Tuesday, June 16, 2009

Kisah Rasulullah (1)

Dalam satu laporan, Jabir berkata, "Kami semua bersama-sama dengan Nabi Muhammad dalam Perang Zatur Riqa, kemudian kami tiba pada sebuah pohon rendang, kami biarkan pohon itu digunakan oleh Nabi Muhammad. Kemudian datang seorang lelaki musyrikin, waktu itu pedang Nabi Muhammad digantungkan pada pohon itu. Lelaki itu menghunuskan pedangnya lalu bertanya pada Nabi Muhammad, "Adakah kamu takut padaku?" Jawab Nabi Muhammad, "Tidak!" Lelaki itu bertanya lagi, "Siapakah yg dapat menghalang kamu daripada perbuatanku ini?" Nabi Muhammad menjawab, "Allah!"

Dalam rekod Abu Bakar al-Ismaili, dalam buku 'sahih'nya, disebutkan begini: "Lelaki itu berkata, "Siapakah yg dapat menghalang kamu daripada perbuatanku ini?" "Allah!" jawab Nabi Muhammad. Pedang itu pun terjatuh dari tangan lelaki itu. Kemudian pedang itu diambik oleh Nabi Muhammad, lalu baginda berkata, "Siapakah yang dapat menghalang kamu daripada perbuatan ku ini?". Lelaki itu berkata, "Jadilah engkau sebaik-baik orang yang diminta perlindungannya."

Nabi Muhammad kemudian bertanya,"Mahukah saudara mengakui tiada tuhan melainkan Allah. dan bahawa saya ini utusan Allah." Dijawab oleh lelaki itu, "Saya tidak mahu. Tetapi saya berjanji kepada kamu, saya tidak akan memerangi kamu, dan saya tidak akan menyertai sesiapa yang memerangi kamu."

Nabi Muhammad membiarkan sahaja lelaki itu lepas dan meneruskan perjalanannya. Kemudian lelaki itu pergi berjumpa sahabat-sahabatnya, lalu berkata, "Saya baru bertemu dengan sebaik-baik manusia."

******************************************************
Subhanallah!! Maha Suci Allah & sungguh cantik perilaku Muhammad kekasihNya.

Inilah yang sebenar-benar maksud, "Tiada paksaan dalam beragama"

Baginda boleh sahaja memaksa lelaki itu menerima Islam jika Baginda mahu, tetapi itu bukan Islam yang sebenar. "tiada paksaan dalam beragama" diaplikasikan bila seseorang itu hendak memilih agamanya, (jika dia bukan Islam), bukan bila mempraktikkan ajaran agama. Bila sudah Islam nya, segala ajaran, amal makruf nahi mungkar, wajib ditunaikan. It's our obligations being a Muslim. Jangan sesekali berkata, agama tidak memaksa untuk saya solat, untuk saya puasa. Terpesong fahaman sebegitu.

As we are Muslim, we try our very best to be a very good practising Muslim.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin