Friday, June 5, 2009

Budak-budak memang lurus akalnya...

Entah kenapa, semenjak dua menjak ni saya selalu tersentuh hati melihat keletah budak-budak..
Selalu terkesima dengan kata-kata mereka..
Tersenyum sendiri bila berbual dengan mereka..
Mungkinkah tak lama lagi saya pun bakal bergelar ibu?? Harap-harapnya lah.. :)

Malam tadi ketika saya menyiapkan tempat tidur anak-anak buah saya (tempat tidur saya juga lah tu,memang selalu bila Pak Lang nya kerja,mereka dah 'booked' saya awal-awal), Nazeem masih nak On kan laptop;

Mak Lang : Dah la Ajim, tidur je lah..Mak Lang dah tak nak buat kerja dah.
Nazeem : Kejap lah....kita nak bukak ni je.
Mak Lang : Nak bukak Ultraman la tu. (memang itu je yg dia tahu, bukak YouTube,type Ultraman Tiga, pastu tgk walau 100 kali benda yg sama)
Nazeem : Kejaplah Mak Lang..
Mak Lang : Ajim ni tak dengar cakap Mak Lang. Mak Lang kata tak payah bukak, jgn lah bukak.. (sikit lagi saya dah nak tinggikan suara..ishh tak sabar betul)
Nazeem : Haaa..jom Mak Lang,kita nyanyi sama-sama. Mana buku kecik Mak Lang tu..

Rupanya dia bukak Asmaul Husna yang saya simpan dalam Winamp. Saya terlupa nasihat saya suruh dia nyanyi lagu tu setiap kali bangun & nak tidur. Haii,rasa bersalah pulak marah-marahkan dia tadi. Akhirnya saya pun sama-sama menyanyikan nasyeed Asmaul-Husna tu sambil tersenyum & sedikit keinsafan dihati..
--------------------------------------------------------------------------------------------
Petang tadi sewaktu saya menemankan Syamil buat latihan Maths, bunyi kicauan burung sangat bising di luar bilik saya. 

Syamil : Mesti burung-burung tu tgh gaduh kan Mak Lang..
Mak Lang : Tak...kan baru lepas azan Asar tadi. Burung-burung tu tgh sembahyang..
Syamil : **tercengang**
Mak Lang : Amil biasa tak tgk burung terbang waktu Maghrib?
Syamil : Tak..ehh ada, ada...Naper Mak Lang?
Mak Lang : Kalau Amil tengok betul-betul, burung tu terbang ramai-ramai.Tapi,mesti ada seekor burung terbang paling depan. Dia sekor je kat depan.. Burung2 tu tgh sembahyang, dan yg paling depan tu jadi imam....
Syamil : Ye ke Mak Lang.. Mana Mak Lang tahu?
Mak Lang : Mak Lang bacalah..dalam buku..

...............diam............
Syamil : Burung takde otak pun boleh sembahyang, manusia ada otak selalu tak sembahyang kan Mak Lang..

Saya terus terdiam. Mungkin ini pengajarannya berborak dengan Syamil hari ni. Mungkin itu petunjuk Allah melalui lidah si kecil.

3 comments:

Zawiyah said...

best! menginsafkan betul citer ni. blh buat iklan kat tv9 ni..takpun astro oasis. tv3 pun ok..(kenapa la takde iklan2 mcm ni kan?)

chujie said...

anak sedara hsbnd aku ni, bila dgn aku je depa all out..depa tu dh anggap aku macam kawan,cerita semua kat aku..kalau kat depan org lain..jgn harap diorg nak bukak mulut..depan ibu abah dia pun diorg diam je,terus character lain..Mungkin sbb aku selalu melayan diorg..

Zawiyah said...

ooo..ingat anak2 buah sblh mu. ok la leh la manja2 ngan diorang. anak buah sblh hb aku pun rapat gak ngan aku sampai tak terlayan. kdg2 suka kdg2 penat. bila la nak main2 ngan anak2 sendiri lak kan? so far mu ada progress apa2 dok?

Cheeky Quotes

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin