Tuesday, May 19, 2009

Cooking Therapy after pantang..

9hb Mei lepas Abang Ju ada dtg KL,on the way back from fetching Kak Long (his first daughter) from UiTM Bota kat Perak..Kak Long & Angah tak pernah datang lagi ke rumah Chujie dia ni,so tu yang Abang Ju bawak diorg datang kenal-kenal..(ek eleh,abang aku tu tak nak ngaku,sebenornya dia memang rindu kat aku..nak bawak anak konon..).

Pagi-pagi lagi aku ke pasar. Fridge aku dah kosongkan awal-awal because nak balik kampung seminggu,mak & ayah pun nak ke Kemuning rumah kak ani.. Terpaksalah aku beli balik ikan,ayam,sayur segala macam untuk masak ari ni..

Abang Ju kata dia sampai dalam pukul 11 pagi, kakak pun ikut sekali sebab abang pie off..Syoknye,aku memang suka family datang ramai-ramai ni, paling best time makan.. Sure thing, aku mesti takde selera nak makan sebab dah penat masak & tengok diorang menjamu selera je pun dah buat aku kenyang...


Amboi-amboi,seronoknye depa ni..Datang-datang je lauk sumer dah siap.. Taknak jauh dah dari meja makan..Hehehe

Jom, arrange kan lauk..Den nak ambik gambar dulu before korang ngap.. Yang bestnya, aku yang nak ambik gambar untuk di'blog'kan, tapi kakak, kak wan, along sumer pun snap jugak..Eh,korang ada blog gak ke??? kui kui kui..

Inilah lauk-pauk yang aku masak sendiri.. Lucky ada mak mertua aku,lih jugak tolong potong-potong,siang-siang sikit..Semua ni aku masak dalam masa 2 jam..

Different angle..Dulu aku suka hidang lauk dlm satu set pinggang mangkuk, alahhh macam kat hotel tu..Tapi sekarang aku lagi suka guma pinggang & mangkuk campur2 design cenggini,sebab boleh mengingatkan aku dengan suasana makan kat kampung.. Ye lah,kat kampung kita mana ada guna set-set pinggan ni..melampau betul aku ni kan.. Nak set set plak.. Sekarang ni kalo ada pinggan tembikar aku lagi suka.. (eh, rasa-rasanya ada pinggan2 lama dalam almari rumah Mommy..lih aku bodek2 balik Dungun nanti..)

Lauk ni namanya Ayam Masak Asam Jawa.. Aku dah boring makan ayam masak merah,rasanya tekak dah takleh terima lauk-lauk bandar ni.. Budak-budak memang suka lauk ayam ni..Tak caye cuba korang try masak kat anak masing-masing.. Cara2nya: (1) Goreng ayam dgn garam & kunyit. Put aside. (2) Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih & cili merah yang dimayang2 nipis. Tambah serbuk kunyit sikit. (3) Masukkan ayam goreng tadi. (4) Tambah kicap sikit & garam, kalau kurang masin. (5) Dah kacau rata, masukkan air asam jawa dalam setengah cawan.

Lauk ni pulak nama Sotong Kunyit Asam. Cara-caranya: (1) Gaul sotong dgn garam & kunyit. (2) Panaskan minyak. Tumis bawang merah,bawang putih & cili merah/hijau yang dimayang. (3) Bila dah agak garing, masukkan sotong. (4) Goreng sampai sotong tu masak. Rasa dia punye garam. (5) Masukkan air asam jawa. Biar sekejap, angkat. Siap.

My favourite: Goreng Peria Katak (ish ish nama dia tak syok betul). Aku pun tak tau naper orang panggil peria katak, maybe sebab badan peria tu menggerutu sangat kot. Ni peria yang kecik2 tu ye, bukan peria besar tu..Yang ni lagi pahit, lagi ummmphhh!! Cara-caranya: (1) Belah peria, potong nipis2. Renda dalam air garam dlm 20 minit untuk kurangkan sikit kepahitan peria ni. (2) Tumis bawang putih & bawang merah & udang kering. (3) Masukkan sos tiram sikit, garam. (4) Masukkan peria. Goreng sampai agak-agak lembut. Jangan terlampau lembut, rosak plak texture & nutrition peria tu nanti.

Ikan Kurau Kering Masak Sambal. Yang ni pun jadi rebutan that day.. Kadang-kadang aku dah boring goreng ikan kering plain gitu, so aku buat sambal. Caranya senang je. (1) Goreng ikan kering dulu,ketepikan. Tumis bawang besar mayang sambal golden. (2) Masukkan beberapa sudu (depends byk mana nak buat sambalnya) cili kisar. (3) Biar sampai cili masak, sesekali tambah air sikit. (4) Masukkan air asam jawa & sedikit belacan. (5) Masukkan sedikit gula. (6) Masukkan garam & ikan kering yang sudah digoreng tadi. Korang rasa lah sambal tu, kurangmanis tambah gula, kurang masam tambah asam jawa..sampai tekak korang setuju..

Kangkung Goreng Belacan.. Alahai, takyah resepi lah ye.. Senang sangat kan.. Tapi sebab yang lain2 tu aku kasi resepinya, kesian pulak kangkung ni.. Karang takde orang kenal dia pulak. So, (1) Tumbuk bawang merah,bawang putih,belacan, cili merah,cili padi. Jangan terlampau lumat, nanti tak sedap. (2) Tumbuk udang kering. (3) Lepas tu goreng aje la kangkung tu,jangan sesekali tambah atau masukkan air bila menggoreng sayur, sebab air sayur tu sendiri akan keluar.. (4) Tambah2 lah garam kalau kurang masin. Tapi sebab dah taruk udang kering tu, dah masin pun.

Gulai ni sepatutnya menjadi Gulai Telur cara mak aku.. Tapi lepas aku dah sediakan ramuan2 nya, tang nak pecahkan telur dalam mangkuk before nak masuk periuk, telur semuanya pecah. Which means, tak jadi lah aku nak buat Gulai Telur tu. Sebab telur mesti sebiji-sebiji, kalau tak gulai tu jadi macam serawa, berketul-ketul dan berbuih-buih pulak. Jadi aku dengan sepantas kilat seperti gaban, dalam masa 0.00000001 saat terus convert gulai telur menjadi gulai udang, cara aku sendiri.. Cara-caranya: (1) Masukkan santan dlm periuk. (2) Tumbuk bawang merah dan bawang putih dan kunyit. Masukkan dlm santan. (3) Masukkan hirisan lengkuas & asam keping, serai yang dititik. Kalau gulai telur tak yah lah serai tu. (4) Masukkan 2 sudu cili lisar. (5) Pastu masaklah gulai tu sambil kacau-kacau,don't stop stirring nanti berketul2 plak. (6) Bila agak nak menggelegak, masukkan udang. Kacau lagi. Tambah garam subjected to your judgement.

Ikan Tongkol Goreng. Gaul je ikan tongkol tu dengan garam,kunyit & serbuk cili. Goreng.

Sampailah time makan. Tambah jangan tak tambah. Licin lauk hari tu..Ermmm,puas hati eden..

Selamat Mencuba!!

5 comments:

Zawiyah said...

ujie..mu buat aku terkenang masakan mak aku la..nitik airmata aku ni weii..semua lauk2 tu membuatkan aku nak je masak nanti..aku noticed..mu byk guna asam jawa ya in ur each masakan..nti aku nak try buat ayam masak asam jawa tu ek..tq for the recipe. yg buat lg meleleh tu..semestinya ikan tongkol goreng tu..sedap nya!lepas ni mu leh promo buat small catering la..sure tip top!

Zawiyah said...

keep up the good work! aku bg overall 9.5/10. 0.5 lg tak cukup sebab menu mu ni membuatkan aku lapar tgh2 malam buta ni..he he

Zawiyah said...

keep up the good work! aku bg overall 9.5/10. 0.5 lg tak cukup sebab menu mu ni membuatkan aku lapar tgh2 malam buta ni..he he

chujie said...

cubalah resepi aku yg tak seberapa ni..ada apa2 nak tanya time masak tu,sms je aku. Aku punye masakan ni,boleh la utk rasa tekak sendiri cza,nak promo lebih2 pun takut org lain tak suka..

zulindanish said...

mak aih..sedapnya...

Cheeky Quotes

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin