Tuesday, January 5, 2010

Rentetan Usaha dan Doa



Salam everyone!!

Sungguh cute kan that girl??

Semalam saya dapat satu comment (dan kawan baru..i loike) dari Syahira yang secara indirectly terjengah ke blog ni when she googled about Dr Marsita Mansor. Ingat lagi tak Dr Marsita? She's my gynae & I did my 'uterus overhaul' with her in April last year. Oh my, time flew so fast, nearly a year since I just sit-lay down-sleep-eat during my confinement period for a month after the surgery..Badan time tu kurus giler, ye lah pantang macam orang bersalin, cengkung aje. Nasib baik I could gain my weight back. Overall, Alhamdulillah.

Ok, sedikit cerita terbaru mengenai usaha tak pernah jemu saya untuk pregnant. Mula-mula, saya rasa macam dah malas nak bercerita, tapi bila difikirkan mungkin cerita tak best saya ni dapat jadi panduan untuk teman-teman senasib, saya gagahkan juga menaip baris-baris ni.

Kat mana nak mula ekk??Ok, after operation tu, I was on treatment with doc marsita on getting conceive. I dah buat scheduled intercourse for 2 times. Fyi, this scheduled intercourse is as good as IUI, so taking doc's opinion, i may not need to do IUI anymore. Cost wasting aje. For those who don't really know what the treatment was, you can click here. Dengan period yang dah kembali normal, no more severe pain which made me a happier person on earth, Alhamdulillah, no more polyps, beautifully 'repaired' uterus & tubes, (not taking into consideration Allah's will lah..), supposedly I could get pregnant anytime. Every month, doc will do the eggs scanning and Alhamdulillah, there are eggs at both sides of my tubes. Sometimes the left one is bigger that the right one, or sometime vice versa. But there are eggs..which means simply put, I don't have any infertility problems. Historically, I had never experienced cases like, period tak dtg this month, or it came twice a month or whatsoever that can be described as irregular period. Since I got my first period when i was 10 years old (whatttttt????? begitu cepat kah??? hahahaha..iye puan puan..saya lah itewww..), i never missed a period and it is always 6-8 days, which is so normal. Basically, doc said, with the polyps I still can conceive but with lower possibility. Ermmmmm...

So, pikir punye pikir, I stop for a while seeing dr marsita. Why?? Because I think I'm sick & tired taking all those medications but still no signs of me getting pregnant. Sekali pegi buat treatment tu, the cost is about rm200-300 jugaklah. It's not that I give it up, but more to finding its root of problem actually. Why, why & why I'm still not pregnant while I'm now in the pink of health??



Hinggalah one day, Mr.Hubby suggested we go to see any homeopathy practitioner. My sis-in-law recommended one in Ampang, Dr.Hashimee. But I refused to do any test, just let Mr.Hubby being checked. Soon, the doctor said that Mr.Hubby got a lil problem on fertility. (i'm cool but you know, being a man kan..).   Actually, frankly speaking, I do not believe what he said but have to consider it jugaklah coz mana lah tahu kan. Dr Hashimee said, maybe Mr.Hubby's working environment which contribute to the problem since his 'office' is surrounded by radar & high frequency equipment. No wonder, a lot of his colleagues are facing the same problem nowadays. Balik tu, mula lah ayat-ayat cinta keluar kan..like "you tak sayang i lagi lah" bla bla bla.. I just smile at him. Bagi saya, sedikit pun saya tak menyalahkan dia dalam perkara ni. Semuanya ketentuan Tuhan, tapi tetap saya percaya akan ada penawar & doanya. Jauh sekali saya nak menuding jari walaupun selama 7 tahun saya duk kata, "akulah puncanya". Tapi itupun tak pernah membuatkan saya rasa rendah diri..Alhamdulillah, Allah kuatkan semangat saya & saya tetap percaya jauh dalam lubuk hati ini yang suatu hari segala masalah akan hilang, dan kami akan lalui saat2 bahagia menjadi ibu & bapa kepada anak-anak yang comel. Cuma rezeki saya agak lambat sedikit daripada orang lain, dan sudah pastinya, ada reason semua tu kan. Wajib kita percaya qadha' dan qadar Allah kan..

Tak cukup dengan homeopathy, saya ajak Mr.Hubby berurut. Dia gi urut dengan Pak Su kat Kg. Melayu Subang. Pak Su pun diagnose benda yang sama. Sedihnya, Pak Su baru je meninggal bulan lepas. Sempat juga Mr.Hubby urut dengan dia 5-6 kali kot. Haii, manalah lagi nak cari tukang urut yang berpengalaman & bagus macam Pak Su ni..

Kemudian kami ke Grik, Perak. Kebetulan bawak ayah saya berubat di sana. Tukang urut tu dikenali dengan nama Pak Long. Dan berkebetulan pulak wife Pak Long tu, iaitu standard ah mesti orang panggil Mak Long kan, pandai 'tengok' perut perempuan. Langsung saya suruh dia 'tengok'kan perut saya, dan katanya "haa takde apa-apa masalah pun, comel je rahim dia ni." Dia pun bagitau kat Pak Long suruh Pak Long 'tengok'kan Mr.Hubby pulakkk.. Dan, Pak Long pun diagnose benda yang sama. Again, my love to Mr.Hubby sikitpun tak jadi kurang, makin sayang ada lah... Of all, dia tak de problem sgt, cuma sperm agak lemah sikit & bukan nya tak leh ubat..Senang sgt kalau nak ubat, kata Pak Long.

Balik dari Gerik, kami duk cari-cari lagi kat mana nak berubat. Teringat pada Farah kat Taman Seri Nanding, Batu 9, Cheras. Farah ni dulu pernah masuk paper, ada ability berubat orang menggunakan ayat-ayat suci al-Quran. Lepas dia pegang perut saya, dia cakap, "akak ni boleh mengandung, takde masalah.". Langsung saya suruh dia check Mr.Hubby, lelaki dia tak sentuh sangat, cuma tekan2 perut je sikit. setelah ditanya, barulah dia bagitau problem nya. Di samping kami berdua ni banyak angin dalam badan, Mr.Hubby pun ada masalah yang sama.

Lagi sekali, kami decide nak try homeopathy, tapi bukan dengan Dr.Hashimee. Kali ni dengan Presiden Persatuan Homeopathy Malaysia, Dr. Nik Omar yang ada klinik kat Bangi & Jln Raja Laut, KL. Mulanya, dia tanyakan soalan2 pada saya, suruh saya berdiri dan pusing badan 360 darjah..Bagus, tak genuk kata dia. Hehehe..rupanya dia kata, kalau gemuk mungkin lemak yang akan bagi masalah pada kesuburan. Kemudian, he concluded that I'm ok, nothing is wrong with her, bagitau pada Mr.Hubby. Terus dia prescribe kan ubat tambah sperm pada Mr.Hubby lepas Mr.Hubby citer kan diagnose2 dari orang lain tu.

Terbaru, Mr.Hubby try another branch of homeopathy, but specifically Phytobiophysics, dengan Hj. Malek di Setiawangsa. Hj. Malek menggunakan teknik colour therapy (warna sari bunga-bungaan) & vibration therapy. Dia tak check pun Mr.Hubby tapi terus bagi ubat homepathy, ala yang rasa mcm glucose tu, kunyah2. But, with Hj. Malek saya rasa confident sikit. Dulu pun, mograin saya hilang dengan dia jugak (dengan izin Allah). So sekarang, Mr.Hubby concentrate makan ubat Dr.Nik Omar & Hj.Malek.

Oh ye, antara makanan yang tak boleh makan ialah soya dan ayam.
Yang bagus dimakan bagi lelaki, barli, food that contain Zinc, seafood, broccoli, oyster, buah fig, delima.

Sekarang, perut saya makin hari makin besar. Tak tahulah ada nasi ke atau ada berita gembira di dalamnya. hahaha. Selalu jugak rasa bloated. Kepenatan yang lebih daripada biasa, sampaikan kalau lambat makan sikit, rasa macam nak faint pun ada, ada sikit loya-loya. Malam tadi saya search kat internet, saya cari apa sebabnya kalau kita ada all these symptoms, banyak yang menjurus kepada pregnancy, tapi saya tak lah percaya 100% walaupun ada pasang angan-angan dah..hahaha.. Biasa lah kan.. Apa-apapun, saya tetap mendoakan yang terbaik, dan semoga Allah mengakabulkan doa kami ini.

Kat bawah ni ada saya sertakan doa, mari kita sama-sama amalkan semoga mendapat berita gembira daripada Allah, tuhan Maha Penyayang & memakbulkan setiap permintaan hambaNya.

  1. Ayat 38, surah al-Imran.
  2. Ayat 89, surah al-Anbiyaa'.
  3. Ayat 4-6, surah Maryam.
Amalkan setiap kali selepas solat 5 waktu.

RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL...hehhehe

11 comments:

Unknown said...

ahahahaha...i lah orgnye yg comment & nk jdi kwn baru u tu!!..ehehehe..Actually i like to read your story abt TTC nih..sbb in others word ianye byk bg i semangat dr cite u yg begitu tabah & gigih dlm menempuh sgala ujian & dugaan ni..(hny org yg cm kita je yg phm ape yg kita rse..eheheheh).. I doakan mudahan ada perkabaran gembira tak lama lagi yea...(looking frm the symptoms cm ada je tu!)ngn sgala usaha u selama ni..insyaAllah ada rezkinye..

cza said...

ujie..thanx sebab sudi share all the usaha yg mu n hb dah lalui...
aku rasa tak lama lagi akan ada berita gembira buat both of u!

Hanum said...

Aminn... :)

Hafiy said...

harap-harap berita gembira utk ujie.

Munajah Cinta said...

never give up hope.insya'allah..berita gembira akan menyusul buat hambaNya yang sentiasa sabar & tabah.

Unknown said...

ujie.. sedih pulak i baca tadi, and salute la, u memang tabah.. usaha tanpa henti.. i doakan semoga berjaya ye ujie.. insya allah rezeki tu ada nanti.. only time will tell..

shuzana said...

bloghoping....

salam ujie..shu penah buat treatment ngan dr. nik omar...mmg shu serasi ngan dr ni..hasilnye shu dpt 2 org anak skrg...insyalah dgn izinNya..shu doakan..ada berita gembira ek..

**Atiey** said...

salam kak I've some "petua"...
kucai dgn akarnyer sekali masak ngan minyak sapi, 2kli seminggu amalkan minum 3sudu setiap pagi n sebelum tdo masa nak minum selawat nabi 3kl masa bersama suami tangan isteri pegang rambut suami sebelum memulakan bersetubuh doalah supaya dapat anak, cubelah tgok dlm masa 3bulan ada kesan x then makn buah delima boleh hr2pun xpe

Call sekarang untuk IMEJ BARU anda! said...

To all my dearest lovey dovey readers..thank u sooooo much!! Thank u for the empathy, thank you for your doa & great wishes,thank you for the petua & thank you for sharing the great news about u..

Insyaallah atiey,petua tu akan Ujie buat,cuma tang minyak sapi tu boleh tak agak2 tukar kpd benda lain yek??Ada kenangan tak best lah dgn minyak sapi ni masa kecik,so sampai sekrg bau pun tak boleh dah..hehehe..

Anonymous said...

Assalamualaikum K Ujie,
I terjumpa ur blog masa tgh google pasal TTC sume ni.
I just had hysteroscopy and laparoscopy dgn one gynae from PMC tp bukan Dr. Masitah. I did dgn Dr. Adilah. I just nak tanya masa confinement period tu kan, what kind of things/food yg kena pantang eh? jamu2 sume tu kena makan ke?

Fazzy

Call sekarang untuk IMEJ BARU anda! said...

Waalaikumsalam Fazzy!! Thank u fro dropping by at my blog..:)

Masa confinement period tu, k.ujie pantang betul2,and Alhamdulillah cepat sembuh, luka luar & dalam & takde complication apa2..alhamdulillah. I byk follow tips from my doc tu,plus nasihat my mom..

1) Hari2 baca doa syifa..atau Bismillah Syifa' atau org panggil juga Bismillah 5.

2) Morning-air kosong + madu 2 sudu kecil + perahan sebiji limau kasturi. (vitamin C & immune system).

3) Morning-1 sudu gamat healing yg kaler hijau tu.Sebotol rm65 rasanya. Tahan 1 bulan jugak lah.

4) Omega 3 fish oil 3x sehari.

5) Kurma-3-7 biji sehari.

6) Makan byk sup haruan.

7) Lauk2 pulak,sama mcm org bersalin.

8) No jamu yet, takut panas badan. In fact,today baru k.ujie start beli jamu, it's been 1 year dah. hehehe..tak sabar nk start mkn..:)

9) Pantang minum ais minimum 100 hari.

10) Jgn byk buat kerja/jalan espcially angkat benda2 berat. Nanti sakit & luka pun x cantik..hehehe..satisfaction tu!

11) Ramai org ckp mkn orange byk2,tp k.ujie takleh, terus seram sejuk menggigil.

So,basically, apa yg fazzy nk mkn, try je dulu sikit,biasanya kalau x sesuai,mmg terasa immediately..i.e gatal ke,sengal2 ke,ngilu ke..

And kalau nk tahu idea2 resepi masakan utk pantang dlm confinement ni..k.ujie ingat,nanti kak ujie share lah kat blog ni..insyaallah mlm ni or esok kak ujie buat 1 entry just for u ye!!

Happy confining (ada ke word ni??)!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin