Sunday, June 14, 2009

Durian & Gagal lagi..





I attended a kenduri yesterday in Jasin, Melaka. It's Hakim's wedding, first son to Kak Besah, Ayah's second cousin. But Ayah was not going due to his 'busy-ness' with his new business in Klang. He promised to pay Kak Besah a visit after they coming back to Bukit Jalil next month.

It's fruit season right now everywhere in Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan Felda tempat Hakim kahwin ni. I was such a greedy hungry woman yesterday, finishing my meal in that quicky style just because I saw somebody (tuan rumah) started peeling the husk of the King of Fruit..emm what else..Durian laa.. The smell really caught my appetite.. Cuma buahnya banyak yang kurang elok, ada yang masam,ada yang tawar..cuma sebiji dua sahaja yang ok.. Rindunya saya dengan durian dusun sendiri waktu arwah ayah saya masih ada.. Rindu saya pada durian tembaga & durian terung yang sememangnya menjadi pujaan jiran sekampung. Sewaktu arwah masih ada, saban tahun kami mengadakan kenduri 'santan durian' atau 'pulut durian' di rumah. Sepanjang ingatan saya, durian dusun kami asyik menjadi setiap tahun, itu tak termasuk lagi buah2 lain.manggis,duku,langsat,rambutan,petai,jering,buah 'ngekey' (tak tahu org sini panggil apa),buah pulasan,macam-macam lagilah.. Orang kampung cukup suka dengan kenduri durian rumah saya, sebab selalunya kami letakkan sahaja beberapa biji durian di tengah2 kain saprah, mereka makan sebanyak mana yang terdaya..Kiranya, dalam istilah jamuan, Eat-All-You-Can lah.. Kini dusun tu dah pun dijual & ermmm,saya masih terkenang itu semua!!

Ohh,sebenarnya bukanlah durian yang nak saya ceritakan. Cerita utama saya adalah mengenai sebuah kegagalan yang sudah seringkali mengendap jurnal bulanan saya. Dalam perjalanan pulang dari Melaka semalam, saya rasa macam tak sedap badan. Pinggang saya rasa sakit, dan bawah abdomen juga. Rasa sakitnya membuatkan saya tertidur dalam kereta, sedangkan amat jarang sekali saya tidur dalam perjalanan. Mungkin kerana penat menahan sakit. Berhenti di R&R Seremban, saya & mak mertua saya turun utk solat, tapi ohhh cik 'P' datang rupanya. Patutlah sakit pinggang bagai nak rak.. Terus tak jadi solat, melilau-lilau mak mertua saya mencari menantunya,kata nak solat tp tak dtg2 ke surau..hehehe.. Rupanya saya dah tercongok dalam kereta, minta Mr.Hubby belikan sebotol air mineral & Panadol Actifast buat 'membunuh sakit' (killing the pain..hehe) ni. Alhamdulillah, selepas saya menjalani pembedahan rahim 2 bulan lepas, flow period saya sungguh lancar. Tak berketul-ketul daging lagi. Betul lah kata doktor, dulu setiap kali period, bukan sahaja darah kotor yang keluar, lapisan dinding endometrium juga terkoyak-koyak & keluar bersama. Itulah antara punca utama dysmenorrhea saya yg dianggap severe juga. Lama sungguh saya 'menderita' period pain, kini syukur segalanya telah pulih semula. Bagai mimpi rasanya.

Itulah yang saya maksudkan dengan 'kegagalan'. Hadirnya Cik 'P' bermakna usaha saya untuk mengandung gagal lagi. Bohong saya katakan jika saya tak rasa sedih, tp sekarang perasaan sedih itu datang seiring dengan perasaan geram untuk mencuba & terus mencuba lagi. Setiap kali itu jugak, saya merasakan masa untuk saya berbadan dua kian hampir tiba. Jika dalam istilah menjual/berbisnes, motto saya adalah 'every NO bring closer to YES. Sama jugalah saya aplikasikan dalam usaha saya nan satu ni.

Saya selalu tersenyum bila mengingatkan kelakarnya saya kerana hampir setiap bulan sebelum period saya pasti buat Urine Pregnancy Test di rumah. Orang lain mungkin tunggu bila period delay kan, tapi saya tidak.. Untuk apa ntah saya buat begitu. Mungkin saya tak pernah putus asa, saya sentiasa berharap. Saya tak pernah katakan, "ahh,bulan ni malas nak test.." Saya cuba untuk berlagak selamba, orang kata buat derkkk aje, tapi saya sungguh tak sabar untuk melihat menjelmanya 'double line' di test kit device tu.. Bagaimana agaknya ye, jika suatu hari nanti impian saya terkabul?? Saya harap saya tak melompat hingga kena siling sudah lah.. Hahaha. Sampai sekarang, saya tak dapat nak bayangkan 3 perkara ini:

1) Apa rupa saya bila saya nampak hasil test tu positive.
2) Macam mana saya nak bagitau Mr.Hubby, apakah cara yg paling suspen untuk khabarkan berita gembira tu padanya.
3) Bagaimana pula agaknya reaksi Mr.Hubby bila tahu yg dia bakal jadi seorang ayah!!

Ahhhh..sungguh saya tak sabar!

Sekarang izinkan saya menyambung angan-angan saya ni sekejap. Membayangkan semua ini sahaja sudah cukup buatkan saya tersenyum & rasa nak menangis, apatah lagi jika ia benar2 terjadi suatu hari nanti.. Seperti telah saya nyatakan dalam facebook saya, "Akan ku laungkan seantero dunia...."..

Tunggu sahajalah masanya.....

10 comments:

Hanum said...

mari kita cuba dan cuba jaya sehingga berjaya ujie... I'm having the same situation for the past 13 months. Trying and trying then tunggu, saspen, period dan nangis... huhuhu... but surely, Allah has better plan for us, kan??

Hanum said...

opss.. satu lagi, rasanya ko dah tau.. but in case blum tau. jom kita amalkan doa nabi zakaria - surah maryam ayat 4-6. Insyaallah... Amiinn.

Call sekarang untuk IMEJ BARU anda! said...

oohh yeah!! mari kita cuba lagi..kita elakkan stress walaupon aduhh makk,it's hard for not to think of it kan..

ok,thanks for the doa. besides,amalkan juga ayat 38 surah al-imran & ayat 89 surah al-anbiya'..

insyallah..yes u r true, Allah has better plan coz He is the most beautiful planner!!

Call sekarang untuk IMEJ BARU anda! said...

and by the way Num??have u go to docs & hav a check?sharing sharing ye..

cza said...

ujie...dari citer kenduri tawen, makan duyan...n last ttg penantian yg sama2 kita usahakan..tp masih tak kesampaian. episod yg sama2 kita lalui ini membuatkan aku kdg2 terasa kekurangan pada diri ini. apa pun, kita tak boleh berputus asa kan? aku yakin, kehadiran cik P kali ini, adalah tanda bermulanya episod baru dalam kehidupanmu nanti. kuatkan hatimu my fren.

Call sekarang untuk IMEJ BARU anda! said...

thanks cza..aku pun doakan yg terbaik utk mu jgk..jgn give-up ye..:)

Anonymous said...

ooh yeeaa.aku pasti turut gembira bg pihak mu andainya suatu hari nanti test kit tu shows double line.Go ujie go.

Wehh aku pun ngidam nk mkd durian.Terbayang2 lagi durian dusun arwah Tokki aku zmn kanak2dulu. ummphh sedapnya tak terhingga.

Aku ler- Rak thai.

Anonymous said...

Kisah ko sama gak ngan wife aku yg setiap kali period, dia akan menangis...sbb gagal utk concieved. Every month...mesti mcm tu. Hampir 4 tahun tunggu, at last Allah bagi jugak rezekiNya itu. Banyak2 kan doa dan solat hayat. Elakkan terlalu stress dan berfikir pasal benda ini, sbb it affects your hormone production for pregnancy (progesterone and prolactine).

Aku rasa time ko tgk UPT ko ada double line, ko takkan dpt nak buat suprise lagi atau sorok2, mesti ko akan out loud bgtau kat hubby ko... tu yg terjadi pada wife aku...subuh2 hari menjerit kat telinga aku time aku tgh tido..hehehehehe.

Teruskan usaha Jie.

Fendi Isa

Munajah Cinta said...

insya'allah usaha mu akan beroleh kejayaan kawanku.Jangan sesekali dirimu berputus asa.

Hati wanitaku cukup tersentuh dengan semangat yang ada pada dirimu. Aku kagum! Teruskan usahamu !!!

Call sekarang untuk IMEJ BARU anda! said...

Ra: Thanks so much! Aku sgt2 tak sabar ni..

Pendi : Tq..sure ko lih paham aku kan..Aku pon rasa camtu gak la,mesti aku terlampau happy nk bagitau hubby aku cepat2..beli baju baru pun x sabar nk bagitau,nikan pulak pregnant..

Ina: Thanks ina..insyaallah,ujie takkan giveup..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin