Friday, August 27, 2010

So, what is the end???

Holllllaaaa folks...

Remember THIS POST I posted previously?

Updating that entry..Alhamdulillah there were more than half list went strikethrough..hehe. Ok lah kan... Bulan puasa beb...kudrat teramat kurenggg...

So, the items in RED in that particular entry, means unsettled!!!(as per today)..

Will continue putting extra extra effort to make sure it's done before raya..huhhh...

Tuesday, August 24, 2010

I'm in the mood....again......

Salam Mubarak

Hari ni Mr.Hubby nak gi kerja dahhh
sedih tauuu...
mesti rindu kat dia nanti
dah 11 days dia kat rumah..
off & stand-by yang tak kena call-up
heaven ok
so, as the title of this blog
bila si dia di rumah
ke mana sahaja berdua lah jawabnya
hampir setiap hari kami on the road
melangsaikan kerja yang takkan selesai
jumpa clients
jumpa suppliers
jumpa customers
survey..survey..survey
restaurant hopping untuk berbuka puasa
penat tapi seronok..sebab dgn dia kan..

So, hari ni he'll be off to work for 4 days
eh,ke 3 hari??? tak ingatlah
macam biasa..dari semalam saya dah lembik..
macam small daughter nak kena tinggal
hehehehe
bukan apa..dah terbiasa bersama lama2
terasa tau keseorangan
plus ni bulan puasa pulak...nanti terfikir dia makan apa nak berbuka
tapi kan..
apart from that
bila dia pergi kerja lah saya ada masa untuk diri sendiri
untuk business saya, 
untuk rumah saya,
untuk diri saya..

So,
untuk 3-4 hari ni..
saya dah siapkan list things-to-do yang berjela2
harap2 sempat siapkan semuanya despite of bulan puasa ni kan
.
.
.
.
************************
  1. lipat 3 bakul baju done
  2. kemaskan stok2 BeautyKlique done
  3. masukkan tudung2 dlm plastik done
  4. kemaskan bilik/studio done
  5. iron baju2 Tommy Bahama done
  6. photoshoot baju2 Tommy Bahama done
  7. upload gambar2 Tommy Bahama dalam blog wardrobelelaki
  8. iron baju kerja mr.hubby - 1 pair for daily flight on the 27th. done
  9. beli rak untuk dapur done
  10. beli buffet table utk raya
  11. beli table cloth linen kat Nilai 1-custom made done ;beli kat ikea
  12. kemaskan dapur done
  13. kalau rajin pergi IKEA/kalau malas pergi Alamanda beli vase, pinggang mangkuk, stand vase & bamboo done
  14. panggil uncle samy the gardener utk bersihkan halaman rumah done; set on Sunday
  15. siapkan Facebook Pages utk Ujie&Ullfia
  16. siapkan & submit Business Card design
  17. update Ullfia, my darling partner on the box & wrapping paper design. done
  18. get mr.hubby's pants ready for alteration done
  19. basuh baju,kalau selalu sgt hujan hantar laundry je lah done
  20. ironing few baju
  21. dry clean baju kurung & baju melayu
  22. set-up dining hall done
  23. beli pendant & wall light for dining hall
  24. keluarkan pinggan mangkuk for raya done
  25. beli curtain for dining done
  26. kemaskan bilik2 tidur done
  27. bedsheet changing done
  28. floor sweeping & vacuuming & mopping
*************************
Hahhhhh!!!!
menaip & buat list memang seronok kan
hehehe
tang nak buat tu aduiiiiii
tapi takpe
i give you my words
jika tanpa gangguan & aral yg melintang atau menegak
inshaallah akan diusahakan sedaya yg termampu
so, kita tunggu after 4 days nanti
akan saya updatekan list2 ni
mana yang selesai
mana yang separuh jalan
mana yang tak sentuh langsung
hihihihihi

Friday, August 20, 2010

Errr nak minum air apa ye today bang????

Dah boring minum cordial kan???
Biasalah bulan puasa ni..scheduled meal hari2 buatkan kepala pening nak pikir menu..

Senang saje..
Buat sendiri jus buah-buahan segar
lebih fresh
lebih sihat
lebih sedap
lebih jimat

Yang bestnya, you can choose whatever fruits you want for the juice
asalkan tak mabuk sudahhhhhhhhh

GOLDEN KIWI & MANGO JUICE
(pastu boleh sesuka hati nak letak nama apa kan kan kan)


Untuk 2 insan bercinta orang,
 2 biji mangga 
(kalau dpt Indian or Australian Mango lagi perrghhhhh), 
2 biji golden kiwi (yellow kiwi),
sedikit perahan lemon,
setengah cawan air gula (kalau mangga kurang manis)
Setengah gelas air

BLEND JE SEMUA TU SEKALI bersama dengan ice cubes
This one you need a smoothies maker atau blender yang boleh buat smoothies..selalunya yang ada Ice Crusher..

Make sure air tak banyak sangat, sebab nak dia jadi pekat cenggini
untuk kepuasan maksimum..hehehe


Love the colour
Love the taste more....

Udang Padthai....yang teramat senang nak buat

Hari yang sama masak green curry..saya masak Udang Padthai..

Ingat ni??

Guna aje paste padthai ituuuu...hehehehe. Cuma tambahlah sikit bahan2 tumisnya. Iaitu:

Ingredient


4 sudu besar Thai Heritage Padthai paste
3 sudu besar sos ikan
3 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 batang serai - dimayang
Satu papan petai - dibuang kulit & belah dua
Sebiji limau kasturi - ambil airnya
Sedikit daun basil kering - beli aje yg McCormick tu
Gula perang - optional
10 ekor udang laut


How To
1.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 mayang tu.

2.
Masukkan udang, paste, air limau & sos ikan. Kacau & goreng 5 min sehingga udang masak.

3.
Sprinkle the basil & gula perang (kalau suka manis).


Hiaskan dengan cili merah, kalau rajin..hihihihi...

Note: Semua masakan yang menggunakan sos ikan, sebaiknya jgn masukkan garam..sebab sos ikan
tu dah masin tahap gaban..hehe

My Green Curry yg heaven..ermmmm

Thai Green Curry is one of our all-time favourite Thai delicacies. Dari dulu saya nak cuba buat, tapi belum jumpa resepi yang pada saya logik & nampak sedap. Every time cari resepi kat internet, mesti ada bubuh Thai Green Curry Paste, saya taknak sebab saya nak tahu jugak macam mana buat paste tu. Takde lagi yang bagitahu resepi untuk buat curry paste tu, saya teringin nak tahu how it can turn to GREEN..

Hari yang kami berbuka kat Q-Thai tu, we ordered Green Curry. But, to our disappointment, green curry Q-Thai betul2 tak memenuhi kehendak piawaian tekak saya & Mr.Hubby. Tak tahu lah apa silapnya..sebab saya tak pandai nak masak. Masa tu lah, hati membuak2 nak belajar masak kari hijau ni.

Esok paginya, awal-awal lepas sahur, saya dah start browse internet. Terjumpalah satu resepi yang boleh diterima logik akal & imaginasi saya..hehehe.. Terus jot down bahan2 nya..pukul 9 am ke pasar.. Saje je nak wat surprise kat Mr.Hubby. Lepas ke pasar tu, singgah kat Pasaraya Mydin jap, nak beli chicken fillet..masa cari dry spice kat shelf, tetiba Mr.Hubby panggil, " eh syg..dah ada ni lah sekrg..senang lah..boleh lah U try buat" sambil tunjuk kat benda alah ni haaa...


Terkulat-kulat mataku memandang botol2 tu & Mr.Hubby yang tercengang...lastly, terpaksalah bocorkan rahsia..sambil tunjukkan kertas yang aku tulis bahan2 nak dibeli tu.."ni haaa memang I nak masak green curry pun today, tapi nak buat sendiri..takmo lah beli paste yg dah siap..".. What a coincidence..but at least I know he's looking for it too..dalam hati ya Allah, mintak2 lah sedap curry aku ni.. As a penyelamat keadaan jika memerlukan, saya beli jugak sebotol paste yg readymade tu..In case kan............hehehe

So, balik rumah je dgn bersemangat...terus prepare the dishes..

Ingredients

10 ketul chicken fillet
3 btg serai - mayang & simpan the upper part of the stalk
1 biji terung bulat - saya pakai separuh je
1 biji capsicum hijau - pun pakai separuh je
5 biji cili hijau
1 cawan daun ketumbar yg dihiris halus
5 biji tomato cherry
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Santan - 1.5 biji kelapa
(if u buy the pati santan, make sure it's a very good quality one ye)
Thumb-sized lengkuas
Sedikit belacan
1/2 sudu kecil biji ketumbar yg ditumbuk
1/2 sudu kecil jintan yang ditumbuk
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
3-5 sudu besar sos ikan
1-2 biji limau kasturi - ambil airnya
2 sudu besar gula perang
3-4 helai daun limau purut


How To
1.
Blend {serai, bawang putih, bawang merah, cili hijau, lengkuas, daun ketumbar, serbuk ketumbar, 
serbuk jintan, serbuk lada putih, sos ikan, belacan & perahan limau bersama 1/4 cawan santan}


2.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan blend tadi selama 2 min.

3.
Masukkan santan. Kacau selama 2 min. Santan jangan terlalu pekat & jgn juga terlalu cair.

4.
Masukkan ayam, serai (bahagian atas btg serai tadi diketuk/dititik) & daun limau purut. Masukkan 
juga gula perang.

5.
Masukkan sayur. Masak sehingga 10 min.


6.
Kemudian rasalah masam,masin & manisnya. Kurang masin-tambah sos ikan, kurang masam-tambah air limau kasturi, kurang manis-tambah gula perang.


Cantikkan green curry saya...suka sgt tgk kaler dia..and the tomato really add to the beauty..

Siap dihidang.


Baru saya tahu, apa yang 'menghijaukan' kari ni..
Daun ketumbar & cili hijau.

Ok..selamat mencuba dari My Heavenly Kitchen...

Tuesday, August 17, 2010

Berbuka di Q-Thai

Al-kisah, dua hari lepas, Uncle Samy the Gardener & konco2 nya dtg rumah saya untuk pasang tanam rumput. Lepas dah tanam tu, alang2 diorg dah kat rumah saya tu, terus saya mintak Uncle Samy tolong tanamkan 3 pokok yang dah 3 tahun duduk dalam polybag kat rumah saya tu. Punyalah tak green finger nya kami, sampaikan pokok tu tak berpindah2 langsung dari polybag ke tanah..hinggalah Uncle Samy datang. Saya suruh dia tanam kat depan tingkap sinki dapur, supaya saya dapat ke'natural'an time basuh pinggan nanti. 

"Tup tap" - satu lubang...
"Tup tap" - satu lagi lubang..
"Tup tap ..toinggggggg" - alamakkk pecah pulak paip.. (lupa kat situ ada batang paip)

So, tak berair lah rumah saya petang tu..makanya tak bolehlah nak masak2 kan...(excuse yang sgt best!!). Ditambah pulak kat Giant Nilai belakang rumah tu ada restoran baru bukak...Q-Thai namanya. Otak terus ligat mengajak Mr.Hubby berbuka kat situ aje petang tu.

Kononnya rumah dekat, pergi lambat lah sikit kan. Pukul 7 baru sampai kat Giant. Sekali tempat penuh daaaaaa....So, berbuka lah kitorang kat Giant dengan segelas milo share berdua. Solat dulu, pastu hujan selebat2 alam...berbuka lah kami pada pukul 9 malam.. (pahala lebih lah sikit hari tu kan..hehehe)

Ni menu book Q-Thai. Q-Thai kat Avenue 9 ni ialah outlet yg ke-9, maybe next year they open
the opportunity to franchise. Kat outlet2 lain ada yang namanya Q-Thai,ada yang nama lain..
it's like branding lain2 lah..just like next to Q-Thai Nilai ni, ada another restaurant owned by them; Portugese Ikan Bakar. (alaaa lauk2 yang bakar dalam aluminium foil tu). I haven't tried that one yet, sbb too common kot.. 

Menu memang banyak & each of them ada keunikannya tersendiri. Rasa pun lain-lain, tak macam kedai tom yam yang berlambak kat luar tu...ladna ke,paprik ke,kung fu ke,hong kong ke..rasanya saaammmmmaaa je.. That's what I like about Q-Thai ni lah..

Price-wise, mmg berbaloi & reasonable. A plate of nasi goreng with full set of lauk (you choose) costs only RM 7.00 - 8.00. Saya pernah try Nasi Goreng Butter Prawn ..ermmm memang best!! Mr.Hubby pulak pernah makan Japanese Black Pepper Udon...thumbs-up jugak!!

Untuk lauk-lauk pulak, kalau ikan/udang/ketam tu macam biasalah ikut harga pasaran & ikut per gram.
Tapi kalau tom yam atau sayur2..range dalam RM6.00 - 8.00 untuk seorang. tapi harus diingat, portion untuk seorang tu boleh dimakan berdua. Quite big jugak kalau order banyak lauk.

Masa kitorg makan, orang dah tak ramai. Maklumlah kan, siapa lagi yang nak berbuka pukul 9 macam kitorg ni kan...hehe

Oh ya, besides ala-carte dishes, ada Thai Steamboat jugak. But I'm not so sure the price per head, because I don't really fancy steamboat yang banyak ball-ball macam ni..Too much boric acid lah to me. But to those who love, this is quite a good choice sbb selection dia banyak gilerr ok..

Tak cukup row tadi, ada lagi row yang ni..

Desert bar pun ada.. Of course Thai Style.

SIAKAP DANCING QUEEN
Ni lauk yang kitorg order. Makan berdua tak payah banyak2 lauk.. Kami order Siakap Dancing Fish.
Review : Mr.Hubby suka, but I found it too sweet to my taste. Tak lih nak telan dengan nasi.

Kerabu Mangga.
Review: Mangga too soft, too much anchovy-taste, too sweet. Tak rasa pedas langsung. Don't know what happen to chili thai yang "pedas berdesut" tu..

Thai Green Curry Chicken
Review: A thumbs-down of all. Keciwa ok...I would prefer Flying Chillies wayyyy better than this.

Please ya, all the reviews above is strictly to my liking only & yes it is very subjective. Not good to me maybe the best to others. I'm only speaking honesty here. So, peace....hehehe

Balik dengan rasa kecewa (for this day's selection of menu lah)...huhuhuhuuuuu

Monday, August 16, 2010

Asparagus Goreng Belacan

Salam
Resepi kali ni senang giler..hehe
Mesti you all kata.."ek elehh resepi camni pun nak letak kat blog"
kahkahkahhhh
Saya jawab...
"eh suka hati lahhh"
hehehe...

Anyway..cubalah kan..kot2 tak pernah terfikir nak masak camni..
So harapnya boleh dijadikan panduan bersama..
Lebih2 lagi Ramadhan ni..kdg2 otak rentung nak pikir masak apa tiap2 hari kan..
Saya amat memahami!!!

Ingredient

1 paket asparus hijau
3 biji cili merah
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan
Garam secukup rasa

How To
1.
Asparagus dipotong panjang2. (about 4cm panjang..eh,takkan nak bawak ruler plak ke dapur kan..so ikut suka you all lah nk potong camne..nanti masuk perut you all gak kan...hehehe)

2.
Tumbuk kesemua bahan (except asparagus lah..), jgn terlalu lumat.


3.
Dah tu, tumis je bahan tumbuk tu. Kemudian masukkan asparagus, kacau2..siap lah...

Jadi macam ni: 



Sambal Ikan Kering Salai Ikan Lumek

Ready for another try??
Tapi this one main ingredient tu susah sikit nak jumpa..

Ikan Kering Salai Ikan Lumek


Ikan nya halus2 panjang..dikeringkan & kemudiannya disalai..or the other way round..hehe
saya pun tak pasti. Kemudian ikan ni seolah-olah 'digamkan' rapat2, tapi senang dileraikan. Ikan ni digulungkan banyak2 so memang senang nak simpan. Bila nak masak, koyakkan aje seberapa yang nak. Ikan ni Mr.Hubby beli kat Sibu, harga RM35/kg . Saya rasa ikan ni memang asal dari Sibu sebab kalau di Kuching, harganya melambung ke RM60/kg.. Tapi, seriously, ikan ni memang sedap!! Makan nasi panas2, dgn aromanya yang wangi salai tu..pergghhhhhhhh terangkat beb!!!! hehehe..

Ok, enough about the introduction of Lumek. dan berkenalan semua kan??

SAMBAL IKAN LUMEK KERING

Ingredient


Ikan lumek kering
20 biji cili padi - blend
Sebiji bawang besar - blend
2 ulas bawang putih - blend
Air asam jawa

How To
1.
Goreng ikan lumek. Make sure you don't over-fry it sebab nanti terasa pahit. Cukup sekadar balik-balikkan & angkat. Asingkan.

2.
Tumis bahan yang di blend tadi sampai cili masak.

3.
Tambah air asam jawa & garam. Masukkan ikan lumek & goreng sehingga colour change to this:


4.
Siap & boleh dihidang terus. Ataupun, untuk bulan puasa ni, boleh keep refrigerated, keluarkan 1 jam sebelum nak makan sahur/berbuka. Tak perlu panaskan lagi sebab it doesn't contain santan. (tp kalo rajin tu apa salahnya..hehe)


Kerabu Udang dgn Sos Ikan

Salam deariessssss...

Here is another recipe from My Heavenly Kitchen
Hope you guys enjoys it!!!


Ingredients
Udang sederhana besar 10-15 ekor
(kalau pakai udang laut lagi best..lagi manis)
Serbuk Chilli & Shrimp brand Mae Pranom
1.5 biji limau kasturi
2 btg serai
4-5 helai daun limau purut
6-7 biji cili padi
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 sudu besar sos ikan 

How To
1.
Udang boleh dibuang kulit atau tidak, terserah kepada your own liking.

2.
Perap udang bersama sos ikan & perahan limau kasturi selama setengah jam. Lagi lama lagi best.

3.
Mayang halus bawang merah, bawang putih, serai, daun limau purut & cili padi, menjadi seperti dalam gambar di bawah ni.


4.
Panaskan minyak, goreng udang sekejap until turn red & golden. Angkat & asingkan.

5.
Tinggalkan minyak sedikit utk menumis. Tumis kesemua bahan2 mayang tadi selama 5 minit.

6.
Masukkan udang yg telah digoreng tadi. Masukkan 2 sudu besar (depends pada tahap kepedasan masing2 lah) serbuk cili Mae Pranom, kacau rata. Masukkan garam. Rasa & sedia untuk dihidang.


One thing saya suka masakan ni, serdak bahan2 mayang yang digoreng tu sungguh membuka selera. Dan, saya suka masak udang, sebab cantik bila dihidang, cuma makan tu takde lah sangat. Selalu ingatkan diri tentang cholestrol..hahaha..

Wednesday, August 11, 2010

Sambal Cakalang

Another kampung dish from
My Heavenly Kitchen

SAMBAL CAKALANG
Cakalang adalah 'tuna' dalam bahasa Indonesia
During our trip to Jakarta last month, we had our lunch
at the Dabu-Dabu Restaurant at The Plaza, Jakarta.
Surprisingly, menu2 nya sedap2 semuanya.
Me & Nazra had Nasi Goreng Cakalang
Atie had Nasi Kuning 
both are delicious banget..hehe


Seperti biasa, saya cuba menguis-nguis (is this  an exist word??)
sambal cakalangnya..cuba menghilangkan sebatian
yang hadir dalam menu tersebut.
Tunas rasa pada lidah ligat memainkan peranannya
"Ermmm rasa2nya boleh cuba buat kat rumah ni"

So, this is it!!!
Alhamdulillah...rasanya hampir 90% sama..
Serupa tapi tak sama
Of all....a nice try Ujie!!
Kalau tak jadi pun..anggap je lah ni resepi ciptaan sendiri..
hahahaha

INGREDIENTS


2 tin Tuna chunks in water
6-7 biji cili merah
10-15 biji cili padi merah
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji tomato cherry
(kalau guna tomato biasa sebiji dah cukup)
1-2 biji limau kasturi 
Air asam jawa
1 sudu besar biji ketumbar
Sedikit bawang goreng (sbg ejen pewangi natural)


HOW TO

1.
Toskan tuna. Goreng dalam minyak sehingga agak garing & golden. Angkat & asingkan.

Tuna chunks yang ditoskan

Tuna setelah digoreng

2.
Tumis bawang besar + bawang putih yang di blend (dry) sampai golden. Minyak extra ye.
Bawang tu blend kasar2 ye. Jgn terlalu lumat.

3.
Masukkan cili merah + cili padi yang diblend (dry jugak) bersama tomato.
Cili pun sama, blend kasar.

4.
Bila agak2 macam nak garing sikit, masukkan air asam jawa, perahan limau
kasturi & 2-3 sudu gula. Gula ni depends pada level
kepedasan cili yang kita guna, kalau agak2 mmg pedas kaw-kaw, letak lah lebih sikit.
Sebab sambal ni rasanya pedas2 manis.

5.
Masukkan sekali biji ketumbar yang ditumbuk pecah. Ketumbar ni untuk bagi
aroma pada sambal. 

6.
Masukkan garam secubit rasa. Kemudian, boleh masukkan ikan tadi & gaul hingga sebati.


Sambal ni boleh buat banyak2..then simpan dalam peti ais.
Bila nak makan, keluarkan satu jam sebelum supaya minyak yang terbeku tu
cair & hilang sejuk dia. Ataupun kalau ada microwave, boleh panaskan aje buk!!

Sedap, makan dengan nasi panas-panas time berbuka,
atau boleh jadikan menu utk sahur.
Maklumlah, sahur selalunya express..so panaskan aje..hehe

Opps..boleh jugak makan dengan nasi goreng.

Salam Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum..

Selamat Menyambut Bulan Ramadha yang penuh keberkatan ni buat kawan2 seagama.
Diharapkan semoga kedatangan Ramadha kali ini tak diambil remeh oleh saya (seperti tahun2 yg lepas..masyaallah). Semoga tahun ni saya dpt tingkatkan amal ibadat, perkuatkan keimanan diri &
perbanyakkan amal jariah.

Saya sebenarnya dah lama tak masak. Dah berbulan-bulan. Kesibukan betul2 menghalang. Makan luar hari2 memang menjemukan, saya memang tak faham macam mana orang boleh beli lauk atau makan kat luar hari-hari. Bagi saya, seriously, makan kat rumah, masak sendiri walaupun hanya telur dadar/ikan goreng/sambal belacan itu laaaaaaaaaaaaaaaaaggggiiiiii sedap daripada makan kat kedai everyday. Maybe sekali-sekala nak tukar selera boleh lah kan..Saya pun bukannya pakar memasak macam Mat Gebu..tapi saya memang suka masak. Bila dah lama tak masak, saya memang rindu nak ke dapur. Hari tu Mr.Hubby perli saya, dia kata "you ni kan, dah lama tak masak. Dah 6 tahun dah.." Wakakakakaa..tu dia..6 tahun..Psst: memang suami saya jenis yang suka exaggerate sikit..hehehe.. Dah bila saya bgtau dia, "hari ni takmo keluar mana2 tau Syg, I nak masak." Tapi, celik je mata pagi2, dia dah cakap.." Syg,cepat siap2..kita nak ke bla bla bla blaaaaa..." Adoiiiiiiii....

Hari ni first day puasa tahun ni. Mr.Hubby berbuka di Kaohsiung hari ni. Tghari tadi dia pergi kerja,esok tghari baru balik. So, first day puasa dia takde. Saya mungkin berbuka dgn Asyraf, anak buah yg study kat MIAT tu.

Ok..ni menu2 yang saya masak hari ni.

KARI AYAM
SAMBAL CAKALANG (TUNA) JAKARTA STYLE
SAMBAL CILI PADI IKAN LUMEK SALAI KERING
KERABU UDANG GORENG SOS IKAN

Ingat tadi nak tambah lagi..boleh masak banyak2, masuk fridge jadikan stok berbuka utk seminggu. Tapi dapur saya tu buat hal lahhh..penatnya kena pakai lighter nak nyalakan, pastu kena tekan tombol tu takleh lepas2 for 2-3 mins, tangan kena stabil giler..terangkat sikit..i have to start all over again. Esok nak kena call service man datang, agaknya dah lama tak service itu dapur..hehehe..

Sunday, August 1, 2010

Sila lah berkunjung ke.......

Ye..ye...saya tahu..memang sudah lama saya tak update blog ni. nak buat macam mana, lately memang terasa tangan tak cukup, bukan tangan saje, kaki,mulut,otak semua rasa macam tak cukup..(bukankah mengkufuri nikmat Allah tu namanya??).. Dari segi istilahnya sahaja 'tak cukup', namun dari segi maknanya, memang saya terlampau sibuknya sehinggakan masa yang Allah berikan 24 jam tu jenuh dikejar & kadang2 berharap agar ia lambat bergerak...haiiiii manusia mudah alpa pada masa..

Ok, ini cerita terbaru saya...

Saya bersama kawan baik telah sepakat membuka bisnes Online Boutique & telah pun mula beroperasi minggu lepas. Jadi kawan2 & this-blog-reader semua, bolehlah berkunjung ke :

BEAUTYKLIQUE
khusus utk baju2 wanita, macam2 design, cantik menarik memang da bomb lah...hehehe

&

BAGSPLURGE
yang ini kami khaskan utk handbag jenama2 terkenal seperti Coach, Longchamp dll.
(masih baru so please expect only a few entry as per today)

Jadilah Follower di blog2 jualan kami, kerana ada ganjaran yang menanti anda.
Setiap Follower yang membuat belian akan menerima privillege
"point-collection" yang membolehkan anda
melayakkan diri dalam "Redemption Entry" kami setiap 3 bulan.

So, apa tunggu lagi...
jom serbuuuuuuu........


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin