Hooollllaaaaaaa peeps out there!!!
I would like to wish all of you a prosperous New Year 2010!!
Semoga hadirnya 2010 membuka lembaran baru buat kawan2 semua, semoga hanya yang terindah akan muncul sepanjang tahun ini, semoga apa yang dihajati (yang baik-baik aje ye..) akan tercapai..
Semoga saya & kawan2 semua dikurniakan kesihatan yang baik supaya kita terus dapat menjalani kehidupan sehari-hari dengan lebih sempurna, lebih cantik. Bagi yang sudah berumahtangga, semoga ketaatan dan khidmat sayang antara suami isteri bertambah-tambah dalam barakah-Nya. Kepada yang belum berumahtangga, semoga jodoh kalian termaktub pada tahun ini, semoga berjumpa insan yang betul2 dapat membimbing kalian ke arah kesempurnaan iman & material. Untuk yang sudah menjadi ibu/bapa, semoga kalian semua lebih berinspirasi dalam mendidik anak-anak supaya mereka menjadi hanya yang terbaik dalam segala hal.
Haiiii...banyak sangat 'semoga' nya kan.. Tak apa lah, saya memang suka memulakan ayat dengan perkataan 'semoga' kerana bagi saya, itu adalah ayat-ayat doa buat kalian semua. Tersuratnya hanya nampak luaran, namun tersiratnya saya memohon kepada Allah minta dikabulkan setiap 'semoga' saya...Insyaallah..
Bila datang tahun baru, selain dari percikan bunga api di tengah malam & konsert2 bergegaran di ambang tahun baru.. ada satu perkara lagi yang sering kita fikir..
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
RESOLUTIONsssssssss!!!!!
walaupun ada perkataan 'solution' di situ, tapi kerap kali ia jadi 'unsolved matters'..huaarrrghhhh!!
Ok..now I list my resolutions for 2010. As Robin Sharma wrote in his book, "the things that get committed on paper are the things that are committed to in life". Tapi, takde maknanya kalau pandai tulis aje, tapi takde usaha langsung nak merealisasikan azam tu kan kan... But, it's ok, at least when we write it somewhere, and we share it with others, we'll feel more driven to get it done. So, let's start aiming....spiritually & physically.
1) Nak solat di awal waktu..Subuh,Zohor,Asar,Maghrib,Isyak.
2) Nak buat solat sunat banyak-banyak.
3) Nak doa banyak-banyak kat Allah.
4) Nak consistent dalam exercise..tennis & briskwalking. (Aiiiyyaaa itupun susah ke nak buat??)
5) Nak baca buku banyak-banyak..buku pasal self-help, buku pasal buat duit.
6) Nak cari/kumpul harta buat bekalan masa depan..(masa depan apa nye, sekarang pun takde bekal..hehe)
7) Nak siapkan rumah & decoration nya supaya senang je mata melihat..
8) Nak kumpul ilmu berkenaan financial & economy.. (memang saya kurengg sikit bab2 ni, tu yg kena belajar byk gilerrrrrr)
9) Nak jaga muka, jaga badan (supaya takde spare2 tyre di sana sini), jaga kulit..jaga kecantikan lah senang cakap..niat jgn salah Ujie..untuk suami..hehehhee
10) Nak master the communication skills-in every level.
11) Nak memperbaiki hubungan sesama manusia, samada related or not related..Of all, semua kita bersaudara kan.
12) Nak bangun pukul 5am EVERY MORNING...(huhhhh???? melampau tak you all rasa??ahha)
13) Nak master the skill in the kitchen..(hahhaa..skill potong bawang ke cik kak???)
14) Nak 'eat a balanced diet'..doesn't necessarily eat little right??
15) Nak 'give much much more love to my mom & family'.
16) Nak jadi bestest of the best friend to Mr.Hubby.
::
::
::
::
::
::
rasa-rasa patut ada lagi tak??takpe, this is an on-going, alive list of mine, so I'be updating it from time to time. Doa-doakanlah selain bertambah, kalau boleh biarlah berkurang kan..supaya the list won't never be carried forward to 2011..
Till then, happy resoluting (takde kan word ni??) dear buddies!!!
No comments:
Post a Comment