Thursday, June 4, 2009

Gulai Telur cara aku..

Atas permintaan ramai, chehhh apa yg ramainya?? , aku sertakan kat sini resepi Gulai Telur, tp cara aku lah..dok tahulah sedap ke dok.. Cuma, inilah lauk yg aku masak jika rasa takde selera dgn lauk lain. Simple tapi, lauk ni jugak selalu mengembalikan kenangan di zaman kanak-kanak dulu. Maklumlah, time budak, semua suka telur kan.. Gulai Telur ni jugak favourite Tasya, anak my neighbor tu.. Kadang-kadang, dia dgn manjanya, bagitau.."dah lama aunty ujie tak masak gulai telur tu".. so my heart will melt...

1) Blend bawang merah 2-3 biji, bawang putih 1 ulas & kunyit hidup 2cm. Blend dgn air ye..
2) Masukkan dalam periuk. Masukkan santan, 2-3 keping lengkuas, 1 atau 2 keping asam gelugor (asam keping), dan 2 sudu besar cili kisar.
3) Atas api sederhana, kacau (jgn tinggal) selalu sampai mendidih.
4) Pecahkan telur satu per satu ke dalam mangkuk. Pastikan telur baru ye, sebab kita taknak telur tu pecah, biar telur kuningnya sebiji-sebiji. Masukkan ke dalam kuah tadi, sambil kacau pelan-pelan.. Jgn kacau kuat sgt, takut pecah lak telur2 tu..
5) Last, masukkan garam. Rasa. Angkat & hidang.

Makan pulak dengan ikan goreng garing-garing..Wallllaaa...

3 comments:

Zawiyah said...

ujie...guna telur itik ke telur ayam ni?? yg best telur itik la kan. tp susah mau carik laa. itik tak bertelur ko?

chujie said...

alamak!! aku selalu pakai telur ayam je..the only telur itik yg aku mkn ialah telur masin..hehhe.. tp manalah tau kan,kot2 sedap pakai telur itik..cuba la..

Zawiyah said...

lorr..mati2 aku ingatkan telur itik.sokmo2 aku jumpa telur itik masak mcm ni. pg td nampak doh telur itik kat pasar. aku duk aim doh nak masak gulai ni. rupa2nya leh guna gak ke telur ayam. aku rasa tekak aku masih leh terima kot telur itik ni. biasa la umur makin meningkat ni, tekak aku pun dah pandai memilih benda yg nak dimakan.

Cheeky Quotes

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin