Tuesday, June 2, 2009

Kunjungan Ateh & the family pulak...

Haa..ari tu Abg Ju yang dtg, ni Ateh pulak. Abg Ju adalah abang sulung aku,Ateh pulak no.3. Tak lama lagi abang aku yg no.5 pulak kot nak datang, Abg Yie..haiii,syok betul bila adik-beradik datang berkumpul,byk aktiviti yang boleh dibuat..acara wajib.."mengumpating"..hehehe..Bila lah nak sedar kitorang ni..Tapi bukan ke kalau borak lebih daripada 5 orang,bukan mengumpat namanya?? Itu dah dikira berbincang!! Hehehe..
Pagi-pagi lagi aku sms Ateh,tanya nak dtg kul brape. Kebetulan hari ni hari Ahad,ada pasar pagi yg tersangat meriah tu.. Tekak aku dah lama nak makan masak lemak tempoyak pucuk ubi + daun kaduk tu..Dah lama sangat tak masak lauk tu rasanya..
Ni lah rupanya bila dah siap masak.Berkerumun, lapar sgt dah kot.. Masa nak hidang tu,aku cakap kat diorang,aku nak naik atas jap..Nak mandi, sebab badan dah berpeluh duk masak. Tak sedap pulak nak makan dlm berpeluh2 gitu.. Tengah mandi,aku teringat pulak nak ambik gambar lauk-pauk hari tu.. So,lepas dah mandi dah siap,aku turun. Sekali nampak depa sumer dah start membaham,huargh huargh huargh... Tak tunggu tuan rumah langsung!! Hehehe.. Aku pun sempat lah ambik gambar,tapi tak sempat nak close-up satu per satu untuk korang..

Ni lah lauk-pauk yang aku masak ari tu.. Main dish nye;
1) Masak Lemak Tempoyak Daun Pucuk Ubi+Kaduk
2) Asam Pedas Daging
3) Sambal Udang Petai Minang
4) Sambal Ikan Bilis Jering
5) Puyuh Goreng Asam
6) Ayam Goreng Berempah

Makan pulak dengan sambal belacan, ulam2 & ikan gelama (jeruk) goreng pastu diperah pulak dengan asam limau kasturi.. Memang selera betul, cuma aku je kureng sikit sebab tukang masak memang cenggitu aku rasa.. Lepas masak, tengok orang makan, kita pun dah macam kenyang..

Masak Lemak Tempoyak
Blend cili padi (segenggam) dgn kunyit hidup (dlm 5 cm). Panaskan kuali,masukkan bahan kisar tu..Biar sampai cili masak, about 10 mins. Kalau kering tambah air sikit2.. (be prepare for a multiple sneazing ye..!!). Sambil2 tu masukkan serai yg diketuk dlm 3-4 btg, udang (jgn buang kulit) sebagai perasa. Pastu masukkan santan, kena selalu kacau, kalo tak kuah jadi tak cantik.. Agak-agak mcm dah nak mendidih, boleh masukkan tempoyak..(make sure tempoyak sedap tau,sebab this lauk is totally depends on the taste of your tempoyak). Kacau-kacau. Last boleh masukkan Pucuk Ubi (yg dicelur terlebih dahulu), Daun Kaduk & Daun Kunyit.. Daun-daun ni semua dihiris halus2.. Masukkan dalam kuah sekaligus, biar sampai layu & agak lembut daun2 nya. Masukkan garam secukup rasa..SIAP!!

Kalau nak resepi lauk-lauk lain tu,korang bagitau aku lah.. Aku ni mcm dah ngantuk sikit, so jari dah makin malas nak menaip..Heehe..


Posted by Picasa

3 comments:

cza said...

he he..ujie..best!!! mu update jugak. aku nak belajar masak lemak tempoyak tu la. harus balik mintak tempoyak kat umah mertua aku ni. nti singgah blog aku amik award ek. aku lupa nak bgtau smlm.

cza said...

ujie..nti mu kasi resepi asam pedas daging ur style and ayam goreng berempah. aku nak varietykan menu aku. selalu aku jumpa sambal bilis petai je..ni jering lak..he he..sure sama best! selera kito serupo la. bila nak bukak rest ni? aku nak menyinggah!

Call sekarang untuk IMEJ BARU anda! said...

eh,ambik award tu guane??aku dok reti ah cheza..

ok ok..nanti aku bg resepi tu kat sini..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin