Tuesday, September 8, 2009

Masak lemak cili padi peria

Hooolllaaaaaa evelibody!!!
Posted by Picasa
Ramadhan ni, rasa nak citer pasal makan aje ye..
Macam takde citer2 lain pulak saya ni.
Takpe lah, saya tgh rajin ni, layan je lahhhh..hehe

Menu kali ni
Masak Lemak Cili Padi Peria + Udang + Petai

Setiap kali saya ke pasar, saya mesti beli peria katak ni..
Namanye je yg tak syok di dengar,
tapi rasa sedap..pahit2 lemak gitu..
Selalu saya goreng dengan udang kering,
tapi kali ni macam dah jemu pulak..tukar selera sikit

Teringin nak makan masak lemak versi cair
bukan apa, sebenarnya dah muak juga hari2 asyik masak bersantan ni
tu yg cuba buat cair sikit..

The Ingredients
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
10 biji cili padi (cari yg pedas tau..ada uummmpphh)
1 keping asam keping
1-2 sm kunyit hidup
1 biji peria
10 ekor udang sederhana besar
1 papan petai
3 cawan santan (cairkan sikit)
Garam

How To
Belah dua & hiris peria-celur sekejap. Angkat & toskan.

Kisar hancur bawang merah, bawang putih, cili padi & kunyit hidup.

Campurkan bahan kisar dengan santan, asam keping.
Masak hingga mendidih sambil dikacau tak berhenti.

Masukkan udang, peria & petai. Masak sekejap.

Masukkan garam secukup rasa. Angkat & hidang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cubalah, kalau2 nak ubah selera masa berbuka nanti.

No comments:

Cheeky Quotes

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin