Friday, January 2, 2009

Harga Sebuah Ikatan Suci..

Rahsia Cincin di Jari Manis

Pernah terfikir mengenai hal ini? Jika hendak tahu jawapannya, cuba lakukan seperti gambar di bawah. Sesungguhnya alam semesta ciptaan Tuhan memang banyak rahsianya.




*Rapatkan kedua-dua tapak tangan. Kemudian bengkokkan dan rapatkan jari ketiga (jari tengah) serta cantumkan hujung jari-jari yang lain seperti dalam gambar di atas.
Mari kita mula permainan ini.
1. Cuba buka dan renggangkan ibu jari. Jari ini mewakili kedua ibubapa kita. Ianya boleh dibuka sebab semua manusia akan sakit dan mati. Satu hari nanti kedua orang tua kita juga akan pergi meninggalkan kita.
2. Rapatkan semula ibu jari dan buka jari kedua (jari telunjuk). Jari ini mewakili adik beradik kita yang juga satu hari nanti akan berkawin dan bila dah berkeluarga, mereka juga akan meninggalkan kita.
3. Rapatkan semula jari kedua tu dan buka pula jari kelima (jari kelingking). Jari ni mewakili anak-anak kita bila kita dah berkeluarga nanti. Kita pun kena menerima hakikat bahawa mereka juga akan pergi meninggalkan kita bila mereka juga telah berkawin dan berkeluarga.
4. Rapatkan semula jari kelima tu. Sekarang cuba buka jari manis yang kita sarungkan cincin perkahwinan kita tu. Anda mesti terkejut jari manis tu sedikit pun tidak mahu bergerak dan tidak boleh dibuka langsung. Aneh kan?
Kerana jari manislah lambang hubungan suami isteri. Apabila sudah berkahwin dan bersatu ianya harus bersama hingga ke akhir hayat. Pelik tapi benar tetapi itulah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang . Terus bersama hingga ke akhir hayat.

(Ilham daripada http://baitulrahmah.wordpress.com - thanks for the great entry)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin