Saturday, May 30, 2009

Sayangkan anak........

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua!!

Entry kali ni bukan berniat utk tunjuk pandai,jauh sekali menuding jari kpd sesiapa..ianya sekadar peringatan untuk kita semua yang sentiasa lupa..termasuk aku sendiri yang senantiasa alpa ni.. Dah nama pun manusia, bukan hak kita untuk memegang title 'kesempurnaan' itu..
 Namun kita dikurniakan akal & fikiran, yg boleh kita gunakan untuk menilai kebaikan & keburukan, yang menjadikan kita makhluk Tuhan yg paling tinggi darjatnya. Jika tidak,masakan Iblis terlalu cemburu dengan kejadian kita sehinggakan tidak mahu menurut perintah Allah untuk sujud pada Adam a.s.!

Ramai antara kita yg sudah mengecapi satu peningkatan dalam hidup bila dikurniakan cahayamata..peningkatan daripada orang biasa kepada taraf ibu & bapa. Aku pula masih ternanti-nanti saat itu, dan aku pasti suatu hari akan merasa juga sedemikian. Umumnya, setiap ibu & bapa begitu menyayangi anak-anak mereka..Sewaktu kecil, kata orang,bila nyamuk menyerang si kecil,dikejarnya & dilanyak2 hingga mati.Begitulah haramnya darah si kecil untuk nyamuk seekor!! Diberinya si kecil hanya yang terbaik,susu yang terbaik untuk pembangunan fizikal & mental,kalau boleh biarlah si anak menjadi cerdik pandai hingga boleh mentadbir dunia!! Diberikan pendidikan yang sempurna, duniawi & ukhrawi, supaya anak menjadi insan yang paling syumul,kebanggaan seluruh keluarga!Tapi kadang-kadang kita terlupa untuk 'sentiasa' memilih yang terbaik buatnya..Kita pilih hanya yang menyenangkan kita..

FAST FOOD! Atau kata lainnya, makanan segera. Banyak sangat fast food sekarang berada di pasaran, samada yang sedia di makan ataupun yg sedia dimasak di rumah. Dua-duanya S.E.G.E.R.A.. Dan lazimnya fast food ni memang sedap! Ibarat tagline Maggi yang aku kenali sedari kecil, "Cepat dimasak,sedap dimakan".. Masih terngiang-ngiang lagi lagu itu di telinga.. Si anak pun merengek minta dibelikan Maggi, sebenarnya tak payah pergi beli, hampir semua rumah ada menyimpan stok. Kalau bukan untuk sebulan,paling tidak seminggu!!

Fast Food yang menjadi maksud utama aku di sini ialah KFC & McDonalds. Dua jenama ini sudah sebegitu sebati dengan kita semua, tua muda besar kecil..seolah-olah kita hidup membesar bersama KFC & McDonalds.

"I'm loving it!"

"Sedap hingga menjilat jari"

Aku tak tahu samada orang masih tak tahu keburukan fastfood yang dua ni, ataupun TAHU TAPI TAK SEDAR, ataupun pura-pura tak tahu,ataupun .... ahhhh, fikirkan pasal apa orang lain tahu memang tak berkesudahan kan.. Namun, andai ada yang masih belum tahu, ingin aku kongsi apa yang aku tahu dan telah membuatkan aku sedar..

Pertama:
Ada kajian dibuat tentang French Fries atau kentang goreng. Menggunakan dua balang yang bertutup, satu diletakkan jejari kentang asli yang digoreng & satu bekas lagi dimasukkan French Fries McD. Bekas tu dibiarkan selama 2 minggu & hasil kajian menunjukkan, selepas tempoh tersebut, jejari kentang asli sudah sudah hancur & terurai sepenuhnya (terurai pada hari ke-3 atau ke-4 sebenarnya) sedangkan French Fries McD masih elok seperti hari pertama! Lengkap fizikalnya, tak terubah langsung. Betapa banyaknya preservatives dalam sebatang kentang McD!! Begitulah juga bila ia masuk dalam perut kita, ambil masa yang sangat lama untuk dihadamkan. Kentang tu juga telah disalut dengan gula & garam & boleh menyebabkan darah tinggi & sakit jantung jika pengambilannya tidak terkawal..Dan biasanya, French Fries ni lah yg menjadi rebutan kanak-kanak kan..

Kedua:
Ada seorang kawan kepada Mr.Hubby cerita kat kitorang, mak dia selalu buat Mash Potato dulu-dulu waktu depa kecik. Mak dia Minah Saleh, dan Mash Potato adalah makanan ruji depa di rumah. dan dia cukup suka dengan Mash Potato atau Kentang Lecek mak dia buat, sehinggalah dia rasa cukup 'dewasa' untuk menolak kentang lecek tu lagi. Seringkali bila ada kentang lecek kat rumah dia, pasti hari tu juga ada Ayam Rangup berperisa seperti ayam KFC. Rupanya, setelah ayam-ayam tu di 'deep fry' di dalam minyak, semua lemak-lemak ayam akan termendap di dasar periuk. Setelah habis menggoreng, lemak2 tu la yang digunakan untuk jadikan 'gravy' mash potato tu..Patutlah sedap!! Dan mak dia kata, ini resepi asal Mash Potato KFC.. Nahh, kentang yang sepatutnya healthy dah tercemar dengan lemak2 ayam termendap!
Tak payahlah nk diceritakan lagi tentang buruknya lemak binatang kan..

Ketiga:
Ayam-ayam KFC & McD. Segar ke ayam-ayam tu?? Bila branch dah banyak, mampukah depa nak serve ayam kampung? Dah tentu ayam cucuk! A friend of mine, penternak ayam yang supply pada fast food restaurant katanya, ayam-ayam McD & KFC biologically baru berumur 2 minggu! Tapi dah disuntik Growth Hormone sehingga menjadi gemuk gedempol untuk disembelih pada usia tu. Dan bila kita turut sekali makan Growth Hormone tu secara tak langsung, kita terdedah kpd risiko penyakit2 seperti cancer, heart problem, pembesaran tanpa matang dan sebagainya. Dan, ada juga kajian mengatakan kerana hormon2 inilah menyebabkan sekarang lahirnya ramai insan-insan 'lembut' yg kita katakan secara semulajadi, tapi mungkin mak dia dah makan McD sejak dia dalam kandungan lagi! Nauzubillah..

Keempat:
Pernah tengok clip YouTube "SUPERSIZE ME?" Ia satu video dokumentari yg sangat bagus arahan Morgan Spurlock. Spurlock's film follows a 30-day time period during which he limits himself to only eat McD's food. The film documents this lifestyle's drastic effects on Spurlock's physical and psychological well-being, and explores the fast food industry's corporate influence, including how in encourages poor nutrition for its own profit. During the filming, Spurlock dined at McD's restaurants three times a day, sampling every item on the chain's menu at least once. He also "super-sized" his meal every time he was asked. Spurlock consume an average of 20.92 megajoules or 5,000 cal (the equivalent of 9.26 Big Macs) per day during the experiment. As a result, the then-32-year-old Spurlock gained 11.1 kg, a 13% body mass increase, and experienced MOOD SWINGS, SEXUAL DYSFUNCTION & LIVER DAMAGE. It took Spurlock fourteen months to lose the weight he gained! (wikipedia)

Terus-terang aku admit, after tengok video ni lah, Alhamdulillah aku dah stop makan all those fast food, drastically. Sekarang dah masuk 2 tahun aku stop makan & tak pernah terliur walau sedikit pun! Being a normal human, aku doa agar tekad aku ni berkekalan. Tak rugi apa2 pun aku rasa.

Jadi, tepuk dada tanyalah akal, jangan tanya selera. Nanti selera jawab "nak", terpaksa ikut pulak. Kalau badan Spurlock yang umur 32 tu pun tak boleh tahan dengan effect fast food tu, bayangkan apa yang akan terjadi pada badan anak-anak kita yang baru berumur 3-4 tahun tu. Badan mereka tu tak kuat nak combats all those harmful ingredients in the McD & KFC food. So,kalau sayangkan mereka, stop poisoning them!! Give them the better chance to live, bukan hidup dalam penuh penyakit di hari tua nanti kalaupun bukan sekarang. And stop giving them all those carbonated drinks which can definitely cause diabetes in young children. 

Feed them with good & only the best food we can, for that will bring them a healthier life and a healthier mind. Jangan rencatkan pertumbuhan akal anak-anak kita. Biarlah kita bersusah-payah menyediakan makanan di rumah untuk mereka sekarang ini, daripada kita bersusah-payah risaukan kesihatan mereka nanti. Lagipun, banyak pahala seorang ibu bila memasak makanan untuk keluarganya & itu kan boleh merapatkan hubungan ibu & anak. Sesungguhnya air tangan ibu itulah yang paling sedap!! Percayalah......




3 comments:

zulindanish said...

Mak ai ujie...bagus banget entry mu ni..hehehe, sesuai untuk saya yg suka sangat KFC....nasib la hubby x suka, so jarang2 je pagi, kalau 2-2 suka, haru....

chujie said...

Hehehe,thanks. Dulu aku pun suka sgt KFC tu,tp lepas dah 'sedar dari lamunan nafsu makan aku', terus aku tanamkan benci yg terlampau pada KFC tu. Pastu loni, bila bau KFC je,aku rasa mual.Alhamdulillah.Mu pun buleh slow2 jgn gi KFC tu..hehe

Zawiyah said...

celah jap. sesekali buleh la kot. kdg2 aku layan gak. masa tekak nak KFC. huhu..

Cheeky Quotes

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin