Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum..

Selamat Menyambut Bulan Ramadha yang penuh keberkatan ni buat kawan2 seagama.
Diharapkan semoga kedatangan Ramadha kali ini tak diambil remeh oleh saya (seperti tahun2 yg lepas..masyaallah). Semoga tahun ni saya dpt tingkatkan amal ibadat, perkuatkan keimanan diri &
perbanyakkan amal jariah.

Saya sebenarnya dah lama tak masak. Dah berbulan-bulan. Kesibukan betul2 menghalang. Makan luar hari2 memang menjemukan, saya memang tak faham macam mana orang boleh beli lauk atau makan kat luar hari-hari. Bagi saya, seriously, makan kat rumah, masak sendiri walaupun hanya telur dadar/ikan goreng/sambal belacan itu laaaaaaaaaaaaaaaaaggggiiiiii sedap daripada makan kat kedai everyday. Maybe sekali-sekala nak tukar selera boleh lah kan..Saya pun bukannya pakar memasak macam Mat Gebu..tapi saya memang suka masak. Bila dah lama tak masak, saya memang rindu nak ke dapur. Hari tu Mr.Hubby perli saya, dia kata "you ni kan, dah lama tak masak. Dah 6 tahun dah.." Wakakakakaa..tu dia..6 tahun..Psst: memang suami saya jenis yang suka exaggerate sikit..hehehe.. Dah bila saya bgtau dia, "hari ni takmo keluar mana2 tau Syg, I nak masak." Tapi, celik je mata pagi2, dia dah cakap.." Syg,cepat siap2..kita nak ke bla bla bla blaaaaa..." Adoiiiiiiii....

Hari ni first day puasa tahun ni. Mr.Hubby berbuka di Kaohsiung hari ni. Tghari tadi dia pergi kerja,esok tghari baru balik. So, first day puasa dia takde. Saya mungkin berbuka dgn Asyraf, anak buah yg study kat MIAT tu.

Ok..ni menu2 yang saya masak hari ni.

KARI AYAM
SAMBAL CAKALANG (TUNA) JAKARTA STYLE
SAMBAL CILI PADI IKAN LUMEK SALAI KERING
KERABU UDANG GORENG SOS IKAN

Ingat tadi nak tambah lagi..boleh masak banyak2, masuk fridge jadikan stok berbuka utk seminggu. Tapi dapur saya tu buat hal lahhh..penatnya kena pakai lighter nak nyalakan, pastu kena tekan tombol tu takleh lepas2 for 2-3 mins, tangan kena stabil giler..terangkat sikit..i have to start all over again. Esok nak kena call service man datang, agaknya dah lama tak service itu dapur..hehehe..

No comments:

Cheeky Quotes

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin