Wednesday, May 27, 2009

Metrojaya Warehouse Sale

Hairan jugak,kenapa ramai yang tak tahu pasal Sale ni..Walhal,dah tentu Metrojaya sepatutnya meng'sms' kesemua ahlinya. Takkan pula buat sale tapi nak sorok2. Apa-apapun,aku dah dapat sms..dan mengikut kata arwah ayah aku, bila orang dah invite,kita kena berusaha jugak menghadirinya..Hehehe. Pandai aku mengaplikasikan nasihat arwah ye!!

Sudahnya aku sampai kat gudang tu,memang tak ramai orang. Mungkin hari ni hari bekerja, jadi ramai yg tak sempat ambil peluang ke sini. Atau pun,memang orang tak tahu! Aku masuk ke gudang dgn harapan, balik nanti aku nak kendong beg plastik besar2,penuh dgn baju baru..tapi rupanya indah khabar dari rupa! Yang dikatakan 'household item' tu hanyalah beberapa helai alas kaki & tuala, 'apparel' pulak cuma t-shirt bersaiz terlampau kecik & terlampau besar.. Adalah cuma beberapa helai je yg bersaiz 'normal' ataupun 'standard'.. Dengan erti kata lain, ini adalah Reject Shop Clearance sale, bukan metrojaya secara keseluruhannya. Walaupun Reject Shop memang di bawah 'taklukan' Metrojaya, tetapi bagi aku, Reject Shop sekarang sungguh berbeza dari dahulu! Dulu, sewaktu aku masih belajar, Reject Shop lah tempat aku shopping, shopping ala-ala student, beli 2-3 helai pun dah rasa shopping sakan, semuanya kerana harga di Reject Shop memang kami mampu.. Sekarang, barang di Reject Shop kadang2 lebih mahal harganya berbanding kedai2 lain dalam shopping mall! Dan, sedihnya, barangnya semakin kurang berkualiti, kecuali pakaian2 yang di import dari luar negara, tapi itupun semua bersaiz besar..hanya kerana harga borongnya lebih murah..

Tak mahu pulang bertangan kosong, aku beli juga sehelai kemeja linen, rm17 & 2 helai boxer; rm3 sehelai..itu aje yg berbaloi utk aku rasanya. Tapi, sekali aku jengah ke shopper's bag Mr.Hubby; tu dia aihhh!!! T-shirt 5 helai, Jeans 1 helai, Seluar Dalam seluar dalam pun beli??? 4 helai, Bermuda 1 helai, Tuala 3 helai, T-shirt Mak 4 helai, Kemeja Mak 1 helai...huyyyyyyoooooo!!!! Ni saper yg craving nak bershopping ni?? Huhh,asalkan bahagia la bang aji oiiiii...

Aku tgh geram tengok Mr.Hubby duk menerai baju2 yg dia beli tadi satu per satu..

3 comments:

zulindanish said...

hahahaha, angin tu, tapi normal la sale indah khabar dari rupe..saje nak tarik perhatian tuh..tapi ada gak sangkut ek..hehehe...

cza said...

best nya chujie shopping...oppss...silap..bukan chujie..tp abang aji...he he..

strawberry tags said...

haha..sis.. quit funny this entry...
but i faham.. penah tertipu camtu gak... kekekke...

sms kata cheapest/sale.. kadang2 kata ada free gift up to rm200..tapi kena beli rm500-800 dulu... aaaa... hehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin