Tuesday, September 8, 2009

Asam Rebus pembuka selera

Posted by Picasa
Jom, kita masak asam rebus.
Mak mertua saya panggil lauk ni 'Asam rebus'.. memang orang Kedah panggil mcm tu.
Kalau ikut bahasa persuratan (chewahh) Terengganu,
lauk ni hampir (99.99%) sama dengan 'Singgang Pedas'.

Apa-apapun, lauk ni memang pilihan saya kalau rasa
dah muak dengan lauk bersantan lemak berkrim kesukaan ramai tu..
Lagipun, lauk ni boleh di consider healthy cooking
ye lah, rebus aje semua nye..

The Ingredients
3 ulas bawang merah-kisar
1 ulas bawang putih-kisar
2sm kunyit hidup-kisar
4-5 tangkai cili kering-kisar
2 sm belacan-kisar
3 batang serai-diketuk
Ikan kembong atau apa2 ikan yg manis
2-3 keping asam keping
Bunga kantan jika suka-hiris halus/cincang
Daun kesum
Bendi untuk garnishing dlm kuah
4 gelas air

How To
Satukan semua bahan ke dalam periuk berisi air. Didihkan.

Bila dah mendidih, masukkan ikan & bendi.

Ikan dah masak, bendi dah lembut maknanya dah pun siap.

No comments:

Cheeky Quotes

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin