. Tapi kalau aku tak paksa dia buat bekam tu, sampai bila-bila pun dia tak buat. Laki aku ni takut jarum.. What I did is for his own good jugak.. Berbekam tu kan sunnah Rasulullah, the best way to detoxify your body..
Haaaa..ni aku nak tunjuk korang pokok sayur aku.. Actually dah banyak kali berbuah, sawi dah habis aku tuai, kangkung pun dah berkali-kali masuk perut aku.. tapi nak buat camne, time tu aku takde camera. So kali ni aku tunjuk terung ni, ni yang dah kali ke-4 kalo tak silap aku. Please ignore rupa bentuk tanah tanaman tu sebab ari tu tinggal rumah lama, tempat aku ni subur..2-3 hari tak dibersihkan,penuhlah rumputnya.. Pokok sayur aku memang nampak tak segar macam kebanyakkan ladang, sebab ia sepenuhnya ORGANIK..tanpa racun, baja pun organik.. Siput babi banyak, semut pun banyak.. Terpaksa guna kaedah menghalau cara organik jugak. Tapi rasa sayur2 organik ni memang sedap, manis, rangup & healthy.. 
Alamak, Mr.Hubby dah bangun..nak kopi pulak..TBC ye..

Posted by Picasa

Wednesday, May 20, 2009

Dunia dah maju..Zaman dah berubah..!!!

I have read once. Among the signs of the End Day is when the World becomes smaller,the distance becomes shorter,the far becomes nearer. Long ago,I thought when it says the World becomes smaller means the size that matters, means the world is shrinking thus the distance from a point to another point will automatically shorter. 
Living in this era, the cyber era makes me realized that it is not actually what it meant. Al-Quran & Sunnah are true for the past, present & future and Allah Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib. With telecommunications applications, ones could connect with another in thousands kilometers distance with just a click of a button. With airlines technology, ones could reach a thousand miles places in just overnight! Even nowadays, more and more people are reaching the Moon!!
And this is Ayah Chik..Doing akad to a groom in Dungun while his wedded wife was video-conferencing from UK. Isn't it sweet?? It was 4.30pm local time & the wife has to wake-up at 3 am UK time for their ceremony with full wedding attire, and just sit in front of the video cam..
Notice the PC right next to the Ayah Chik & the husband..

Ayah Chik was seeking agreement from the bride to be wedded to the man she loves!


Yang pasti, Ayah Chik dah glamer seantero Malaya!!!


Tuesday, May 19, 2009

Cooking Therapy after pantang..

9hb Mei lepas Abang Ju ada dtg KL,on the way back from fetching Kak Long (his first daughter) from UiTM Bota kat Perak..Kak Long & Angah tak pernah datang lagi ke rumah Chujie dia ni,so tu yang Abang Ju bawak diorg datang kenal-kenal..(ek eleh,abang aku tu tak nak ngaku,sebenornya dia memang rindu kat aku..nak bawak anak konon..).

Pagi-pagi lagi aku ke pasar. Fridge aku dah kosongkan awal-awal because nak balik kampung seminggu,mak & ayah pun nak ke Kemuning rumah kak ani.. Terpaksalah aku beli balik ikan,ayam,sayur segala macam untuk masak ari ni..

Abang Ju kata dia sampai dalam pukul 11 pagi, kakak pun ikut sekali sebab abang pie off..Syoknye,aku memang suka family datang ramai-ramai ni, paling best time makan.. Sure thing, aku mesti takde selera nak makan sebab dah penat masak & tengok diorang menjamu selera je pun dah buat aku kenyang...


Amboi-amboi,seronoknye depa ni..Datang-datang je lauk sumer dah siap.. Taknak jauh dah dari meja makan..Hehehe

Jom, arrange kan lauk..Den nak ambik gambar dulu before korang ngap.. Yang bestnya, aku yang nak ambik gambar untuk di'blog'kan, tapi kakak, kak wan, along sumer pun snap jugak..Eh,korang ada blog gak ke??? kui kui kui..

Inilah lauk-pauk yang aku masak sendiri.. Lucky ada mak mertua aku,lih jugak tolong potong-potong,siang-siang sikit..Semua ni aku masak dalam masa 2 jam..

Different angle..Dulu aku suka hidang lauk dlm satu set pinggang mangkuk, alahhh macam kat hotel tu..Tapi sekarang aku lagi suka guma pinggang & mangkuk campur2 design cenggini,sebab boleh mengingatkan aku dengan suasana makan kat kampung.. Ye lah,kat kampung kita mana ada guna set-set pinggan ni..melampau betul aku ni kan.. Nak set set plak.. Sekarang ni kalo ada pinggan tembikar aku lagi suka.. (eh, rasa-rasanya ada pinggan2 lama dalam almari rumah Mommy..lih aku bodek2 balik Dungun nanti..)

Lauk ni namanya Ayam Masak Asam Jawa.. Aku dah boring makan ayam masak merah,rasanya tekak dah takleh terima lauk-lauk bandar ni.. Budak-budak memang suka lauk ayam ni..Tak caye cuba korang try masak kat anak masing-masing.. Cara2nya: (1) Goreng ayam dgn garam & kunyit. Put aside. (2) Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih & cili merah yang dimayang2 nipis. Tambah serbuk kunyit sikit. (3) Masukkan ayam goreng tadi. (4) Tambah kicap sikit & garam, kalau kurang masin. (5) Dah kacau rata, masukkan air asam jawa dalam setengah cawan.

Lauk ni pulak nama Sotong Kunyit Asam. Cara-caranya: (1) Gaul sotong dgn garam & kunyit. (2) Panaskan minyak. Tumis bawang merah,bawang putih & cili merah/hijau yang dimayang. (3) Bila dah agak garing, masukkan sotong. (4) Goreng sampai sotong tu masak. Rasa dia punye garam. (5) Masukkan air asam jawa. Biar sekejap, angkat. Siap.

My favourite: Goreng Peria Katak (ish ish nama dia tak syok betul). Aku pun tak tau naper orang panggil peria katak, maybe sebab badan peria tu menggerutu sangat kot. Ni peria yang kecik2 tu ye, bukan peria besar tu..Yang ni lagi pahit, lagi ummmphhh!! Cara-caranya: (1) Belah peria, potong nipis2. Renda dalam air garam dlm 20 minit untuk kurangkan sikit kepahitan peria ni. (2) Tumis bawang putih & bawang merah & udang kering. (3) Masukkan sos tiram sikit, garam. (4) Masukkan peria. Goreng sampai agak-agak lembut. Jangan terlampau lembut, rosak plak texture & nutrition peria tu nanti.

Ikan Kurau Kering Masak Sambal. Yang ni pun jadi rebutan that day.. Kadang-kadang aku dah boring goreng ikan kering plain gitu, so aku buat sambal. Caranya senang je. (1) Goreng ikan kering dulu,ketepikan. Tumis bawang besar mayang sambal golden. (2) Masukkan beberapa sudu (depends byk mana nak buat sambalnya) cili kisar. (3) Biar sampai cili masak, sesekali tambah air sikit. (4) Masukkan air asam jawa & sedikit belacan. (5) Masukkan sedikit gula. (6) Masukkan garam & ikan kering yang sudah digoreng tadi. Korang rasa lah sambal tu, kurangmanis tambah gula, kurang masam tambah asam jawa..sampai tekak korang setuju..

Kangkung Goreng Belacan.. Alahai, takyah resepi lah ye.. Senang sangat kan.. Tapi sebab yang lain2 tu aku kasi resepinya, kesian pulak kangkung ni.. Karang takde orang kenal dia pulak. So, (1) Tumbuk bawang merah,bawang putih,belacan, cili merah,cili padi. Jangan terlampau lumat, nanti tak sedap. (2) Tumbuk udang kering. (3) Lepas tu goreng aje la kangkung tu,jangan sesekali tambah atau masukkan air bila menggoreng sayur, sebab air sayur tu sendiri akan keluar.. (4) Tambah2 lah garam kalau kurang masin. Tapi sebab dah taruk udang kering tu, dah masin pun.

Gulai ni sepatutnya menjadi Gulai Telur cara mak aku.. Tapi lepas aku dah sediakan ramuan2 nya, tang nak pecahkan telur dalam mangkuk before nak masuk periuk, telur semuanya pecah. Which means, tak jadi lah aku nak buat Gulai Telur tu. Sebab telur mesti sebiji-sebiji, kalau tak gulai tu jadi macam serawa, berketul-ketul dan berbuih-buih pulak. Jadi aku dengan sepantas kilat seperti gaban, dalam masa 0.00000001 saat terus convert gulai telur menjadi gulai udang, cara aku sendiri.. Cara-caranya: (1) Masukkan santan dlm periuk. (2) Tumbuk bawang merah dan bawang putih dan kunyit. Masukkan dlm santan. (3) Masukkan hirisan lengkuas & asam keping, serai yang dititik. Kalau gulai telur tak yah lah serai tu. (4) Masukkan 2 sudu cili lisar. (5) Pastu masaklah gulai tu sambil kacau-kacau,don't stop stirring nanti berketul2 plak. (6) Bila agak nak menggelegak, masukkan udang. Kacau lagi. Tambah garam subjected to your judgement.

Ikan Tongkol Goreng. Gaul je ikan tongkol tu dengan garam,kunyit & serbuk cili. Goreng.

Sampailah time makan. Tambah jangan tak tambah. Licin lauk hari tu..Ermmm,puas hati eden..

Selamat Mencuba!!

Friday, May 8, 2009

Few things to share..

2 days back,we went to Bagan Lalang for an unplanned 1-night holiday. Those who have viewed my Facebook album, know what it is all about..giler malas nak citer balik.. Nothing is special, it's all about holiday: sleep, rest,eat & then came back to routine.. But I have an issue to raise here. I have came across the same situation few times before, and I think it is time for me to say it out. ada perubahan ke jie kalo ko cakap tu??ko bukannya chairman PBB ke.. No, at least it makes me to think, and hopefully it will make others to think about it as well. It's about a stall owner, where we had our breakfast the other day at Bagan Lalang. I hate, or more polite way I could say, I don't like people who are very ungenerously giving smiles to others around her. Yeah, I tried to understand them by saying maybe they are born like that..but we learn from each other everyday thus we should mirror the good things happen around us. Of all, bukan ke senyum tu satu sedekah?? Plus, you are the owner of the stall who supposed to attract your customers and make them feel good, if not for their day long at least at the time they are having meals at your place. Ini tak, tanya nak makan apa macam nak ajak gaduh..Jauh sekali nak bertanya khabar, tanya datang dari mana.. bukan kah lebih manis begitu?? Kita ni kan berbudaya Melayu, penuh dengan adab sopan, tata tertib..takkan itu pun nak diajar?? Kita semua sudah berbulu, kata orang...**sigh**
***************************
Ariani is open now in Bandar Baru Bangi!! And I haven't got any chance yet to pay them a visit..hehehe.. Entahlah, Mr.Hubby lately macam susah sgt nak bagi permission untuk aku perabihkan duit. Eh eh, bukan duit dia pun, dah dia bagi kat aku, duit aku lah kan.. Balik-balik,duk sibukkan yang tudung aku dah berlambak. Tak far-sighted betul la laki aku ni. Tgk lah ke depan..ada banyak lagi kaler yg aku takde..hahahaha.. Ingatkan nak pi tadi, tapi tu pun dia reluctant sgt nak bagi. Isteri solehah lah katakan, when he says NO means NO to me.. Kalo dah lembik tengkuk macam mana pun tak bagi, adalah reason nya tu.. Aku bukan nak beli banyak pun, cuma treingin nak cari yang kaler black+silver awning yang pernah aku tgk tokey Munawarrah pakai kat dalam website dia..Ishh, cantik pakai dengan white plain shirt and black pants.. Craving!!!
****************************
Haaa..akhirnya!!! Insyaallah, ahad ni balik juga aku ke Terengganu. Last we went back was for Aidilfitri last year lah tu.. That was how many months ago??? Uhmmmm baru korang tahu penangannya jadik seorang AKU..tak pernah merengek nak balik kampung walaupun dah berbulan2 tak jenguk tanahair tercentaaa.. Kalo ikutkan taraf aku ni yang memang dah sebumbung dengan keluarga mertua, logiknya aku lih demand nak balik once a month kan.. Tapi sekali lagi nak buat camne, isteri yg solehah..hikhikhik.. Ahad ni, Kak Shila & Abang (darling negber) will be joining us. Dah lama diorg teringin nak ikut aku balik kampung. Nak cuba macam2 food Terengganu yang selalu aku bercerita sambil mengeluarkan sound effect yg pelbagai sehingga diorg pun takleh imagine keenakkan & kelazatan makanan2 Terengganu ni..Hahahaha.. Kak Shila will be there for about 4 nights, so I've got to list down our itinerary for the trip..Where to breakfast, lunch, evening tea, dinner.. What to buy.. Where to shop.. All included lah.. Depa siap nak bawak Coleman Box nak beli ikan satu tong bawak balik sini.. Mr.Hubby & Abang dah syok nak bawak balik bicycle, nak cycle from Dungun to Kuala Terengganu.. Aiiyyyyyaaa, not advisable lah..Biasalah aku, cepat risau.. Wahhh, after this kena continue balik list FOOD-TO-EAT..
*****************************
Last 2 days, my Big Bro sms me telling one sad story about our cousin; Kak Jan. She was diagnosed with Breast Cancer a week ago and will be undergoing a surgery this coming Monday. Khabarnya, dah berakar2 dah kat dalam tu. Me, feeling sad, really sad. She never complained any pain before, and only last week she found a lump, a 2cm-sized lump in her breast. When she went to doctor, it's already there! She is a cousin from my mother's side, and she's the number one diagnosed with cancer in the family.. Now, I got both sides, Mommy's & arwah Bak's, with cancer. 
Ya Allah..selamatkan Kak Jan. Berilah peluang padanya untuk mengecap kebahagiaan bersama anak-anaknya. Berilah peluang dia melihat anak2 nya membesar. Kau ringankanlah bebanan penyakitnya Ya Allah, kuatkanlah semangatnya menghadapi dugaan-Mu yang satu ini. Dekatkanlah dia dengan diri-Mu. Sembuhkan dia wahai Allah, sesungguhnya aku berpegang pada hanya tali-Mu, aku memohon perlindungan hanya pada-Mu.. Hanya Engkau yang mempunyai kuasa dengan berkata "kun" maka terjadilah segala kehendak-Mu. Maka, aku percaya pada kekuasaan & ilmu ghaib yang Kau miliki. Sembuhkan dia wahai rabbi walaupun di saat ini semuanya memiliki harapan yang sangat tipis. Tetapi tidak jika aku bersandar pada harapan dengan-Mu..Engkaulah yang maha pengasih, lagi maha mengetahui..amiinn..

Our lunch today...

Ari ni aku rasa cam nk citer2 pasal menu & resepi pulak..Dah lama rasanya tak share resepi dgn u'olls kan..since camera hp aku bertukar dari superb ke hampeh. Agaknya byk kali sgt kot kena asap bila aku mabik gambor lauk dlm kuali..hehe.. Sekrg dah ada camera cinonet ni,senanglah skit eden menyenep root word nye 'snap' apa2 gambor lauk eden ye puan-puan..

Breakfast today cuma yang ringan2,so we had lunch earlier lah.. Memang everyday aku masak awal..pukul 11 pagi selalunya dah siap dah..Depends pada quality & quantity lauk jugak lah..hehehe.. Macam ari ni, aku masak simple, lauk kampung je.. 10.30 dah siap, pukul 11 pg kitorg dah start membaham..


Mengikut anti-clockwise : do I tell you that we will get maximum advantage (health aspect) when we do things, be it anything anti-clockwise rather than in clockwise direction?
  1. Ikan goreng
  2. Sayur petola dgn ikan tamban kering dicampur lada hitam tumbuk
  3. Ikan kurau masin masak kicap & asam jawa
  4. Telur dadar
  5. Sambal belacan dgn mangga


Ini gambar 'dekat-atas' close-up lerr Sambal Ikan Kering tu..

Meh aku citer camne nk buat lauk ni yg aku rasa paling sonang dlm dunia tp rasanya mmg membuka selera.. Mula2, korang goreng dulu ikan masin tu..Potong kiub2 lah.. Korang boleh guna apa shj jenis ikan masin, tp mesti yg ada isi sikit lah..macam talang ke, tenggiri ke,ikan merah ke.. Tapi make sure ikan kering tau, bukan yg basah2 jeruk tu.. Pastu angkat, put aside. Pastu korang tumis bawang merah & bawang putih mayang, utk amount kat atas tu aku guna 3 biji bawang merah & 2 biji bawang putih.. Bila dah agak2 golden, masukkan pulak cili merah mayang, goreng sampai layu.. Pastu,masukkan balik ikan kering tadi, gaul2 jap..masukkan kicap sikit..agak2 ler 3-4 kali renjis.. After 1 min, masukkan air asam jawa..korang agak2 lah byk mana yek..sbb aku masak tak depends sgt kat kuantitatif ratio ni.. Maklumlah, dah pro..kih kih kih... SIAP!!

Haa ni pulak Sayur pedas petola..ekcelli, kat Terengganu aku panggil petola jenis ni "Tenneyy".. Takde sound plak blog aku nih..kalo tak lih korang dengar makhraj nye.. Lauk ni pun senang je..
Mula2, tumbuk bawang merah 2 biji & bawang putih 2-3 biji & lada hitam.. Ekskius mi,tumbuk tau bukan blend..alahai, kojap je jang kalo ko tumbuk botul2.. Hehehe, tadi mak mertua aku yg tukang tumbuk, aku arahkan aje..kuang kuang kuang.. Pastu korang rebus bahan2 tadi tu dgn air, jgn byk sgt air tu sebab nanti sayur tu pun keluarkan airnya jugak kan.. Rebus sekali Ikan (anak ikan tuu) Tamban Kering.. selalunya aku guna isi ikan panggang yg ditumbuk, especially ikan selayang, manis isi dia.. Tp kali ni sbb ada ikan kering ni, yg Mr.Hubby beli kat KK itu ari, laaaaaggiiii senang.. Ikan tamban ni pun manis gak.. Apa2 ikan yg byk tulang isi dia memang manis.. Masukkan sekali petola, gula sikit, ala2 hujung sudu kecik je..garam & sedikit i really mean sedikit Pak Aji.. Pak Aji ni aku tak guna pun kalo dlm masakan2 lain, bahaya wehhhh.. cuma dlm lauk2 yg macam sup, kuah air je aku guna..sebab punye terer Pak Aji ni, dia memang boleh bagi ummpphhhh kat sup2.. pastu korang rasa je lah..kalau sedap hidang, kalo tak sedap, humban je ikut tingkap dapur korang tu..hehehe.. SIAP!!
Selamat Mencuba dari dapur aku!!!!!

Wednesday, May 6, 2009

I got what I want!!

Yeehaaaaaa aku dh dpt camera...

Tapi bukan yg shocking pink tu..That one is not really advisable pulak... Blue pun blue lah...

Lepas ni lih lah aku ber'snapping' sakan.... Thanks love!!

It's 6th May again...



6th May come again..and today is the 11th year I met Mr.Hubby..oopssss he met me..because he was the one who saw me first kan..And being today, I am so grateful that our love is still strong and we feel like we just met yesterday!!! Sometimes it seems years when we realized we really know each other.. 

Looking at him sleeping (ganti tido sbb bangun awal pi ofis pagi tadi..) over there, me feel like telling you the story of how we met..Until now,I'm still amazed with Allah's plan (the most superb planner) called 'jodoh'..in our case..two totally strangers become one loving couple!

11 years ago, it was a tense day for me..sebab aku takleh jawab soklan exam hari tu..Sepatutnya exam dh abis semua org suka kan..tp biasa lah aku,takleh jawab mcm selalunya.. That was when I studied in PPP/ITM (NCUK program yg kononnya preparation nk ke UK ler tuuuu tp terbantut dek kerana economic turmoil that year..). So,mlm after Maghrib aku ajak Aza pi Giant,dekat je dgn hostel kitorg kat Sek.18 ni..jalan kaki je..saje lah nk tenang2kan pikiran..lepak2..

We were at the first floor,kat area buku2 (kalo dh student tu kan..) bila aku nampak 2 org mamat ni asyik jeling2 kat kitorg..perasan ke aku time tu..alahhhh masa bujang kan,bila org laki tgk sikit dah tersipu2,bangga pun ada..kah kah kah..Cuba kalo sekrg depa wat gitu,mau nak aku gi cucuk mata diorg.. Tak kuasa Mak!! Aku cakap kat Aza pasal mamat 2 ekor tu..Pastu kitorg mcm elak2 lah sikit,takut pun ada..Sekali tetiba..jeng jeng jeng...(slot cerekarama dah nak start..):

Mr.Hubby : Assalamualaikum..
Aku : Waalaikumsalam.. (nak tanya jalan ke budak ni dlm Giant ni)
Mr.Hubby : I nak sangat kenal dgn U..(sambil hulur bunga merah). Dalam tu ada phone no. I,jgn lupa call I ye..(korang dgr tu.."nak sgt", ish bangga aku..desperate betul dia nk kenal aku..heheheh)

Pastu dia terus blah..jumpa mamat 2 org yg dr tadi asyik ikut kitorg tu..chetttttt member dia ropanye..Dan aku,speechless tak tahu nk kata apa,diam je,mengangguk pun tidak..malu pun ada sebab adalah 2-3 org lain kat situ duk tgk 'shooting' tu..Dalam pikiran aku time tu.."mana la dtg jantan ni,tetiba je muncul..rasa2nya sembahyang tadi takde pulak aku minta doa minta dipertemukan dgn Prince Charming ke.."

Si Aza pulak..gila2 gelakkan aku..sampai keluar airmata..Cisssss sungguh tak memberangsangkan...Since we have nothing to buy,Aza ajak aku balik..tp aku kata, tunggulah dulu.takut mamat tu ada lagi kat bawah...So,masa turun tangga,aku suruh Aza intai2 dulu..Eh eh! lupa lak nk citer part best..

Just a few minutes after me holding the flower, aku dgn intonasi membebel, "haaa dahlah bagi bunga beli kat Giant, ada lagi ni tag RM2.50..karang tak pasal2 aku kena bayar masa nk kuar kang"... Tup tup, menjelma lagi si Putera Katak ni kat belakang aku.."haa ni resit bunga tu..kang tak pasal2 pulak U kena bayar".... Adussssssss sekali lagi malu nye aku...Mamat ni manusia ke halimunan ahhh??

So,kami pun dah nk balik after confirm depa bertiga tu dah takde kat Giant tu. Sekali bila melangkah aje keluar dr entrance, lagi sekali dgr org bagi salam...Alamakkkkkkk...eee rimas lah aku...

Mr. Hubby : Err sorry lah..tapi I terfikir plak..I don't think U akan call I, ye lah logiknya takkan ladies yg nak call kan..So,I ingat nak belanja U minum..dekat2 sini je..
Me : Ehh, takpe lah.. Nanti I call..
Mr. Hubby : No, I tak rasa U'll call.. please lah..kejap je pun.. Just nk borak2..

Banyak kali aku tolak, banyak tu jugak dia ajak..Ishhhh, kot ye pun suka kat aku, cover2 lah skit..hahahaha..( sure bengang laki aku ni kalo dia tahu aku dgn honest nye berciter kat korang).. Nasib baik aku tetiba dapat idea nk tolak..

Me : Sorry lah,actually esok I ada exam..last paper.. Study pun tak abis lagi.. Kalo tak, sure I ok je.. (padahal exam dah abis ponnnn)
Mr. Hubby : Ooo ye ke..ermm takpe lah kalau camtu.. I taknak kacau U study U plak.. 

................ lega..............................tp dia sambung lagi..

Mr. Hubby : so,esok I ambik U after your exam ye.. Around 4-4.30 ok??
Ishhh,tak nak kalah lah mamat ni..Aku dh tak tahu nk kata apa,terus je aku agree.. Then kitorg balik.. Phewwwwwwhhh..

Esoknya, aku mcm takut gak nk pi..Yelah, entah2 depa tu sindiket jual perempuan ke..lain macam benor aku nengok ehh.. Tapi, my housemates suruh pegi. Tak baik mungkir janji, kata diorg.. (tang ni aku sebenarnya nk berterima kasih kat korang..kalo tak,tak jumpa lah aku dgn laki aku ni..because if I didn't see him that day, it's all gone.. The next day,aku dah abis belajar kat PPP, balik kampung..and he doesn't know where to find me..kan..No tepon yg dia bagi tu pun aku dah buang..hehehe).. So,aku pun keluar dgn dia that day.. Dia bawak sorang kawan, aku pulak bawak 2 org..Mama Ullya & Mak Ultraman..and that was the beginning of our loving chapters... 4 years after that, we married!!!

I LOVED HIM..I'M STILL LOVING HIM..and will always be..insyaallah..

Saturday, May 2, 2009

Haruskah aku menulis???


It's Saturday..

Last night,Mr Hubby found one site about a Writing Workshop..organized by a successful writer named..ermmm forgot lah..It's a package of a 1-day Seminar & 2-days hands-on Workshop on how to become a successful writer & how to turn your writing into a profitable one..It caught my attention indeed...It's my kind of never-faded-ambition to be a writer..but time flies,and I do so many things that almost made me forgot that ambition of mine,and plus I didn't qualified academically to be one(takkan nak jadi penulis tapi bawak degree engineering aku ke interview..silap haribulan,disuruhnya pulak aku repair mesin suratkhabar!!) ..But then,I think everybody can be a writer,it's just how good or not ones at it..It's just a matter of 'will you attract people to read your writings','what are you going to write about', 'will you write any issues that bump into your head or should you write something that only you are expert of'... Well,it depends on your capability actually..What kind of writing suits you most..formal,professional,novel-type,casual...it's all in you..

Mr Hubby encourage me to join for the workshop..Huhhh..."You got talent",he said..Wow thanks,I heard it many times before from my friends..But,putting it this way..it's not that I have less confidence nowadays,but I believe my writing was far more better than it is these days...Mungkin skill tu dah merajuk kot..hehehe..Kata orang,jika ilham datang,kita mesti coretkan..jika tidak,ilham akan merajuk & tak nak datang lagi..Well,from my humble experience..some of that is true if not all...

(cuba untuk 'mengecas' kembali tatabahasa B.Melayu ku)..Teringat seketika dengan tawaran daripada seorang kenalan sewaktu aku bergiat cergas dalam Zhulian dulu.Tak ku sangka,salah seorang pelanggan 'Breast Serum' (hehe..kalau boleh aku iklankan di sini..Breast Serum tu memang elok Awak!!!) adalah Chief Editor laman web CitizenThinkTank..sebuah laman web yang me'rating'/evaluate (terkedu aku mencari maknanya dalam bahasa ibundaku ini..) wakil-wakil rakyat & ahli politik.. Beliau sungguh-sungguh menawarkan jawatan Editor pada aku hinggakan aku hairan seperti cicak berak kapur wajah ni.."You only met me once,how could you say I'm capable in this field?" "Ujie,I'm a chief editor..I knew it from the beginning you SMSed me..You sound so professional & your words are really in order.It makes me smiling reading your SMS.." Wah wah wah...terima kasih atas pujian itu akan tetapi...aku terfikir jugak..alangkah indah jika semua yang ingin menjadi seorang penulis,SMS sahaja kepada Ketua Editornya..itu sudah memadai & tak perlu bersusah payah ke temuduga!!Secara hormat aku menolak dengan alasan penulisanku mungkin tak sehebat SMS ku!! (jika tidak masakan Abang Suami selalu terpana dek SMS ku yang mendayu-dayu itu..hahaha)..

Beberapa bulan kemudian,kenalan ku tadi menelefonku..masih dengan tawaran yang sama..untuk kali kedua,aku masih juga menolaknya..tanpa sebarang alasan..Hinggalah malam tadi,buatkan aku terfikir..."haruskah aku percaya pada apa yang orang sekelilingku nampak,atau pada apa yang aku sendiri nampak?" dan bagi aku..percaya pada apa yang orang lain nampak adalah seumpama minum dikala tekak tak terasa haus..nikmatnya tidak seberapa..berbanding dengan situasi yang lagi satu itu..kepuasannya sudah tentu berganda!

Cheeky Quotes

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin