Wednesday, June 3, 2009

Another recipes from my humble kitchen..

Ari ni aku masak keli, sebab anak sedara aku Syamil Rais tu memang suka ikan keli. Pagi-pagi lagi aku kejutkan Mr.Hubby pegi pasar beli ikan keli, aku mcm malas sgt nak drive ke pasar pagi ni. Sekali dia call, bgtau ikan keli kat pasar dah abis, reasonnya Makcik yg jual keli tu kata, sekarang tak ramai beli ikan keli, sebab orang ramai khuatir ikan keli tu dari Perak.. Kan heboh ikan keli kat Perak diberi makan benda2 yang tak sepatutnya. Aku pun tak tahu pasal ni, betul ke CheZa?? So, Mr.Hubby terus ke Jenderam, ada satu kolam ikan keli peliharaan org kat situ. Lagi meyakinkan, bersih & suci, tanpa was-was lagi..hehehe..macam iklan Zaitun pulak.
Ikut putaran jam; Gulai Telur, Keli Balado, Ikan Goreng, Kentang Bilis Goreng Lada Hitam, Kacang Panjang Goreng, & kat tengah2 tu Daging Dendeng Sos Ikan.

Aku rasa ramai yg dah tahu resepi lauk ni kan..tapi takpe lah, memang niat kita untuk tukar-tukar resepi kan. Inilah satu sebab sebenarnya kenapa aku tak berapa gemar makan di luar, dengan harga lauk-lauk di restoran sekarang, kita dah boleh jamu sepuluh orang di rumah! 7 ekor keli ni, beli terus di kolam, baru RM5.50, boleh 6 orang makan paling tidak. Berapa sangatlah pula harga cili tu dan sebiji bawang besar! Eh, aku kalau dah melalut, memang sah Minah Dapur..

Ok,ni resepinya:
1) Goreng dulu ikan keli garing-garing. Best makan sirip-sirip yg crunchy tu..
2) Blend kasar cili merah, bergantung pada kesukaan sendiri. Jika suka sambalnya, guna lebih cili. Dry-blend ye, kita tak nak terlebih air dalam sambal nanti.
3) Mayang separuh biji bawang besar. Tumiskan sampai keemasan.
4) Masukkan cili blend tadi, bersama air asam jawa pekat dan garam. Goreng hingga garing sedikit.
5) Sudah siap, angkat dan taburkan atas ikan keli tadi. Jgn masukkan ikan terus ke dalam sambal, sebab nanti ikan tu jadi lembik pulak terendam dlm sambal tu.

Ni pulak Dendeng Daging. Tersangat mudah caranya, pejam sebelah mata pun boleh..hahaa..

Perap sahaja daging yg dipotong nipis-nipis dengan sos ikan, bawang putih tumbuk & perahan limau kasturi/nipis. Perap selama setengah jam. Goreng dalam minyak sederhana. Goreng sampai garing, jadi warna macam dalam gambar kat atas tu. Memang agak lama, tapi sambil-sambil tu kita boleh masak lauk lain dulu, cuma sesekali kita balik-balikkan daging tu. Bila dah garing, mayang bawang besar & potong cili kering, masukkan sekali. Angkat & hidang.

Daging ni walaupun nampak macam hangus, tapi memang rangup. Macam keropok rasanya! Cuma rasanya agak masin sikit, bila makan boleh ganti ikan masin.. Makan sikit-sikit dengan nasi. Jangan pula diratah, takut nanti takde suara pulak.:)

Ini lah menu favourite aku kalau dah tak tahu nak masak apa. Boleh jugak buat tambah-tambah kan lauk yang ada atas meja makan. Lagipun,memang membuka selera. Pun senang, maklumlah, aku bukannya qualified chef nak bagi korang resepi yg boombastic, cuma chef keluarga sendiri je..takde gaji pun..Kwang kwang kwang..
Cara-caranya:
1) Goreng kentang yg dipotong jejari ala-ala french fries tu. Angkat & ketepikan dulu.
2) Goreng ikan bilis pulak. Sama, angkat & ketepikan dulu.
3) Tumis bawang putih mayang, bawang besar mayang & cili padi potong.
4) Percikkan kicap sedikit, tabur serbuk lada hitam (dinasihatkan kawan-kawan blend sendiri lada hitam, yg dah siap dibotol tu tak sedap, tak wangi & banyak campuran tepung & Pak Aji) & garam sedikit.
5) Dah garing, masukkan semula ikan bilis & kentang tadi.Gaul-gaul, angkat & hidang. SIAP..
Posted by Picasa

5 comments:

zulindanish said...

Nak gulai telur...dari hari aku bace Fb mu, sampai la ni x habih lagi aku terliur, Ujie weh....

chujie said...

Mu nk resepinya ke?

zulindanish said...

tu mu dah upload, teng kiu beb....

chujie said...

u r most welcome dear!!! try masak utk den,kot2 dia suka..

zulindanish said...

owkey..mmg skang ni dia just suke telur mata kobau je, kot2 dia nak try telur baru pulak... tengkiu deh..

Cheeky Quotes

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin