11.
Alhamdulillah, esoknya saya beransur pulih.
Makin sihat.Makin bertenaga.
Langsung saya temankan Mr.Hubby ke sana ke mari, (berpatah ke tugas utama
saya, menjadi hubbyscompanion..)..
Sekali sekala seram di kepala menjengah,
saya usap dengan bacaan Ayat Qursi & Zikir yg tak lekang di hati saya,
sehingga tanpa saya sedari, bacaan itu akan sentiasa di dalam hati..
Petang kembali ke office Ayah,
minutes of meeting dah saya rencanakan..
Maafkan kami Ayah..
Pengurusan syarikat terpaksa kami tegur!
12.
Malam tadi tidur di Kota Kemuning lagi..dah malam sangat,
tak larat Mr.Hubby nak drive back home after sehari suntuk
ke sana ke mari langsaikan tugas..
Kan ke seronok kalau ada driver..hehehe
Paginya kami beli Limau Purut 14 biji, Limau Nipis 14 biji
& Garam Kasar 14 bungkus!!
Abang jemput sorang Ustaz dari Gombak,
minta tengok2 kan saya & rumah kami.
Sampainya Ustaz tu, semuanya berkumpul di rumah saya.
Memang saya terkena gangguan..
Ada orang yang dengki taburkan abu mayat di pagar2 rumah saya!!
Rajin sungguh dia..hairan saya..
Sebab musababnya??Entah lah,tak kuasa saya nak memahami org sebegitu.
Betul 'rasa' saya, mengikut kata Ustaz,
dia juga menabur di pintu kecik depan dusun..
Kami akhiri usaha & ikhtiar dengan 'memagar' rumah saya & jiran saya juga..
Jiran saya juga pernah terkena benda yang sama,
dan bila kami tanyakan pada Ustaz adakah ia orang yg sama,
Ustaz hanya senyum & tergelak kecil..
Fahamlah kami....
13.
The best part is...
before leaving, Ustaz tu ada tanya saya, anak dah berapa??
Saya bagi jawapan yang standard..
"belum ada rezeki lagi Ustaz"
Spontaneously, Ustaz tu kata,
"Carikan saya 7 liter susu kambing & sekilo kurma. Antara banyak2
ilmu yang saya pelajari,Alhamdulillah ilmu yg ni berjaya dah banyak kali..
99% kadarnya."
Alhamdulillah, mungkin ini usaha penghabisan..Manalah tahu kan..
14.
Esoknya, Mr.Hubby & Abang ke dalam kampung, jumpa penternak kambing.
Alhamdulillah,ada susu kambing nya.
Petang tu jugak, kami terus ke Gombak dengan sekilo kurma &
Coleman Box yang berisi susu..
Bermulalah setiap petang saya & Mr.Hubby sebagai penggemar susu kambing
yang diblend dengan 2 genggam kurma..
Satu genggam milik saya, satu lagi Mr.Hubby..
Rasanya??? Sedap & enak sekali..
Dua hari lepas dah abis 7 hari kami bersama susu kambing..
namun kami akan jadikannya amalan..
Memang elok pun untuk kesihatan kan...
15.
Tak lama lepas saya sihat..walaupun belum 100% lagi,
Mak pulak sakit.. Sakit di ulu hati, pedih, mencucuk,
risaunya Mr.Hubby..
Minta2 tiada yang serius sebab insurance Mak baru kami apply.
It takes a month to be activated!!
Kami bawak Mak ke Klinik Nazam, doktor kata Gastrik..
Ahhh General Doctor..(maaflah)..
After 1 day,sakit Mak tetap sama.
Malam kami bawak pulak ke Klinik Pakar An-Nur di Bangi..
Doktor buat Urine Test..sudahnya dia suspect Mak ada Batu Karang..
Aduhaiii..kesian tengok Mak,sebab seumur hidup dia tak pernah sakit..
cuma lenguh2 badan aje..itupun jarang sangat..
she's blessed with good health so far..
First time tengok Mak kena inject,kena drip ubat, kesian sangat..
Doktor bagi ubat hancurkan batu karang tu..but 2 days time still no improvement.
Mr.Hubby off to work while I was browsing the net cari kat mana
nak buat treatment batu karang secara traditional..
Ada yang kat Felda Trolak, tapi ramai lagi
mention kat kat Durian Tunggal, Melaka..
16.
So, last Tuesday we went to Durian Tunggal. Nasib Mr.Hubby dah call one of
his friend yang pernah ke situ..
Katanya kena pegi very early because there will be a crowd of 150 people everyday
lining up to see the..the..ermmm Man..
(known as Hj Jamal)
Mulanya kami takut gak, tapi ada seorang kawan yang
pegi scan lepas balik dari jumpa Hj Jamal tu, doktor sahkan batu karang dia dah takde!
Happy dia tak payah buat operation langsung..
Esoknya kami bertolak dari rumah seawal 4.30 pagi,
sampai sana pukul 6 pagi,org dah start beratur ambik nombor.
Kami dapat no.17,ok lah not bad..Yang dapat no.1 sampai pkl 4.30 pagi dari Lanchang,Pahang.
Aku bawak Mak masuk jumpa Hj.Jamal tu (dalam pukul 8.30 pagi),
together with other 2 Makcik from Melaka itself..
and you wouldn't believe it..
seeing is believing..
Hj Jamal tu keluarkan batu karang tu macam tu je,
hanya dgn gosok2 kat perut dengan sejenis krim macam kapur,
tak sampai pun seminit batu karang tu dah ada kat tangan dia!!
No wonder la ramai giler yang datang, dari Jepun pun ada..
Dia siap bagi batu karang tu utk kitorg bawak balik..
Tercengang saya & Mak tapi Mak
dah boleh senyum sikit sebab sakitnya dah berkurang..serta merta!!
Kenapa tak percaya???
Oh ya, info mengenai tempat tu saya dapat daripada
Sesiapa yg nak tahu dengan detail, tanya saya..
17.
Balik dari Melaka,kami terus ke Ampang..
ke Hashimee Homeopathy pulak.. Ubatkan Mak lagi..
Saya cadangkan pada Mr.Hubby ubatkan Mak sahaja hari ni..
senang 1 hari sekaligus..
Kat homeopathy, Mak check jarinya yang selalu ketar..
One thing, semangat lawan sakit Mak tak kuat..
Dia dah risau sangat takut Parkinson.. Kami pun risau gak,
cuma kami cuba menidakkan kemungkinan yang buruk..
Alhamdulillah, ia cuma saraf..namun bukan saraf otak..
Jadi bukanlah Parkinson..
18.
Esoknya, Mak complaint lagi rasa sebu kat perut.
Rupanya Mak dah 6 hari tak membuang..
Memanglah Mak dalam kategori 'jarang membuang', selalunya 3 hari sekali..
tapi tak pernah pulak sampai 6 hari!
Haiii..apa lagi lah sakitnya..
kami dah belikan Yogurt drink, Prune Juice, ubat kat farmasi,
namun semua tak jalan..haru..biru..buntu!!
Sudahnya malam tu jugak,saya ajak Mr.Hubby sekali lagi ke An-Nur,
niat nak scan or x-ray..
tapi doctor tu kata angin..sebab tu sebu..
kalau x-ray pun nampak najis je katanya..
Masalahnya,kami dah tak tahan dengar Mak mengadu sakit..kesian..
Tu yang nak tahu punca sebenar segalanya, walaupun jauh di sudut hati
doa kami tiada yang serius!
19.
Pagi-pagi lagi Mr.Hubby dah pegi keje..tinggal saya & Mak saje.
Saya pun tgh tunggu 'hari' ni..tunggu Cik P tu lah..
Saya doa semoga Cik P tak datang dalam masa 3 hari ni,
supaya dapat saya jaga Mak dengan baik..
Sedang saya masak, tiba2 teringat pada Tilam Magnet yg saya
beli kat Zhulian..Ya Allah,terima kasih!!
saya terus ke bilik & bawak turun tilam tu sendiri..
Saya suruh Mak terus baring & berterapi dengan tilam tu selama 2 jam..
Dan..syukur, Mak dah membuang hari tu juga!!!
Hahaha..Ada juga gunanya tilam tu..
20.
Mungkin doa saya dikabulkan, bila Mak dah sihat,
Cik P pun datang menjenguk!!
Saya tak banyak rungut, Allah dah buat yang terbaik..
Bulan ni sakit sikit..saya rasa inilah yg paling kuat
selepas operation 4 bulan lepas..Mungkin sebab sedikit delay kali ni..
Haiii..mungkin ni bulan sakit bagi kami..
Waktu Mak belum sihat betul-betul,
kakak saya di Dungun telefon minta tolong jenguk anak sedara
saya di MRSM Jasin..tak berapa sihat juga..
Dengan elok,saya katakan,saya tak dapat tolong sebab saya sendiri
belum sihat sepenuhnya..Mak pun tgh sakit..
Nasib baik dia memahami..
Malam tadi pulak Abg Ju call, bagitau Angah will undergo a hernia operation
today at Kuantan Medical Centre..
(Alhamdulillah,saya dah call Mummy yg ada kat sana ptg tadi,Angah keluar
dari OT pukul 6.30 ptg tadi, he's in stable condition)..
Ya Allah, aku mohon pertolongan Mu,aku mohon kurniaan nikmatMu..
Kurniakanlah nikmat kesihatan pada semua ahli keluargaku..
Sembuhkan mereka yang sakit,
dan peliharalah mereka yang sihat..
Semoga kami sentiasa menjadi orang2 yang bersyukur...
Pada saat & ketika ini, saya tak sabar menunggu Mr.Hubby pulang esok pagi..
Kali ni 3 hari saya rasakan bagai 3 minggu!
Rindu sungguh saya pada dia, cinta hati saya..hihihikk
(gelak gatal)
..and the next Friday, he'll be on leave for 1 whole week..
I hope it will be a pleasant & memorable week for us to cherish..