Wednesday, March 11, 2009

Hidup memerlukan pengorbanan..Dan cinta juga...

Pernahkah kau bermimpi..seketika
Berada di tempatku..membayangkan
Pahit manis berlalu
Ntah siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiada ku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam..kuputuskan
Biarlah rahsia

Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta

Pernahkah kau bermimpi..seketika
Berada di tempatku....

Monday, March 9, 2009

I Miss Muhammad....

Sungguh..aku rindu..
Bila membaca kisah-kisahnya,aku tambah rindu..
Bila terdengar namanya,hatiku keruan ingin bertemu..
Selalu ku terbayangkan wajahnya,namun masih tak terjangkau dek akalku..
Ku igaukan senyumnya,kurasakan diri begitu kerdil untuk menatapnya..
Ku harapkan suara nasihatnya,walaupun sering kubaca dimerata-rata..

Dihari kelahirannya ini,aku berdoa..
"Ya Allah..aku tahu aku insan yang penuh nista.Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun..maka kau ampunilah diriku ini,sucikanlah hatiku,jernihkanlah batinku..agar suatu hari,aku dapat bertemu Muhammad kekasihMu,walaupun hanya dalam mimpiku..Dan sesudah itu,Engkau peliharakanlah aku,jauhkanlah aku dari larangan-laranganMu..dekatkan aku kepadaMu,supaya suatu hari yang penghabisan nanti,bisa aku berdiri menatap wajah kesayanganMu itu,wajah kudus Muhammad.."(selawat & salam ke atas roh Baginda S.A.W)

Ramai yang menyambut Maulidur Rasul setiap tahun..bermacam2 cara dilakukan sebagai simbolik sambutannya.. Umumnya,kita selalu menyediakan hadiah-hadiah yang berbagai rupa bila tiba ulangtahun kelahiran orang2 yang kita sayang..Pernahkan kita renungkan,apakah hadiah kita untuk penghulu segala umat,Rasulullah S.A.W dihari ulangtahun kelahirannya??
Aku pun bingung kadangkala memikirkannya,kehinaan menguasai diri..Lalu dengan rendah hati,ku capai Al-Quran al-karim dan ku buka helaian-helaian al-Mulk..

Pernahku terbaca:
  1. Drpd Abi Hurairah r.a dari Rasulullah saw bersabda:"Sesungguhnya di dlm al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk "(tabaarakal-lazi)"
  2. Drpd Anas Ibnu Malik berkata,Nabi saw telah bersabda:"Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali 'Tabaarakal-Lazi'.Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur,datanglah kepadanya malaikat.maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata kepada surah itu.Sesungguhnya kamu drpd kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu,sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu & kepada dia (si mati),dan kepada saya kemanfaatan atau kemudharatan.Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati),pergilah kamu menemui Allah swt.Dan mintalah shafaat drpdnya.Maka dia pun (surah) menemui Allah swt dan berkata,"Wahai Tuhanku,si fulan ini (si mati) telah memilih saya dalam kitabMu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya,bolehkah wahai Allah,Engkau membakarnya dan menyeksanya,walhal saya di dalam dadanya?Maka jika Engkau ingin berbuat demikian,jadi padamlah saya dari kitabMu.Dan Allah swt berfirman,"Aku nampak kamu marah." Dia menjawab,"Sesungguhnya saya marah."Allah berfirman lagi,"Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat keatasnya." Nabi saw bersabda,surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa2 kpd si mati.
  3. Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kpd mulut si mati & mengucapkan selamat datang kpd mulut yang sentiasa membaca saya & selamat datang kpd dada yang sentiasa menghafal & menjaga saya.Dan selamat datang kpd dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya. Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (si mati) tidak merasa kesunyian.
  4. Anas berkata,"Apabila Nabi saw khabarkan hadis inimaka tidak ada seorang pun  yang kecil mahupun yang besar,hamba ataupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi saw memanggil surah ini al-Munjiah iaitu yang menyelamatkan. (HR.Ibnu Katsir)
  5. Drpd Anas Ibnu Malik berkata,Rasulullah saw telah bersabda,"Satu surah di dalam al-Quran menghujahkan kpd pembacanya sehingga memasukkannya ke dlm syurga.Iaitu al-Mulk (tabaarakal-lazi). (HR. At-Tabarani)
  6. Drpd Ibnu abbas ra berkata seorang sahabat Rasulullah saw telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur,maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui Baginda saw dan berkata,"Wahai Rasulullah saw saya dirikan khemah atas satu kubur & saya tidak tahu itu kubur & saya dengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam."Nabi saw bersabda,"Itulah yang menahan & menyelamatkan dia drpd siksaan kubur." (HR. at-Tirmizi)
  7. Drpd Jabir ra sesungguhnya Rasulullah saw tidak akan tidur hingga Baginda membaca Alif Laam Mim,as-sajadah & al-Mulk. (HR.at-Tirmizi)
  8. Dan Lais berkata drpd Thawun bahawa kelebihan surah ini 70 kali lebih baik drpd tiap2 surah dalam al-Quran.
  9. Drpd Ibnu abbas ra berkata,"Adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu?" Beliau (Ibnu Abbas) berkata,"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu yang belum baligh di rumah dan kepada jiranmu,sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat di hari akhirat di depan Allah memohon kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia drpd api neraka & pembacanya juga selamat drpd siksaan kubur.
  10. Dan Nabi saw bersabda,"Saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku."(HR.Ibnu Katsir)

Friday, March 6, 2009

Upcoming present-to-get...

Birthday aku belum sampai lagi..bulan depan..tapi aku dah ada benda apa yg aku nak mintak dari Mr.Hubby..hehehehe..apa hal lah aku ni,semenjak dua menjak ni,asyik meminta je..alahhh bukan aku mintak intan berlian pun,bukan mintak BMW 5 series pun..MyVi pun aku tak mintak..cuma aku berdialog seperti ni je:(secara halus tuuu)

Aku : Kesian follower blog i Syg,dah lama i tak update blog tu..hari2 diorg bukak takde apa2..
Mr.Hubby: Abis,naper u tak update??dah tau ada follower???
Aku: I bukan tak nak update,tapi kalo hari2 text aje,nanti orang boring pulak..Lainlah kalo ada gambar..
Mr.Hubby: Laaaa..habis tu ambik lah gambar..
Aku: Gambar apa i nak ambik??Lainlah kalo i bawak camera kehulu ke hilir,so,apa2 yg i buat i snap a picture..makan kat warung ke,gambar jalan2 ke,apa2 je lah..
Mr.Hubby: Kan camera ada..pegilah charge battery tu..
Aku: Syg...camera kita tu kan ke bulky sikit,i nak letak dalam handbag pun tak muat..tak handy lah..nk harapkan camera phone,lagi hampeh..blur,gambar pecah2..
Mr.Hubby: ***diam***
Aku: Syg,apa kata birthday i kali ni u bagi camera..i nak compact yg nipis tu,senang nk bawak mana2..gi kenduri kawan2 lih la i tangkap gambar..kalo tak asyik numpang camera orang je..hehhehee (tetiba leher aku jadi panjang sbb nk menggeliat2 gitu)
Mr.Hubby: **smile** Oooo..nak camera...boleh gak..nanti kita pi tgk yek..U nak yg nipis yek,betul gak camera kita tu bulky sikit kan..
Aku: (agaknya aku solat Isya' awal kot malam ni,tu yg termakbul tu..hahaha) 

So,last 2 days kebetulan kitorang pi Pertama Compleks,tetiba aje on our way back,Mr.Hubby laju je masuk kedai camera,aku lak buat2 tanya.."eh,nak gi mana tu?" (psikologi tuu)..

Aku dgn rendah hati & tawadhuk nye berkata,"alahh syg,beli yg murah2 je..i tak kisah..asalkan nipis & gambar cantik sikit udah ler"..tapi tangan aku dengan secara refleknya dah pun memegang erat sebijik camera Olympus limited edition,pink kaler....


Yaaahoooooo...tak sabar nak ada camera ni...walaupun dah bargain & we agree with the price,tapi sebab birthday aku belum waktunya lagi,Mr.Hubby cakap,"tunggu dulu"...alahai.... tapi takpe lah...dia nak belikan pun dah bagus...kwang kwang kwang...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin