Monday, March 9, 2009

I Miss Muhammad....

Sungguh..aku rindu..
Bila membaca kisah-kisahnya,aku tambah rindu..
Bila terdengar namanya,hatiku keruan ingin bertemu..
Selalu ku terbayangkan wajahnya,namun masih tak terjangkau dek akalku..
Ku igaukan senyumnya,kurasakan diri begitu kerdil untuk menatapnya..
Ku harapkan suara nasihatnya,walaupun sering kubaca dimerata-rata..

Dihari kelahirannya ini,aku berdoa..
"Ya Allah..aku tahu aku insan yang penuh nista.Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun..maka kau ampunilah diriku ini,sucikanlah hatiku,jernihkanlah batinku..agar suatu hari,aku dapat bertemu Muhammad kekasihMu,walaupun hanya dalam mimpiku..Dan sesudah itu,Engkau peliharakanlah aku,jauhkanlah aku dari larangan-laranganMu..dekatkan aku kepadaMu,supaya suatu hari yang penghabisan nanti,bisa aku berdiri menatap wajah kesayanganMu itu,wajah kudus Muhammad.."(selawat & salam ke atas roh Baginda S.A.W)

Ramai yang menyambut Maulidur Rasul setiap tahun..bermacam2 cara dilakukan sebagai simbolik sambutannya.. Umumnya,kita selalu menyediakan hadiah-hadiah yang berbagai rupa bila tiba ulangtahun kelahiran orang2 yang kita sayang..Pernahkan kita renungkan,apakah hadiah kita untuk penghulu segala umat,Rasulullah S.A.W dihari ulangtahun kelahirannya??
Aku pun bingung kadangkala memikirkannya,kehinaan menguasai diri..Lalu dengan rendah hati,ku capai Al-Quran al-karim dan ku buka helaian-helaian al-Mulk..

Pernahku terbaca:
  1. Drpd Abi Hurairah r.a dari Rasulullah saw bersabda:"Sesungguhnya di dlm al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk "(tabaarakal-lazi)"
  2. Drpd Anas Ibnu Malik berkata,Nabi saw telah bersabda:"Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali 'Tabaarakal-Lazi'.Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur,datanglah kepadanya malaikat.maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata kepada surah itu.Sesungguhnya kamu drpd kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu,sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu & kepada dia (si mati),dan kepada saya kemanfaatan atau kemudharatan.Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati),pergilah kamu menemui Allah swt.Dan mintalah shafaat drpdnya.Maka dia pun (surah) menemui Allah swt dan berkata,"Wahai Tuhanku,si fulan ini (si mati) telah memilih saya dalam kitabMu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya,bolehkah wahai Allah,Engkau membakarnya dan menyeksanya,walhal saya di dalam dadanya?Maka jika Engkau ingin berbuat demikian,jadi padamlah saya dari kitabMu.Dan Allah swt berfirman,"Aku nampak kamu marah." Dia menjawab,"Sesungguhnya saya marah."Allah berfirman lagi,"Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat keatasnya." Nabi saw bersabda,surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa2 kpd si mati.
  3. Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kpd mulut si mati & mengucapkan selamat datang kpd mulut yang sentiasa membaca saya & selamat datang kpd dada yang sentiasa menghafal & menjaga saya.Dan selamat datang kpd dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya. Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (si mati) tidak merasa kesunyian.
  4. Anas berkata,"Apabila Nabi saw khabarkan hadis inimaka tidak ada seorang pun  yang kecil mahupun yang besar,hamba ataupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi saw memanggil surah ini al-Munjiah iaitu yang menyelamatkan. (HR.Ibnu Katsir)
  5. Drpd Anas Ibnu Malik berkata,Rasulullah saw telah bersabda,"Satu surah di dalam al-Quran menghujahkan kpd pembacanya sehingga memasukkannya ke dlm syurga.Iaitu al-Mulk (tabaarakal-lazi). (HR. At-Tabarani)
  6. Drpd Ibnu abbas ra berkata seorang sahabat Rasulullah saw telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur,maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui Baginda saw dan berkata,"Wahai Rasulullah saw saya dirikan khemah atas satu kubur & saya tidak tahu itu kubur & saya dengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam."Nabi saw bersabda,"Itulah yang menahan & menyelamatkan dia drpd siksaan kubur." (HR. at-Tirmizi)
  7. Drpd Jabir ra sesungguhnya Rasulullah saw tidak akan tidur hingga Baginda membaca Alif Laam Mim,as-sajadah & al-Mulk. (HR.at-Tirmizi)
  8. Dan Lais berkata drpd Thawun bahawa kelebihan surah ini 70 kali lebih baik drpd tiap2 surah dalam al-Quran.
  9. Drpd Ibnu abbas ra berkata,"Adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu?" Beliau (Ibnu Abbas) berkata,"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu yang belum baligh di rumah dan kepada jiranmu,sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat di hari akhirat di depan Allah memohon kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia drpd api neraka & pembacanya juga selamat drpd siksaan kubur.
  10. Dan Nabi saw bersabda,"Saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku."(HR.Ibnu Katsir)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin