***Sila maklum,mulai hari ini,kata ganti nama 'aku' dlm blog ini akan bertukar kepada 'saya' sebagai usaha untuk menyopankan diri sendiri..hehe***
Hari ni saya kan sedap bunyinya bangun pukul 6 pg, sesudah solat Subuh, saya terus turun menyapu lantai di bawah. Bibik (bibik kakak ipar ada di rumah sebab anak2 saudara saya menghabiskan cuti sekolah mereka di rumah saya) langsung menegur, "Awalnya Jie sapu rumah?" Jawab saya, "Senang Bik, nanti budak2 dah bangun, susah pulak diorang lalu lalang. Nanti Bibik tolong saya mopkan lantai ye.." Bibik pun mengangguk. Bibik tu memang sangat2 boleh diharap. Di rumah kakak saya, dialah yang menjaga 4 orang budak, masak, basuh + lipat kain, gosok baju, siapkan budak2 ke sekolah, kemas rumah, tidurkan baby..Pendek kata, segalanya dia lakukan. Untung kakak saya tu. Habis, apa kakak saya buat ye??? Malas saya nak komen panjang lebar..Ibarat kata Nabil, 'lu pikir la sendiri'...
Sudah lantai dimop, saya langsung bersiap-siap nak pergi beli sarapan, nasi lemak penang, yg sedap tu. Sebelum keluar, sempat saya menjenguk dalam periuk nasi, ada lagi nasi semalam. "Ika, nanti Ika potong bawang, tumbuk sekali dengan isi ikan goreng ni ye." Ika ialah pembantu Kak Shila, jiran saya yg sekarang ini di Terengganu, bercuti di Pulau Perhentian dengan keluarganya. Ada kenangan 'pahit' tahun lepas sewaktu Ika ikut sekali ke Perhentian, sebab tu tahun ni dia malas nak bawak budak tu. Ika ni versi pembantu yg 'antonym' dengan Bibik tadi.. Bagai pahat dengan penukul perangainya..Aiiiii...
Balik dari gerai Nyak Zahari nasi lemak penang tu, saya langsung terus ke dapur siapkan nasi goreng. Ika bancuhkan kopi 'O' kampung, terus saya, mak, Syamil, Nazeem, Zaeem & Ika sama Bibik bersarapan. Mana mak budak2 & bapak budak2 tu ye?? Emmmm..masih dibuai mimpi rasanya..No komen!!! Lepas sarapan, cepat-cepat saya bersiap..hari ni saya dah buat temujanji dengan diri sendiri untuk ke Alamanda..membeli barang2 yang sengaja saya tiadakan supaya dapat saya jadikan alasan untuk ke sana..hehehe..
Sampai saje di Alamanda, mata saya terus tertumpu pada gerai handbag. Ermmm..cantik-cantik handbag ni, baru sampai tu..Nampak sangat saya pengunjung setia gerai handbag ye.. Pilih-pilih, saya pilih yg berwarna hitam, sebagai ganti bag 'G for Giant' yang semakin lusuh diheret ke sana sini.. Saya tak suka ada bag yg sama warna, membazir rasanya..dan sekarang, adanya bag putih & hitam,rasanya sudah lengkap gaya saya. Biarlah bag-bag lain tu tersimpan rapi, sekali-sekala akan saya keluarkan jika terasa rindu.
Sesudah itu, saya jalan-jalan lagi. Merayau sambil mata melilau mencari kalau-kalau ada nampak tanda 70% di mana-mana kedai. Emm Reject Shop, macam ok je.. Tapi biasalah, RS sekarang ni dah tak macam dulu. Sudah saya katakan dlm entry saya yang lepas kan.. Cuma, hati tterpaut juga pada sehelai baju tidur ala-ala Victoria Secret. Sudah lama tidak ke New York, beli kat Reject Shop pun jadi. Yang pasti, saya tidak pernah memilih brand, apa yang cantik & harga berpatutan dengan kualiti barang, saya capai. Malam besok Mr.Hubby pulang, bolehlah saya bergaya dengan baju tidur baru ni..Ehem ehem lah jawabnya...Hahahaha..
Saya membeli Make-up Remover, untuk dibawa kemana-mana saya pergi. Selalunya saya hanya gunakan Facial Wipes untuk cuci make-up sebelum ambil wudhu' (jika saya diluar), tapi kian lama muka saya makin rosak. Risau saya bertambah bila Mr.Hubby & Kakak2 saya pun perasan, macam ada panau..Ohhh tidakkkkkk!!!!! Mungkin akibat dari pembersihan muka yang tak sempurna. Jadi, terpaksalah saya pakai Make-up Remover yg betul. Krim mata??? Haaa sejak dari krim mata saya dah habis 2 bulan lepas, saya langsung tak pakai krim mata! Usia dah melangkau 30-an ni, saya akui, penat nak jaga muka & badan. Kalau tak dijaga dari sekarang, nanti takut terlebih bajet pula dimasa depan.. Muka yang dah teruk baru nak dijaga, teruk belanjanya nanti kan.. Jadi, saya sambung guna Krim Mata Loreal, Revitalift. dari dulu saya guna, macam ok je..hehehe.. (Panadol Soluble tu untuk kakak ipar saya yg tgh selsema sekarang)
"Ya Allah,Tuhan yang berkuasa mengubah hati-hati manusia, tetapkanlah hati kami supaya terus taat kepadaMu"..
8 comments:
ujie..sbnrnya ..aku pun tak suka bahasakan diri aku dalam menulis..dolu2 aku gunakan cza..tp mcm ala2 manja pulak. so aku tukarkan kepada aku..now ..bila aku dah bc entry mu ni..membuatkan aku nak ubah kepada saya juga la. sebab mungkin ada pembaca blog yg umurnya lebih tua dari kita kan? so mmg agak kasar gunakan perkataan aku kan? hmm..dalam keluarga, mmg kami dah diajar dari kecil utk tidak menggunakan perkataan aku jika sesama adik beradik. nti aku fikir2kan
bestnya dikelilingi anak2 buah kan. rindu lak aku ni kat anak2 buah aku esp on my side.
sebelah my hsbnd baru ada 7 org.. Sebelah aku dah 28 org..tu yg hidup aku ceria je cheza..hehehehe
memang la ceria. time diorang membesar la saat yg bahagia melayan keletah diorang kan. sblh mu tu aku rasa dah nak jd mak ayah dah kan. semua dah besar panjang. muka lak sebijik ngan chujie dia..hehe..
Ujie, Suka entry ni.. ;-)
Thanks for sharing yer.
Teringin nak beli gak buku doa tu.. :-)
Jie, actually aku pun baru beli make remover jenama Loreal tu, memang best, ia lebih kurang cam maybelline punya...tapi aku penah guna Simple, tapi tak tau nape, pedih mata la..hehehe..
saya ada menjual SK-II trial set and full size..murah dr counter..boleh klik nama utk link fb sy..
yang org penang tu..bawsh pokok kt desa cempaka
Post a Comment