Thursday, August 6, 2009

Siakap Rangup Sos Plum

Posted by Picasa

The Ingredients:
Ikan Siakap
3 ulas bawang merah - dibelah 4
4 ulas bawang putih - dibelah 3
5-6 biji cili padi - dibelah 2
6-7 hiris halia
2-3 sudu besar sos plum (kat giant/carrefour/tesco ada jual)
3-4 helai daun limau purut
Special part; 3-4 keping asam kulit limau/asam boi putih/serbuk asam boi

How To:
1. Gaul ikan siakap dengan garam & kunyit. Deep fry kan dia sampai garing.
Ting tong, petua: Taknak bagi ikan tu melekat kat kuali, masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) dlm minyak gorengan..biar je dia garing hitam legam dlm tu.

2. Angkat & ketepikan.

3. Panaskan 2 sudu minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia & cili padi.

4. Kemudian masukkan air dalam 2 gelas. Masukkan bahan2 lain tu sekaligus.

5. Masukkan garam sesedap rasa. Kemudian, masukkan ikan siakap tadi, renehkan sehingga kuah jadi pekat likat.. (tutup kuali supaya aromanya tak hilang ke alam sekitar..hehe)

6. Bila dah agak kering, angkat & hidangkan..

2 comments:

Anonymous said...

patut ler aku goreng kerapu aku baru ni melekat kulit. aku rase minyak aku dh cukup panas doh! bila hidang..dh tak lawo ikan aku!

-semek ra-

chujie said...

ko try ah letak asam keping tu,mmg dok lekat kat kuali..caye lah ckp aku..hehehe

Cheeky Quotes

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin