Tuesday, November 23, 2010

Life behind the scene of Ujie & Ullfia: When U&U have a walk in the park...

Life behind the scene of Ujie & Ullfia: When U&U have a walk in the park...: "It was one sunny day when we decided to have a walk so we could have a talk about Ujie & Ullfia - the brand. No!!! It's not just a pl..."

Monday, November 22, 2010

Mari shopping!!!

Jom beramai-ramai serang butik saya...

Awak!!

Ada banyak baju cantik2...saya publish batch by batch tau...so,rajin2 kanlah jari click SALE BLOG saya ni..

Kalau takde yang berkenan di hati hari ni..kot2 esok ada yang melekat..
Takde esok..mungkin minggu depannya pulak..
Siapa tahu..anda bisa jatuh chenta....hehehe

Friday, November 19, 2010

Titisan Airmata Rindu...

Saya ingin kongsi satu perasaan..perasaan yang boleh saya takrifkan sesuatu yang aneh, namun saya percaya rindu ini memang wujud..malah bukan hanya dalam diri saya seorang..ramai lagi saya yakin merasai apa yang saya rasa. Bukan sekali dua, berkali-kali saya merasai perasaan sedemikian..dan bukanlah rindu itu dibuat-buat..saya yakin sangat. Airmata yang jatuh bukanlah sesuatu dalam kawalan saya..mungkin rohani saya yang mengalaminya lalu terzahir pada luaran justeru menitiskan airmata..airmata rindu & syahdu.

Pernah saya terdengar alunan merdu suara Nazrey penyanyi kumpulan Raihan mengalunkan sebuah lagu..Lagu yang ditujukan khas buatnya. Saya yang sedang memandu diwaktu itu, merasa sangat rindu. Walaupun sebenarnya saya sendiri tak pasti adakah itu rindu, sayang atau kesal yang bersarang, namun airmata itu jatuh juga.

Dan, petang tadi, airmata ini gugur lagi. Kali ini teresak-esak saya. Mendengar bacaan Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW, saya sebak tiba-tiba. (dan sewaktu jari ini berlarian di keyboard ini, mata saya kembali bergenang). Apakah mungkin imaginasi saya terlalu tinggi & tercapai arah tujuannya, saya membayangkan saya berada bersama Baginda sewaktu khutbah itu disampaikan. Sungguh Ya Allah, sungguh kasih kekasihMu itu pada umatnya..tiada tara bandingnya cinta & kasih sayang Baginda terhadap umatnya, walaupun Baginda mungkin tahu, kian tamat dunia ini, umatnya ramai yang kian melupakannya. Khutbah Baginda sarat dengan rasa kasih, layaknya seolah kasih seorang bapa yang tahu masa mengadap penciptanya telah hampir tiba.

Wahai Rasulullah, ternyata engkau amat sayangkan kami. Sehingga di saat akhir khutbahmu, engkau masih mengingatkan kami tentang kealpaan kami. Wahai Rasulullah, alangkah indahnya hidup ini, jika zahirnya engkau di sisi. Pasti menatap wajahmu dapat menenangkan hati yang duka, mendengar suaramu hilang lenyaplah sengsara, senyummu umpama cahaya di malam gelap gelita. Wahai Rasulullah, untung sekali sahabat-sahabat mu yang hidup sezaman denganmu..bahkan untung lagi musuh-musuhmu daripada aku yang hanya dapat mendengar cerita tentangmu. Ingin sekali aku menemuimu di alam mimpi, namun siapalah aku.. Mungkin dosa penghalang impianku ini. Justeru Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosaku agar dapat aku layak bertemu kekasihMu walau hanya dalam mimpi.

Wahai Rasulullah, terima kasih atas harta pusaka peninggalanmu. Al-Quran & Sunnah itulah pegangan kami. Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami orang2 yang berpaling daripada kedua mukjizat ini. Sentiasalah Engkau basahkan lidah kami dengan al-Quran, sentiasalah Engkau pandu kami agar kami tetap bersama Sunnah kekasihMu itu.

Wahai Rasulullah, aneh sekali perasaan ini. Namun, aku bersyukur pada Illahi Rabbi, sekelumit rindu ini amat indah sehinggakan aku ingin merasainya saban saat. Semoga rindu ini membawa aku ke jalan kebenaran, menghalang aku dari jalan kebatilan. Wahai Rasulullah, damailah engkau di sana sebagai penghias syurga yang  paling mulia. Telah Allah janjikan padamu suatu tempat yang paling tinggi antara hamba-hambanya, semoga aku bisa menatapmu di alam kekal nanti. Wahai Rasulullah, semoga Allah merahmati mu, keluargamu & sekalian sahabat2 mu yang setia..Aku akan sentiasa berdoa agar dipertemukan jua suatu hari nanti, kerana rindu ini kurasakan semakin sarat sehingga mengingat mu, bergenanglah mataku...


                    ***************************************************

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin