Friday, July 10, 2009

Ada Orang......

  1. Ada orang suka bila dia sentiasa DI ATAS.. Tak senang rasanya bila ada orang lain yang boleh mengatasinya.
  2. Ada orang suka bila dirinya dipuji melambung.Tanpa dia sedari kita hanyalah hamba-Nya,maka segala pujian haruslah kita pulangkan kembali kpd pemiliknya yang hak. Alhamdulillah-segala puji bagi Allah.
  3. Ada orang langsung tak dengar & tak pandang cerita orang lain.Hanya dia yang ingin orang lain mendengar ceritanya sahaja.Dia mahu orang lain mempercayai segala ideanya tetapi dia cukup susah untuk menerima idea & pandangan orang lain.
  4. Ada orang suka menunjuk-nunjuk kehebatannya,tak kira di mana,sekalipun dijalanraya (sukanya dia bila dia sentiasa ahead on road),di dapur (hanya dia yang champion segalanya).Dia sahajalah yang tahu segalanya,pakar dalam segala bidang.Kepakaran orang lain amat payah untuk dia akui.
  5. Ada orang suka memuji diri sendiri.Dialah yang paling pandai mengurus apa jua keadaan,dia lah yang pandai mengadili segala hal,masakan keluarganya sahajalah yang paling sedap sehingga memaksa (dalam tak sedar) orang lain mengakuinya juga.
  6. Ada orang sangat payah untuk mengungkapkan sebaris pujian penyedap hati untuk orang lain.(kalau puji pun macam tak ikhlas aje..).Walau bagaimana sekalipun sedap makanan yang dicadangkan orang lain,sekaliun diratahnya hingga licin,namun untuk keluar satu perkataan "sedap" dari mulutnya,wahhhh susah sungguh!!
  7. Ada orang hanya nampak kebajikannya sahaja,yang dia tahu cuma tangannya yang memberi.Akuilah pemberian orang lain juga,orang lain pun penat mengumpul pahala.
  8. Ada orang cukup suka mengaku dia hebat dalam beribadat.Dialah yg alim,dialah yg warak.hadis yg keluar dari mulutnya shj yg sahih agaknya.Ajaran agama drpd orang yg lebih muda langsung dia buat tak endah.Sedarlah kawan,belajar adalah tugas sepanjang hayat.ilmu itu ilmu Allah,dan jika Dia sudah menentukan engkau akan menerima ilmu drpd seorang bayi sekalipun,terimalah ilmu itu dengan ucapan syukur.
  9. Ada orang yg mengukur ilmunya dgn tebalnya bukbuku yg di baca,banyaknya buku dirak rumahnya.Ketahuilah,hatta dikumpulkan lautan di dunia dan dijadikan dakwat ntuk menulis ilmu-ilmu Alah,nescaya itu pun tidak cukup.
  10. Ada orang yg egonya sangat tinggi.Jangan ada orang yang lebih daripada dia,dlm apa jua hal sekalipun.Mulut mungkin berkata tak dengki,bibir mungkin menguntum senyum,namun hati ada juga sedikit iri.Ego seorang senior,faham-faham sahajalah.
  11. Ada juga orang macam tu ye.....
...............haiiiii.. entahlah belalang!!!! ..............

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin