Friday, August 20, 2010

My Green Curry yg heaven..ermmmm

Thai Green Curry is one of our all-time favourite Thai delicacies. Dari dulu saya nak cuba buat, tapi belum jumpa resepi yang pada saya logik & nampak sedap. Every time cari resepi kat internet, mesti ada bubuh Thai Green Curry Paste, saya taknak sebab saya nak tahu jugak macam mana buat paste tu. Takde lagi yang bagitahu resepi untuk buat curry paste tu, saya teringin nak tahu how it can turn to GREEN..

Hari yang kami berbuka kat Q-Thai tu, we ordered Green Curry. But, to our disappointment, green curry Q-Thai betul2 tak memenuhi kehendak piawaian tekak saya & Mr.Hubby. Tak tahu lah apa silapnya..sebab saya tak pandai nak masak. Masa tu lah, hati membuak2 nak belajar masak kari hijau ni.

Esok paginya, awal-awal lepas sahur, saya dah start browse internet. Terjumpalah satu resepi yang boleh diterima logik akal & imaginasi saya..hehehe.. Terus jot down bahan2 nya..pukul 9 am ke pasar.. Saje je nak wat surprise kat Mr.Hubby. Lepas ke pasar tu, singgah kat Pasaraya Mydin jap, nak beli chicken fillet..masa cari dry spice kat shelf, tetiba Mr.Hubby panggil, " eh syg..dah ada ni lah sekrg..senang lah..boleh lah U try buat" sambil tunjuk kat benda alah ni haaa...


Terkulat-kulat mataku memandang botol2 tu & Mr.Hubby yang tercengang...lastly, terpaksalah bocorkan rahsia..sambil tunjukkan kertas yang aku tulis bahan2 nak dibeli tu.."ni haaa memang I nak masak green curry pun today, tapi nak buat sendiri..takmo lah beli paste yg dah siap..".. What a coincidence..but at least I know he's looking for it too..dalam hati ya Allah, mintak2 lah sedap curry aku ni.. As a penyelamat keadaan jika memerlukan, saya beli jugak sebotol paste yg readymade tu..In case kan............hehehe

So, balik rumah je dgn bersemangat...terus prepare the dishes..

Ingredients

10 ketul chicken fillet
3 btg serai - mayang & simpan the upper part of the stalk
1 biji terung bulat - saya pakai separuh je
1 biji capsicum hijau - pun pakai separuh je
5 biji cili hijau
1 cawan daun ketumbar yg dihiris halus
5 biji tomato cherry
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Santan - 1.5 biji kelapa
(if u buy the pati santan, make sure it's a very good quality one ye)
Thumb-sized lengkuas
Sedikit belacan
1/2 sudu kecil biji ketumbar yg ditumbuk
1/2 sudu kecil jintan yang ditumbuk
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
3-5 sudu besar sos ikan
1-2 biji limau kasturi - ambil airnya
2 sudu besar gula perang
3-4 helai daun limau purut


How To
1.
Blend {serai, bawang putih, bawang merah, cili hijau, lengkuas, daun ketumbar, serbuk ketumbar, 
serbuk jintan, serbuk lada putih, sos ikan, belacan & perahan limau bersama 1/4 cawan santan}


2.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan blend tadi selama 2 min.

3.
Masukkan santan. Kacau selama 2 min. Santan jangan terlalu pekat & jgn juga terlalu cair.

4.
Masukkan ayam, serai (bahagian atas btg serai tadi diketuk/dititik) & daun limau purut. Masukkan 
juga gula perang.

5.
Masukkan sayur. Masak sehingga 10 min.


6.
Kemudian rasalah masam,masin & manisnya. Kurang masin-tambah sos ikan, kurang masam-tambah air limau kasturi, kurang manis-tambah gula perang.


Cantikkan green curry saya...suka sgt tgk kaler dia..and the tomato really add to the beauty..

Siap dihidang.


Baru saya tahu, apa yang 'menghijaukan' kari ni..
Daun ketumbar & cili hijau.

Ok..selamat mencuba dari My Heavenly Kitchen...

No comments:

Cheeky Quotes

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin